Ik

Jumaat, 28 Februari 2020

Bantuan Sara Hidup RM 200 Pada Bulan Mei Diawalkan Ke Mac 2020

Februari 28, 2020 0 Comments


Mesti ramai yang nak tahu bila bantuan sara hidup kedua nak masuk?? Sama la macam nad, dari apa yang nad dapat info, bayaran kedua Rm200 yang sepatutnya pada bulan Mei diawalkan pada bulan Mac.






Pastinya ini berita gembira buat mereka yang sangat memerlukan. Bulan Mei pun akan dapat lagi bantuan tambahan sebanyak RM100 dan akan dikreditkan ke akaun penerima manakala Rm50 pula dalam bentuk etunai. Jadi, gunakan la bantuan ini dengan sebaik mugkin.

Pelbagai Pilihan Jawatan Kosong Di KerjaKosong.Co

Februari 28, 2020 2 Comments
Statistik di Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 700,000 penganggur yang mencari jawatan kosong 2020? Tidak dinafikan, kadar pengangguran di negara kita sudah sampai ke tahap membimbangkan. Antara salah satu sebab hal ini terjadi adalah kerana terlalu ramai graduan lepasan universiti atau kolej yang mereka ini tidak tahu saluran yang betul untuk mencari peluang pekerjaan yang sentiasa ada buat mereka. Ada juga dikalangan mereka ini yang terlalu memilih kerjaya sehingga mereka menjadi penganggur tegar. 

Sebenarnya banyak jawatan kosong yang ada dekat Malaysia nie, sama ada anda hendak atau tidak untuk bekerja. Zaman sekarang nie, jangan terlalu sangat memilih kerja. Cuba rebut peluang yang ada. Banyak iklan jawatan kosong seperti jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantanjawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp.

Nadia nak share dengan korang bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong, ada satu laman web yang mana korang boleh cari kerja yang sesuai dengan kriteria korang iaitu portal Kerjakosong.Co. Dalam laman web nie, terdapat pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan dan juga jawatan kosong swasta.

Pencarian korang akan lebih mudah dengan adanya laman web ini. Apa yang best tentang laman web ini, ianya memberikan info-info terbaru dan terkini serta tips mudah bagaimana nak dapat kerja. Nadia sendiri pernah cari jawatan kosong di google, tapi bila tengok iklan tersebut rupanya dah tamat tarikh permohonan,  memang frust teruk laa. Tapi dengan adanya portal KerjaKosong.Co nie memang akan memudahkan nad untuk mencari pekerjaan terkini sekaligus menjimatkan masa pencarian nad. Hanya jawatan kosong terkini sahaja yang akan diupdate.

Jadi korang tak payah nak pening-pening nak cari jawatan kosong kat google, cuma taip portal KerjaKosong.Co sahaja automatik portal nie keluar dan jangan lupa bookmark serta sentiasa semak setiap hari untuk info jawatan kosong terkini.

Kepada pencari kerja diluar sana, semoga pencarian anda lebih mudah melalui portal rasmi seperti yang telah nad bagitahu tadi dan pesanan nad jangan malas usaha kerana kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya jika anda tidak berusaha.

Sabtu, 8 Februari 2020

Resepi Sambal Telur Hancur Simple by Mama Aiman

Februari 08, 2020 4 Comments



Selamat berhujung minggu gaaiss.. Hari nie nad nak share menu simple iaitu sambal telur hancur. Ada tak yang dekat sini suka makan sambal telur hancur? Biasanya ada orang buat sambal telur rebus then goreng dulu telur tue, pastu baru masuk dalam sambal. Kalau nad plak, anak-anak dan suami suka makan telur yang dah digoreng hancur kemudian masukkan kat dalam sambal tue. Makan dengan nasi panas, memang laju je makan..

Jom tengok resepi Sambal Telur Hancur yang very simple dan sedap nie.. Orang bujang pun boleh buat tau..

Bahan-Bahan :

Telur 5 biji
Cili kering
Bawang Besar
Bawang Putih
Air asam jawa
Gula dan sedikit garam

Cara-Cara :

Telur digoreng terlebih dahulu. Hancur-hancurkan aje dalam kuali. Cili kering direbus kemudian masukkan bawang besar sebiji dan bawang putih ikut suka. Sebab nad masak ikut dan je xpernah nak sukat-sukat pun. Blender sampai hancur. Tumis bahan yang diblend tadi dengan minyak panas, minyak tue agak-agak je, jangan banyak sangat, jangan sikit sangat. Masukkan air asam jawa, tumis sambal sampai pecah minyak kemudian perasakan dengan gula dan garam sikit. Last sekali baru masukkan telur yang dah digoreng tadi. Tadaa siap sambal telur hancur versi mama aiman.. 

Selamat Mencuba gaaiss..

Selasa, 4 Februari 2020

Tampil Selesa Dengan T-Shirt Long Sleeve Dari Boxy.My

Februari 04, 2020 24 Comments
Haii korang.. Hari nie nad nak kongsi dengan korang semua berkenaan dengan baju t-shirt long sleeve yang nad pakai nie. Cantik tak warna die?  Mesti korang nak tau kan dekat mana nad dapatkan t-shirt long sleeve yang cantik nie? 


Haa..kalau korang nak tau, t-shirt long sleeve yang nad pakai nie nad dapatkan dekat Boxy Shirt Malaysia. Bukan long sleeve jer yang ada, t-shirt lengan pendek pun ada. Terdapat 3 jenis t-shirt yang boleh korang pilih sama ada nak jenis microfiber shirts, cotton shirts atau pun polo shirts. Untuk t-shirt nad nie, nad pilih jenis mircofiber t-shirts long sleeve. 


Microfiber Shirts

Microfiber T-Shirt
Microfiber T-Shirt Short Sleeves
Microfiber T-Shirt Long Sleeves
Pro-Series Microfiber
Microfiber Youth Series


Cotton Shirts

Premium Cotton Casual Tee

Polo Shirts

Microfiber Polo Shirts
Cotton Polo Shirts

Pilihan Warna

Terdapat 24 warna pilihan dan saiz pula bermula dari saiz XS sehingga 3XL. Untuk t-shirt long sleeve nie, saiz yang nad pakai adalah XS dan nad pilih warna maroon. Hati berkenan sangat dengan warna nie. Untuk setiap jenis t-shirt yang korang pilih, ada warna-warna tertentu je tak semua warna ada. Tapi serius la, masa nad pilih tue, rambang jugak la mata nie tengok sebab semua warna cantik-cantik.






Salah satu sebab kenapa nad suka sangat ngan t-shirt nie adalah kerana ianya selesa apabila dipakai walaupun dalam keadaan cuaca panas dan warnanya yang sangat cantik. Kalau korang nak tempah untuk family day ke, untuk hadiahkan pada yang tersayang ke memang nad rekeman sangat-sangat. Lagi 1, baju nie sepenuhnya buatan Malaysia tau dan semua t-shirt nie ready stok.. So korang tak perlu risau tiap kali order memang akan ada punya la.. Manakala dari segi harga pula, korang jangan risau la memang mampu milik..



Untuk t-shirt lengan panjang yang nad pakai nie nak tau berapa harga die?? Cuma RM14.90 je.. Murah tak? Haa murah sangat kan lepas tue t-shirtnya berkualiti tinggi pula tue. Kenapa nak bayar lebih sedangkan  yang murah pun berkualiti? Untuk penghantaran pula, jangan bimbang gaaiss servis terbaik. Penghantaran sangat cepat..Hari nie order esok comfirm dah sampai depan pintu rumah.

So untuk korang yang nak dapatkan t-shirt nie atau dah berkenan boleh layari terus laman web boxy.my sure korang jatuh hati dengan t-shirt nie.

Selamat menyopping gaaiss!!😉 Jom la kita pergi jenjalan dengan baju baru yang ohsem dan cantik nie..

Facebook : boxy