Selamat berhujung minggu gaaiss.. Hari nie nad nak share menu simple iaitu sambal telur hancur. Ada tak yang dekat sini suka makan sambal telur hancur? Biasanya ada orang buat sambal telur rebus then goreng dulu telur tue, pastu baru masuk dalam sambal. Kalau nad plak, anak-anak dan suami suka makan telur yang dah digoreng hancur kemudian masukkan kat dalam sambal tue. Makan dengan nasi panas, memang laju je makan..
Jom tengok resepi Sambal Telur Hancur yang very simple dan sedap nie.. Orang bujang pun boleh buat tau..
Bahan-Bahan :
Telur 5 biji
Cili kering
Bawang Besar
Bawang Putih
Air asam jawa
Gula dan sedikit garam
Cara-Cara :
Cara-Cara :
Telur digoreng terlebih dahulu. Hancur-hancurkan aje dalam kuali. Cili kering direbus kemudian masukkan bawang besar sebiji dan bawang putih ikut suka. Sebab nad masak ikut dan je xpernah nak sukat-sukat pun. Blender sampai hancur. Tumis bahan yang diblend tadi dengan minyak panas, minyak tue agak-agak je, jangan banyak sangat, jangan sikit sangat. Masukkan air asam jawa, tumis sambal sampai pecah minyak kemudian perasakan dengan gula dan garam sikit. Last sekali baru masukkan telur yang dah digoreng tadi. Tadaa siap sambal telur hancur versi mama aiman..
Selamat Mencuba gaaiss..
Assalamualaikum Sis Nadia, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
BalasPadamHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.
Ok..sy join..trma kash
Padamkalau xdak selera xtau nak masak apa.. nila menu nyaaa..
BalasPadamboleh makan bertambah2..
resepi menu nii simple tapiiiii ni kalau makan dengan nasi panas panas fuhhh! torbaekk
BalasPadam