Ik

Selasa, 3 Mei 2022

Rambut Sihat, Segar & Lebat Menjelang Raya

Mei 03, 2022 0 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia aimanziyad.blogspot.my. Apa khabar semuanya?Semoga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam redha dan rahmat allah. Pejam celik pejam celik kita dah pun nak menghampiri ke akhir ramadhan. Pastinya ramai dikalangan kita yang sedang mempersiapkan diri dengan mencari baju raya, ketupat, lemang, langsir raya dan tak lupa juga aksesori raya. Bagi yang nak balik kampung, korang dah checklist ke senarai apa yang nak bawak balik tue? Especially bagi wanita berhijab yang mengalami masalah rambut rosak atau gugur. Jom nad kongsi serba sedikit tentang syampu penjagaan rambut bagi wanita berhijab menjelang raya.


Rambut adalah mahkota wanita yang paling berharga dan perlu dijaga agar sentiasa nampak bersinar, sihat dan kuat. Bagi wanita berhijab yang mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, kering, rosak, kelemumur dan tidak terurus, mereka perlu menanganinya dengan segera agar tidak menjadi lebih teruk. 


Memperkenalkan Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert), kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan & kesihatan mikrobiom kulit kepala bagi mencapai rambut berhijab yang lebih sihat & lebat.

Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat factor cuaca yang panas & lembap. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala & rambut seperti kelemumur, rambut gugur & kulit kepala berbau & gatal mudah berlaku kepada yang berhijab. Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap.


Safi Shayla kini telah upgrade & diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bacteria baik, bagi mengembalikan semula/ mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat & lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala & rambut.


Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM!!! walaupun berhijab sepanjang hari!


Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala & rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab. 


Terdapat 5 variasi Syampu Safi Shayla yang sering menjadi pilihan bagi wanita berhijab :


Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla  berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin.


Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut & membaiki rambut yang rapuh.


Syampu Licin Terurus melembut & melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin, lembut & senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut!


✨ Syampu Segar Bermaya rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar & bermaya.


✨ Syampu Itch Kontrol  hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega & selesa.


Semoga perkongsian nad dapat membantu menyelesaikan masalah rambut bagi wanita berhijab menjelang raya nanti. Rambut sihat, hati pun senang. 


Kesemua variasi Safi Shayla korang boleh dapatkan sekarang di mana-mana stor berdekatan seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee https://shopee.com.my/shop/35308287/search/?page=0&shopCollection=129008045




Khamis, 21 April 2022

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit/Royal Bird Nest-Tingkatkan Aura Wajah Secara Semulajadi Dengan Formulasi Dari Korea

April 21, 2022 1 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog aimanziyad.blogspot.my. Bertemu kita sekali lagi dan kali ini nad nak review tentang produk Kitsui yang terbaru iaitu Kitsui Glow Sakura. Korang ada tak masalah kulit hitam di celah peha, leher dan ketiak atau kulit kering dibahagian muka dan tapak kaki, kulit eczema, kulit sensitif  dan rambut gugur?Mesti ada kan, tapi malu nak cakap.. Haa.. kalau ada, nad nak korang try sendiri produk Kitsui Glow Sakura nie..Insyallah masalah korang akan hilang dengan pengambilan Kitsui Glow Sakura nie.

 

Kitsui Glow Sakura merupakan minuman kesihatan kecantikan untuk mereka yang mengalami masalah hitam di celah peha, ketiak dan leher. Kulit kering dan kusam juga boleh amalkan Kitsui Glow Sakura nie. Kesan seawal 7 hari dah boleh lihat perbezaannya..Sejak nad amalkan minuman Kitsui Glow Sakura nie, kulit nad nampak cerah terutama dibahagian ketiak dan leher.. Kulit muka pun da lembab dan tak kering lagi. Dengan mengamalkan produk ini secara konsisten akan menambahkan glow pada wajah yang dijamin pencerah kulit yang selamat dan berkesan.

Produk Kitsui Glow Sakura diformulasi dari Korea  dan menggunakan bahan semulajadi seperti ginseng korea, delima, ekstrak sakura dan sarang burung walit. Sarang Burung Walit amat kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis (EGF). 

Sarang burung didapati mengandungi Epidermal Growth Factor (EGF) yang membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan sel. EGF turut mampu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam kulit, yang bertanggungjawab memastikan kulit sentiasa kelihatan berseri. Wanita yang kerap mengambil sarang burung telah menunjukkan hasil kulit yang jauh kelihatan lebih lembut dan lebih sihat.



Kebaikan mengamalkan Kitsui Glow Sakura

Produk kitsui telah mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk dalam negeri dan luar negara. Pernah mendapat anugerah Asia Halal Brand Awards dan pengiktirafan kilang bertaraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan kepada manusia.



Bersesuai dengan tagline kitsui iaitu menggunakan ramuan semulajadi untuk anda.

Bebas dari bahan-bahan berbahaya :
Kesemua produk Kitsui selamat digunakan dan telah melepasi semua ujian makmal seperti dokumen yang tertera dibawah :

Kitsui Glow Sakura selamat digunakan kerana tiada pewarna tambahan, tiada penambah perasa dan rendah kalori.
Testimoni pengguna Kitsui Glow Sakura

Kitsui Cantik Semulajadi!

Grab your Kitsui now at your phamacies near you
Dapatkan di Watsons stores atau farmasi berdekatan anda!💕


⭐ Cepat dapatkan hari ini untuk sertai 
BELI Kitsui Glow Sakura & Menang Iphone 13 + Add on deal percuma shaker + Harga Promosi

Discount Voucher Code + Free Gift 🎁  
Guna code "KITSGLOW" semasa checkout untuk nikmati discount di Kitsui Official Shopee Mall

Kitsui Shopee Mall 

Kitsui Website 

Kitsui Glow Sakura Shopee Mall

Kitsui Official Instagram

Tiktok

Facebook

Youtube

#kitsui #kitsuilovers #kitsuiglowsakura #glowsakura#korean #koreanbeauty #birdnest #halalbirdnest #sarangburung #sarangnuringwalet #ginsengkorea #premiumbirdnest #WatsonsMalaysia #guardianmalaysia 

Selasa, 5 April 2022

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar-Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya

April 05, 2022 0 Comments

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar

Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya 


Kuala Lumpur, April 4, 2022 - Jati, Jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar, bersama ecoBrown's, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw dengan bangganya memperkenalkan Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri dengan lebih 80 gerai yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang trending dan viral!


Acara yang julung kali dianjurkan di Malaysia Grand Bazaar di Pusat Bandar Bukit Bintang ini akan berlangsung dari 9 April hingga 24 April 2022 dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia.


Bazaar yang berkonsep unik ini menghimpunkan usahawan Malaysia yang menawarkan produk tempatan dengan sentuhan moden yang jelas. Dihias indah dengan pemasangan hasil seni retro dan lampu berkilauan, setiap sudut sesuai untuk laman sosial anda. Ia adalah bazaar yang mesti dikunjungi pada bulan Ramadhan ini, jadi simpan tarikh, pilih pakaian anda dan bersedia untuk membeli-belah! Parkir adalah percuma untuk pengunjung-pengunjung Rasa Kasih Aidilfitri Jati X MGB. 


Ditubuhkan sejak 1993, Jati terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509. 


Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti. Selepas tergendalaan dalam ekonomi negara sejak pandemik bermula, pengguna-pengguna perlu diingatkan tentang kekayaan dan kualiti tawaran buatan Malaysia yang membanggakan.


Setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar. Tiada pembelian diperlukan untuk giveaway ini. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif yang setiap pengumpul pasti akan mahu tambah dalam koleksi mereka. 


Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. Buat pose terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!


Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.


Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri telah menarik perhatian para selebriti termasuk Sazzy Falak, Bella Astillah dan Maryam dari duo Durian Kimchi, yang kesemuanya akan berada di pelancaran pada Sabtu, 9 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan personaliti ini.


Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan, mulakan dengan menuju ke Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar, Pusat Bandar Bukit Bintang dari 9 April hingga 24 April 2022. 


Sabtu, 12 Mac 2022

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Mac 12, 2022 0 Comments
Mulakan hari anda dengan permukaan bersih untuk kekal bersih dan selamat

Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat. 

Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?
 
Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul


Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19. 

Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan  kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.

“Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara. 

Beliau menambah, “Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.”

Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron: 

Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej 
Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari. 

Buatkan Satu Pek Pencegahan 
Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar. 

Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian  
Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.

Disinfeksi Kenderaan Anda
Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.

Singkir Kuman Melalui Semburan
Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara. 

Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh 
Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari. 

Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron. 

Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara. 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosia Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/.



Ahad, 20 Februari 2022

Kitsui Whitie Snow-Kejelitaan Kulit Bermula Dari Dalaman-Kulit Lebih Cerah Dalam Masa 7 Hari !

Februari 20, 2022 0 Comments

Hai semua pembaca blog aimanziyad.blogspot.my. Apa khabar?Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Untuk review kali ini, nad nak berkongsi dengan korang tentang Kitsui Whitie Snow Biotic+Vit C. Korang pernah dengar tak, kejelitaan kulit sebenarnya bermula dari dalaman? Jika dalaman kita tak bersih, macam mana nak dapat kulit wajah yang jelita dan cantik. Jom bersihkan usus untuk kulit yang cantik!


Kitsui Whitie Snow Biotic+Vit C mengandungi probiotic dan prebiotic seperti vitagen yang dapat mempercepatkan proses penghadaman makanan dan menyihatkan usus. Membantu sistem penghadaman agar lebih bagus.


Diformulasikan khas untuk mereka yang mengalami masalah seperti dibawah :
Kebaikan Kitsui Whitie Snow

Bahan ramuan yang diimport dari Korea 

Probiotik & Prebiotik
Bebas dari bahan bahaya 
Bahan yang digunakan adalah semulajadi

Bersesuaian dengan tagline Kitsui iaitu menggunakan ramuan halal semulajadi dan semestinya produk yang digunakan adalah selamat dan tidak memudaratkan.


Tidak dapat dinafikan, produk Kitsui jugat telah mendapat pengiktirafan antaranya diiktiraf sebagai kilang GMP dan memenangi pelbagai anugerah tidak kira di dalam negeri mahupun antarabangsa

Testimoni Selepas Mengamalkan Kitsui Whitie Snow


Kitsui Cantik Semulajadi!

Grab your Kitsui now at your phamacies near you
Dapatkan discount Voucher Code+Free Gift dengan menggunakan code 'KITSNOW' semasa checkout dan nikmati 25% off (capped)at Rm2 hanya di Kitsui Official Shopee Mall.

Kitsui Whitie Snow Shopee Mall 

Kitsui Website 

Kitsui Official Shopee Mall

Kitsui Official Instagram

Tiktok

Facebook

Youtube

#kitsui #kitsuilovers #kitsuiwhitiesnow #Whitiesnow #WatsonsMalaysia #guardianmalaysia