Ik

Khamis, 21 April 2022

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit/Royal Bird Nest-Tingkatkan Aura Wajah Secara Semulajadi Dengan Formulasi Dari Korea

April 21, 2022 1 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog aimanziyad.blogspot.my. Bertemu kita sekali lagi dan kali ini nad nak review tentang produk Kitsui yang terbaru iaitu Kitsui Glow Sakura. Korang ada tak masalah kulit hitam di celah peha, leher dan ketiak atau kulit kering dibahagian muka dan tapak kaki, kulit eczema, kulit sensitif  dan rambut gugur?Mesti ada kan, tapi malu nak cakap.. Haa.. kalau ada, nad nak korang try sendiri produk Kitsui Glow Sakura nie..Insyallah masalah korang akan hilang dengan pengambilan Kitsui Glow Sakura nie.

 

Kitsui Glow Sakura merupakan minuman kesihatan kecantikan untuk mereka yang mengalami masalah hitam di celah peha, ketiak dan leher. Kulit kering dan kusam juga boleh amalkan Kitsui Glow Sakura nie. Kesan seawal 7 hari dah boleh lihat perbezaannya..Sejak nad amalkan minuman Kitsui Glow Sakura nie, kulit nad nampak cerah terutama dibahagian ketiak dan leher.. Kulit muka pun da lembab dan tak kering lagi. Dengan mengamalkan produk ini secara konsisten akan menambahkan glow pada wajah yang dijamin pencerah kulit yang selamat dan berkesan.

Produk Kitsui Glow Sakura diformulasi dari Korea  dan menggunakan bahan semulajadi seperti ginseng korea, delima, ekstrak sakura dan sarang burung walit. Sarang Burung Walit amat kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis (EGF). 

Sarang burung didapati mengandungi Epidermal Growth Factor (EGF) yang membantu dalam pertumbuhan dan pembaikan sel. EGF turut mampu meningkatkan pengeluaran kolagen di dalam kulit, yang bertanggungjawab memastikan kulit sentiasa kelihatan berseri. Wanita yang kerap mengambil sarang burung telah menunjukkan hasil kulit yang jauh kelihatan lebih lembut dan lebih sihat.



Kebaikan mengamalkan Kitsui Glow Sakura

Produk kitsui telah mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk dalam negeri dan luar negara. Pernah mendapat anugerah Asia Halal Brand Awards dan pengiktirafan kilang bertaraf GMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan kepada manusia.



Bersesuai dengan tagline kitsui iaitu menggunakan ramuan semulajadi untuk anda.

Bebas dari bahan-bahan berbahaya :
Kesemua produk Kitsui selamat digunakan dan telah melepasi semua ujian makmal seperti dokumen yang tertera dibawah :

Kitsui Glow Sakura selamat digunakan kerana tiada pewarna tambahan, tiada penambah perasa dan rendah kalori.
Testimoni pengguna Kitsui Glow Sakura

Kitsui Cantik Semulajadi!

Grab your Kitsui now at your phamacies near you
Dapatkan di Watsons stores atau farmasi berdekatan anda!💕


⭐ Cepat dapatkan hari ini untuk sertai 
BELI Kitsui Glow Sakura & Menang Iphone 13 + Add on deal percuma shaker + Harga Promosi

Discount Voucher Code + Free Gift 🎁  
Guna code "KITSGLOW" semasa checkout untuk nikmati discount di Kitsui Official Shopee Mall

Kitsui Shopee Mall 

Kitsui Website 

Kitsui Glow Sakura Shopee Mall

Kitsui Official Instagram

Tiktok

Facebook

Youtube

#kitsui #kitsuilovers #kitsuiglowsakura #glowsakura#korean #koreanbeauty #birdnest #halalbirdnest #sarangburung #sarangnuringwalet #ginsengkorea #premiumbirdnest #WatsonsMalaysia #guardianmalaysia 

Selasa, 5 April 2022

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar-Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya

April 05, 2022 0 Comments

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar

Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya 


Kuala Lumpur, April 4, 2022 - Jati, Jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar, bersama ecoBrown's, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw dengan bangganya memperkenalkan Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri dengan lebih 80 gerai yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang trending dan viral!


Acara yang julung kali dianjurkan di Malaysia Grand Bazaar di Pusat Bandar Bukit Bintang ini akan berlangsung dari 9 April hingga 24 April 2022 dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia.


Bazaar yang berkonsep unik ini menghimpunkan usahawan Malaysia yang menawarkan produk tempatan dengan sentuhan moden yang jelas. Dihias indah dengan pemasangan hasil seni retro dan lampu berkilauan, setiap sudut sesuai untuk laman sosial anda. Ia adalah bazaar yang mesti dikunjungi pada bulan Ramadhan ini, jadi simpan tarikh, pilih pakaian anda dan bersedia untuk membeli-belah! Parkir adalah percuma untuk pengunjung-pengunjung Rasa Kasih Aidilfitri Jati X MGB. 


Ditubuhkan sejak 1993, Jati terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509. 


Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti. Selepas tergendalaan dalam ekonomi negara sejak pandemik bermula, pengguna-pengguna perlu diingatkan tentang kekayaan dan kualiti tawaran buatan Malaysia yang membanggakan.


Setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar. Tiada pembelian diperlukan untuk giveaway ini. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif yang setiap pengumpul pasti akan mahu tambah dalam koleksi mereka. 


Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. Buat pose terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!


Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.


Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri telah menarik perhatian para selebriti termasuk Sazzy Falak, Bella Astillah dan Maryam dari duo Durian Kimchi, yang kesemuanya akan berada di pelancaran pada Sabtu, 9 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan personaliti ini.


Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan, mulakan dengan menuju ke Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar, Pusat Bandar Bukit Bintang dari 9 April hingga 24 April 2022.