Ik

Selasa, 5 April 2022

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar-Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya

Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri oleh Jati x Malaysia Grand Bazaar

Bazaar Ramadhan Insta-worthy Untuk Semua Keperluan Ramadhan & Raya 


Kuala Lumpur, April 4, 2022 - Jati, Jenama beras terkemuka Malaysia dengan kerjasama Malaysia Grand Bazaar, bersama ecoBrown's, AirAsia SANTAN, KHIND, CHJ Motors dan Gracshaw dengan bangganya memperkenalkan Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri dengan lebih 80 gerai yang menawarkan kepelbagaian makanan dan minuman, barangan runcit, hasil seni dan kraf, koleksi busana raya, peralatan rumah dan banyak lagi jenama tempatan yang trending dan viral!


Acara yang julung kali dianjurkan di Malaysia Grand Bazaar di Pusat Bandar Bukit Bintang ini akan berlangsung dari 9 April hingga 24 April 2022 dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia.


Bazaar yang berkonsep unik ini menghimpunkan usahawan Malaysia yang menawarkan produk tempatan dengan sentuhan moden yang jelas. Dihias indah dengan pemasangan hasil seni retro dan lampu berkilauan, setiap sudut sesuai untuk laman sosial anda. Ia adalah bazaar yang mesti dikunjungi pada bulan Ramadhan ini, jadi simpan tarikh, pilih pakaian anda dan bersedia untuk membeli-belah! Parkir adalah percuma untuk pengunjung-pengunjung Rasa Kasih Aidilfitri Jati X MGB. 


Ditubuhkan sejak 1993, Jati terkenal sebagai salah satu pengisar dan pemborong beras terkemuka negara yang memfokuskan kepada produk berasaskan beras termasuk edisi terbaharu mereka yang lebih sihat iaitu siri Jati Signature Pusa Finest Basmathi, iaitu Basmathi 1121, Original dan Basmathi 1509. 


Jati menerajui Rasa Kasih Aidilfitri untuk menyokong dan mempromosi jenama dan perniagaan Malaysia, menggalakkan perbelanjaan domestik dengan memberi perhatian kepada perniagaan tempatan sambil mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian barangan dan perkhidmatan Malaysia yang berkualiti. Selepas tergendalaan dalam ekonomi negara sejak pandemik bermula, pengguna-pengguna perlu diingatkan tentang kekayaan dan kualiti tawaran buatan Malaysia yang membanggakan.


Setiap pengunjung boleh menerima beg cenderahati dengan produk Jati Signature dan produk ecoBrown’s serta baucar dengan hanya melengkapkan ‘treasure hunt’ gerai-gerai di bazaar. Tiada pembelian diperlukan untuk giveaway ini. Terdapat juga pemberian sampul Raya eksklusif yang setiap pengumpul pasti akan mahu tambah dalam koleksi mereka. 


Terdapat banyak peraduan seperti peraduan Tangkap Gambar & Menang yang menawarkan hadiah mingguan Khind Intelligence Cooker bernilai RM148, dan Jati Signature Pusa Finest Basmathi Rice (2kg) bernilai RM25.50 dengan hanya mengambil gambar di acara tersebut dan menyiarkannya ke laman sosial anda menggunakan tanda pagar #JatiMalaysia #MGB #JATIxMGB. Buat pose terbaik anda, klik, siarkan dan anda boleh menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah!


Peraduan Beli & Menang memerlukan pembelian dari gerai ecoBrown’s, AirAsia SANTAN, Khind, CHJ Motors atau Gracshaw untuk bertanding bagi hadiah yang merangkumi 3X motosikal berjenama bernilai RM13,000 dan 10X topi keledar motosikal berjenama bernilai RM2,200.


Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri telah menarik perhatian para selebriti termasuk Sazzy Falak, Bella Astillah dan Maryam dari duo Durian Kimchi, yang kesemuanya akan berada di pelancaran pada Sabtu, 9 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan personaliti ini.


Jadilah rakyat Malaysia yang sejati, sokong jenama tempatan, mulakan dengan menuju ke Bazaar Ramadhan Rasa Kasih Aidilfitri di Malaysia Grand Bazaar, Pusat Bandar Bukit Bintang dari 9 April hingga 24 April 2022. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan