Ik

Selasa, 27 Februari 2018

Dunia Coklat di Harriston Signature

Februari 27, 2018 0 Comments


Siapa kat sini penggemar tegar coklat macam aku??Pernah dengar coklat keluaran Harriston??Jom kite intai apa yang best dan menariknya coklat Harriston nie sampai pelancong luar pun sanggup datang sini...

Harriston nie mula ditubuhkan oleh SC Teng pada tahun 2005 dimana beliau sangat suka makan coklat pada usia kecil dan telah memasang impian untuk membuka sebuah emporium coklat terkenal didunia dan kini Harriston telah pun dikenali sebagai salah satu pengeluar coklat terbesar di Malaysia dan telah mengembangkan perniagannya di 5 buah cawangan iaitu 3 di sekitar Kuala Lumpur (Taman Samelin, MATIC Ampang, GohTong Jaya Genting Highland), Penang dan Pahang. Harriston juga sangat dikenali dikalangan pelancong luar kerana coklatnya yang sangat unik..




Untuk pengetahuan korang, Harriston nie telah menyediakan lebih dari 150 perisa coklat antaranya coklat berperisa cili, coklat berperisa kari, coklat berperisa tongkat ali dan yang paling rare coklat berperisa durian.Kesemua coklat nie dihasilkan daripada biji koko yang terbaik dan hanya boleh didapati di Harriston sahaja..Korang mesti try coklat-coklat nie sebab korang takkan jumpa coklat nie kat mana-mana kedai pun..


Coklat paling rare perisa Durian


Coklat berperisa chilli dan Kari


Coklat kelapa


White Chocolate

Coklat berperisa Pisang, Strawberry dan Mangga pun ada


Selain tue, korang juga berpeluang untuk membuat sendiri coklat kat sini..Macam aku sendiri da try buat coklat kat sini dengan anak-anak aku..Memang have fun sangat..Nie la hasil dari coklat yang kiteorang dah buat..Biarpun rupa tak lawa tapi yang pasti rasa tue sedapp..Untuk korang yang nak cuba buat sendiri boleh datang dan harga untuk DIY tue dalam RM35 seorang..Kira berbaloi la dengan harga tue sebab korang dapat buat lepas tue boleh bawak balik.Peralatan semua disediakan..Datang bawa badan aje..okk..


Hasil coklat yang telah dibuat
             

Kemain seronok lagi anak dara dapat buat sendiri coklat


Selain itu, Coklat Harriston nie juga sesuai untuk dijadikan hadiah anniversary, birthday atau untuk diberikan sebagai cenderahati kepada yang tersayang..Confirn yang dapat nie senyum lebar dan makan tak ingat sebab coklat nie mempunyai rasa yang tersendiri tak terlalu manis dan rasanya sesuai ngn tekak aku..





Ada juga aku selitkan video masa aku kt Harriston Signature hari tue..Hope korang enjoy!!!





Waktu perniagaan : 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :-


#harristonchocolate
#drLife
#drLifeinfluencer
#drLifecampaign
#parentandkidworkshop












Ahad, 11 Februari 2018

Lirik Lagu Kata Akhirmu – Ariff Bahran

Februari 11, 2018 4 Comments



Harus Bagaimanakah lagi
Cara Untuk aku membuktikan
Harus Bagaimanakah lagi
Cara Untuk aku persembahkan
Cinta Yang kau pinta
Menurut Telahan mu
Tak Mungkin ku
Coba Untuk mengsiakan rasa ini
Walaupun Ku tak pernah merasai
Sedikit Kasih darimu
Harus Bagaimanakah lagi
Cara Untuk aku meruntuhkan
Egomu Yang sering menggunung
Dan Menolakku jauh darimu
Dimanakah Ia
Tempatku Dihatimu
Tak Mungkin ku coba
Untuk Mengsiakan rasa ini
Walaupun Ku tak pernah merasai
Sedikit Kasih darimu
Tak Mungkin ku
Sekalipun Akan mengalah
Demi Cintaku
Ku Coba tuk menjadi yang terbaik
Hanya Untuk dirimu sayang
Takkan Pernah ku mengalah
Untuk Menjadi yang terbaik
Tak Mungkin ku coba
Untuk Mengsiakan rasa ini
Walaupun Ku tak pernah merasai
Sedikit Kasih darimu
Tak Mungkin ku
Sekalipun Akan mengalah
Demi Cintaku
Ku Coba tuk menjadi yang terbaik
Hanya Untuk dirimu
Andai Kau menyedari
Besarnya Cinta ini
Dan Ku terus menanti
Kata Akhir darimu

Khamis, 8 Februari 2018

"PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan"

Februari 08, 2018 2 Comments
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal.

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
- Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan
- 2X ganda daripada amaun keseluruhan
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal
- 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
- Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview


2. AXA 200 Cancer Care

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
- Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
- Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
- Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
- Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
- Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
- Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal.

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda.

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html

Selasa, 6 Februari 2018

BIO OIL UNTUK MENGHILANGKAN KESAN PARUT

Februari 06, 2018 17 Comments
Hai korang hari nie nad nak kongsi satu pengalaman dengan korang terutamanya untuk kaum wanita yang mengalami masalah parut..Seperti mana yang kite semua tahu, parut merupakan mimpi ngeri buat wanita kerana apabila adanya kesan parut nie akan menyebabkan kita kurang keyakinan diri terutamanya jika parut tersebut berada di sekitar wajah..Nad pun tidak terkecuali kerana mempunyai masalah kesan parut di sekitar muka..Untuk mengatasi masalah ini, nad telah pun menggunakan minyak Bio Oil nie..So kesan dia boleh nampak dalam masa 2 minggu kalau kita rajin pakai n sapu hari-hari..Macam nad, nad sapu kat tempat bekas luka akibat laser so nmpak da kurang skit dari mula2 kena laser tue..



Antara keistimewaan yang terdapat dalam minyak Bio Oil nie ialah ianya mempunyai kandungan Vitamin A dan E, mengandungi minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil dan yang paling penting bahan yang digunakan bebas dari bahan kimia dan juga tanpa bahan pengawet..

Selain memudarkan kesan parut, Bio Oil juga berkesan untuk sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit kering, ketidakseragaman tona kulit, mencegah penuaan kulit, kulit meregang akibat mengandung pun boleh juga sapu minyak Bio Oil nie..Nad suka pakai minyak Bio Oil nie sebab bau die sedap dan tidak melekit serta mudah meresap ke dalam kulit..



SEBELUM                                                                             SELEPAS


So bagi mereka yang nak dapatkan minyak Bio Oil nie senang je..Korang boleh dapatkan di farmasi-farmasi yang berhampiran atau boleh juga dapatkan di Guardian atau Watsons yang berdekatan tempat tiggal anda dan harganya juga berpatutan la bagi nad RM32.80.. Pic atas tue sebelum dan selepas nad guna minyak Bio Oil..Nampak beza tak??Haaa kepada sesiapa yang nak hilangkan kesan parut nie nad suggestkan korang guna minyak Bio Oil..Untuk kesan lebih awal korang kena konsisten pakai n sapu..Hasilnye insyallah korang akan berpuas hati..

Sekian sahaja perkongsian nad untuk entry kali ini..Terima kasih kerana sudi singgah dan happy blogging guyyss!!!!


Khamis, 1 Februari 2018

" Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG "

Februari 01, 2018 12 Comments
Seronok tau join giveaway LubukSeni.com ... So far, hadiah yang di-offer sangat puas hati. Selain spesis jarang ditemui, diorangg tawarkan hadiah meleleh untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la kalau tak join kanss.
Kalau nak join giveaway, uols klik je gambar kat bawah ni ya!
Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini]  Serius best follow diorang sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. Follow rerapatt okke!

'FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner'

Februari 01, 2018 6 Comments

 
 
http://ladyinredplanner.blogspot.my/2018/02/february-giveaway-by-lady-in-red-planner.html?m=1


Jemput join Giveaway by Lady in Red Planner

Hadiah : De'Xandra Air Freshener x 5 pemenang
 
End Date :  17 February 2018 at 11.59 pm
 
Berbalik pada soalan yang ditanya tadi berikut adalah jawapan saya :- 
 
Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang? 
 
saya suka baca entry tentang isu semasa sebab kadang2 kite nie terlepas pandang dengan isu semasa nak-nak bagi mereka yang bekerjaya macam saya..Bila berkelapangan baru la tau walaupun benda tue da beberapa hari berlalu...:) orang kata da basi tapi tetap nk tau supaya nanti tak dikatakan ketinggalan zaman...


Good Luck Guyss!!!