Ik

Selasa, 27 Februari 2018

Dunia Coklat di Harriston Signature



Siapa kat sini penggemar tegar coklat macam aku??Pernah dengar coklat keluaran Harriston??Jom kite intai apa yang best dan menariknya coklat Harriston nie sampai pelancong luar pun sanggup datang sini...

Harriston nie mula ditubuhkan oleh SC Teng pada tahun 2005 dimana beliau sangat suka makan coklat pada usia kecil dan telah memasang impian untuk membuka sebuah emporium coklat terkenal didunia dan kini Harriston telah pun dikenali sebagai salah satu pengeluar coklat terbesar di Malaysia dan telah mengembangkan perniagannya di 5 buah cawangan iaitu 3 di sekitar Kuala Lumpur (Taman Samelin, MATIC Ampang, GohTong Jaya Genting Highland), Penang dan Pahang. Harriston juga sangat dikenali dikalangan pelancong luar kerana coklatnya yang sangat unik..




Untuk pengetahuan korang, Harriston nie telah menyediakan lebih dari 150 perisa coklat antaranya coklat berperisa cili, coklat berperisa kari, coklat berperisa tongkat ali dan yang paling rare coklat berperisa durian.Kesemua coklat nie dihasilkan daripada biji koko yang terbaik dan hanya boleh didapati di Harriston sahaja..Korang mesti try coklat-coklat nie sebab korang takkan jumpa coklat nie kat mana-mana kedai pun..


Coklat paling rare perisa Durian


Coklat berperisa chilli dan Kari


Coklat kelapa


White Chocolate

Coklat berperisa Pisang, Strawberry dan Mangga pun ada


Selain tue, korang juga berpeluang untuk membuat sendiri coklat kat sini..Macam aku sendiri da try buat coklat kat sini dengan anak-anak aku..Memang have fun sangat..Nie la hasil dari coklat yang kiteorang dah buat..Biarpun rupa tak lawa tapi yang pasti rasa tue sedapp..Untuk korang yang nak cuba buat sendiri boleh datang dan harga untuk DIY tue dalam RM35 seorang..Kira berbaloi la dengan harga tue sebab korang dapat buat lepas tue boleh bawak balik.Peralatan semua disediakan..Datang bawa badan aje..okk..


Hasil coklat yang telah dibuat
             

Kemain seronok lagi anak dara dapat buat sendiri coklat


Selain itu, Coklat Harriston nie juga sesuai untuk dijadikan hadiah anniversary, birthday atau untuk diberikan sebagai cenderahati kepada yang tersayang..Confirn yang dapat nie senyum lebar dan makan tak ingat sebab coklat nie mempunyai rasa yang tersendiri tak terlalu manis dan rasanya sesuai ngn tekak aku..





Ada juga aku selitkan video masa aku kt Harriston Signature hari tue..Hope korang enjoy!!!





Waktu perniagaan : 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :-


#harristonchocolate
#drLife
#drLifeinfluencer
#drLifecampaign
#parentandkidworkshop












Tiada ulasan:

Catat Ulasan