Ik

Isnin, 22 Mac 2021

Kebaikan Minyak Ikan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength Biolife

Mac 22, 2021 5 Comments



Assalamualaikum semua dan selamat bertemu kembali bersama nad dan untuk kali ini, nad nak review berkenaan produk supplement tambahan dalam kehidupan harian kita iaitu minyak ikan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength dari Biolife. Mesti ramai yang dah tahu pasal minyak ikan dari Biolife nie tapi ada juga dikalangan korang yang tak tahu lagi mengenai kebaikan dan khasiat minyak ikan. Jom nad cerita serba sedikit tentang kebaikan minyak ikan dari Biolife.

Minyak ikan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength merupakan minyak ikan dos berganda yang membekalkan asid lemak poli tak tepu-omega 3 iaitu 360mg asid eikosapentaenoik (EPA) dan 240mg asid dokosaheksaenoik (DHA) untuk menyokong fungsi-fungsi badan yang sihat. Asid lemak omega-3 ini telah diekstrak daripada ikan kecil laut dalam (ikan bilis) dan ditapis dengan proses penyulingan molekul. Patutla masa kecil dulu, nenek nad selalu bising-bising suruh makan ikan bilis, rupanya banyak khasiat yang terdapat pada ikan bilis nie. 


Minyak ikan MaxX Fish Oil 1000mg nie sangat sesuai untuk mereka yang kurang pengambilan ikan dan individu yang ingin mengekalkan kesihatan khususnya bagi mereka yang mengalami  masalah penyakit jantung dan juga buah pinggang.

Dengan kebaikan 2x omega-3 EPA dan DHA ianya dapat membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung serta mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur. Ianya juga baik untuk mata dan otak. 

Untuk wanita bekerjaya dan juga ibu kepada empat orang cahaya mata, pengambilan minyak ikan MaxX Fish Oil Double Strength 1000mg ini sangat penting untuk memastikan tubuh badan nad mendapat khasiat yang diperlukan. Selain mengamalkan pengambilan minyak ikan, nad juga mengamalkan gaya hidup yang sihat sekaligus membuatkan kesihatan nad lebih baik dari sebelumnya.


Bagi pengambilan minyak ikan MaxX Fish Oil Double Strength 1000mg disarankan untuk mengambil sebiji 2 kali sehari iaitu selepas makan atau seperti yang telah disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi. Setiap kapsul mengandungi 1000mg minyak ikan (dalam bentuk trigliserida) membekalkan asid lemak omega-3, 360mg Asid Eikosapentaenoik acid (EPA), 240mg Asid Dokosaheksaenoik (DHA)

Bagi mereka yang nak dapat minyak ikan MaxX Fish Oil 1000mg Biolife ini boleh dapatkan di semua farmasi dengan harga RM190 untuk 3 botol 100 kapsul.



Sabtu, 20 Mac 2021

PRODUK PENJAGAAN GIGI HALAL MISMIS

Mac 20, 2021 2 Comments



Penjagaan gigi adalah sangat penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi terutamanya dikalangan kanak-kanak. Rata-rata masyarakat kini sering mengambil ringan tentang penjagaan kesihatan gigi kerana kurangnya pendedahan tentang perkara tersebut. Oleh itu, pihak syarikat  NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014 sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS.

NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi. Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi. Usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.



Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia. Ubat Gigi Premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenol-tanin yang terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Penambahan bahan seperti lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitamin E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut. Tidak lupa juga aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya.



Selain itu, produk yang sudah lama dikenali di pasaran ialah ubat gigi MISMIS lebih sejuk (Extra Cool Mint) yang memberi tujuh kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan karies dan jangkitan pada gigi. Ubat gigi tersebut diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Diperbuat daripada bahan pembuatan makanan bertahap ‘gred makanan’ (food grade), produk ini selamat digunakan oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi.




Mismis juga mempunyai rangkaian produk ubat gigi MISMIS JUST FOR KIDS. Terdapat dalam 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak-kanak untuk memberus gigi.

“Semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami yang menggunakannya. Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan. Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka. ‘We made it with love’ ”. kata Puan Noormawarni Nordin selaku Pengarah Syarikat.




MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Didatangkan dalam pelbagai warna menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru, anda dan keluarga mempunyai banyak pilihan menurut warna kegemaran masing-masing.



Berus gigi MISMIS diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Berus gigi ini selamat untuk anda dan keluarga gunakan tanpa ragu-ragu. Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan, memberikan keselesaan ketika memberus gigi dan menghilangkan bakteria serta plak. Juga terdapat pek kembara 2 dalam 1 yang memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah untuk urusan kerja atau mengembara.



Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf (mouthwash) juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia. Mismis ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan produk yang bebas daripada fluorida, berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jika tertelan. Produk penjagaan gigi MISMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00 dan boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart.


Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce. Dapatkan MISMIS Giftbox di  https://shopee.com.my/%F0%9F%8E%81MISMIS-GIFT-BOX%F0%9F%8E%81-(GIVE-YOUR-LOVE-ONES-OR-YOUR-FAMILY-A-SET-OF-NATURAL-ORAL-CARE-PRODUCTS)-i.84407647.8423473338

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk penjagaan gigi MISMIS , sila layari laman sesawang https://www.mismis.com.my/.

Fb: https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

IG: https://www.instagram.com/_makeitsmile/

Shopee:
https://shopee.com.my/nfatech

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSEbv84o/

Whatsapp:
http://wasap.my/60192415004