Ik

Ahad, 21 April 2019

Safi Dermasafe-Produk Mesra Kulit Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

April 21, 2019 5 Comments
Assalamualaikum dan hai semua..

Pasti ramai dikalangan anda semua pernah dengar dan ada yang pernah pakai produk safi. Produk yang diyakini HALAL dan telah lama berada dipasaran sejak nad dibangku sekolah lagi.Kini safi telah melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk penjagaan wajah 'mesra kulit' iaitu SAFI DERMASAFE


Untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif, SAFI DERMASAFE ada jalan penyelesaiannya. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak dan normal, anda juga boleh pakai tak ada masalah macam kulit muka nad nie kategori normal..Alhamdulillah selama nad pakai produk safi nie, tak pernah lagi mengalami masalah kulit muka yang teruk.

Seperti yang semua tahu, produk safi telah diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar PH yang seimbang, dan rangkaian produk safi juga bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian keatas haiwan.

Terdapat 5 item dalam set SAFI DERMASAFE


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah.

Formula yang tidak kering, dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

Pencuci muka yang jenis mousse nie nad pakai setiap pagi..Bila tengah gosok-gosok kat muka rasa die lembut je..mata pun tak pedih..Masa bilas terasa muka segar dan bersih.

Cara Penggunaan

Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE 


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mild & Gentle diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesaan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.

Untuk pencuci muka yang ini, nad pakai setiap malam..Adil la kan dua-dua pencuci nad pakai..Yang ini khas untuk malam je..Sama juga macam pencuci mousse tapi yang ini jenis gel.Tak berbuih dan tak pedihkan mata..

Cara Penggunaan

Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit air sehingga berbuih. Urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE 


SAFI DERMASAFE Pelembab Siang Soothe & Hydrate diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan Chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit dan menjadikan kulit kekal lembab selama 24 jam.

Selepas nad cuci muka dengan pencuci muka jenis mousse tue, nad pakai Pelembab Siang Soothe & Hydrate..Pelembab nie cepat serap ke dalam kulit muka dan  kulit muka rasa lembab sepanjang masa.Best sangat pakai pelembab nie SEBAB ianya tak berminyak.

Cara Penggunaan

Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan-lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan gunakan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Resfresh untuk hasil yang optimum.


SAFI DERMASAFE Pelembab Malam Rehydrate & Recover diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile yang mudah meresap ke dalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur

Pelembab malam Rehydrate & Recover nad pakai selepas nad cuci muka dengan Pembersih Muka mild & Gentle.Rutin harian setiap malam sebelum tidur, nad akan sapukan pelembab ini untuk memastikan kulit muka nad dirawat ketika sedang tidur

Cara Penggunaan

Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan-lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan gunakan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Resfresh untuk hasil yang optimum


SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile yang mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

Untuk mengekalkan solekan tahan dengan lebih lama, nad just Spray Booster Hydrate & Refresh ke muka dan nampak kulit muka nad sentiasa segar dan lembab sepanjang masa.

Cara Penggunaan

Pejamkan mata dan semburkan ke muka 1-2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera.Untuk mendapatkan hasil yang optimum, lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE

Untuk maklumat berkenaan produk SAFI DERMASAFE, uollss boleh layari laman web dibawah :-

Facebook :
http://www.facebook.com/SAFI.MY

Instagram :
http://www.instagram.com/safimalaysia

Ahad, 14 April 2019

Perkahwinan Siti JamuMall Ditaja RM500K

April 14, 2019 0 Comments

Tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untung seorang gadis kecil comel SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !!

Pada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi sapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu – talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.

Hampir 100 company dari perbagai produk berminat untuk sponser majlis kahwin siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati sponser majlis perkahwinan siti. 

Kata siti, beliau sangat sebak .. tak sangka , majlis yang mulanya plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil .. beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan. 
Selama ni siti promote produk orang dengan ikhlas, siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali , sampai dikenali dan viral.. sebab tue ramai hargai jasa siti dan bile siti kahwin mereka sanggup sponser mcm-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai . majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej.

Jom tengok gambar persandingan siti jamu mall dan pasangannya..Dah la cantik, berseri-seri muka pengantin baru nie..Semoga siti jamu mall dan pasangan kekal hingga ke jannah..



Mesti uollss nak tau siapa yang sponser majlis perkahwinan gilang gemilang siti jamu mall nie kan..Antara sponser-sponser yang baik hati nie :-
Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/
Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal
Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official
Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera
Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/
Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq
Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal
Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri
Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji
Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/
Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun
Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/
Perfume dari Luxe Essencia Resources
Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort

Meriah dan glamour perkahwinan ini.Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin

Rabu, 3 April 2019

Master Pasto-Spaghetti Segera Hanya 3 Minit

April 03, 2019 1 Comments



Entry kali nie nad nak share dengan korang tentang makanan western iaitu spageti segera dari Master Pasto yang sangat sedap, mudah dan senang untuk disediakan..Biasanya kita selalu dengar meggie segera je kan, jangan tak tahu sekarang nie spageti pun dah ada yang segera..Yang penting spageti nie tak perlu disimpan dalam peti sejuk..Mana yang tak tahu nak masak apa, atau yang tak ada masa nak masak disebabkan terlalu busy dengan kerja, korang boleh bawa spageti nie masuk sekali dalam handbeg tue..sampai office teruss zaapp siap..


Spageti segera dari Master Pasto nie ada 3 jenis iaitu MPAglioolio, MPMushroomcream dan MPBolognese.Ketiga-tiga nie nad da rasa dan semuanya sedap..Bukan nad sorang je yang makan, anak-anak pun suka makan spageti nie..Licin pinggan makan time hujan..Lagi sedap bila dapat makan panas-panas..

MPAglio olio nie rasa die pedas dan sesuai ngn nad yang suka makan pedas..isi ayam pun xkedekut..

MPBolognese nie pula menjadi kegemaran anak dara nad si kakak Putri..Awal2 lagi dia da pilih nak makan yang ini 

MPMushroom nie rasa die ofcoz la rasa cendawan.Nie plak jadi kegemaran anak lelaki nad abih semua die kutip makan cendawan tue..


Cara nak masak pun mudah sangat..Ada 2 cara penyediaannya iaitu sama ada korang nak pakai periuk atau microwave..Yang pertama panaskan air sehingga mendidih, kalau guna microwave korang tuangkan spageti dan sos flexy packy ke dalam pinggan atau bekas yang sesuai untuk microwave..Kemudian masukkan ke dalam ketuhar dan panaskan 1 minit..Untuk yang guna periuk tadi, bila air dah mendidih korang masukkan Flexy Packy Pasta & Sauce ke dalam periuk, rendam selama 3 minit kemudian keluarkan spageti dan sos flexy packy dari periuk.Buka dan tuang ke dalam pinggan dan taraa siap sedia untuk dihidang.



Yang paling penting, spageti nie tiada bahan pengawet dan tiada bahan perisa MSG.Mesti ada yang nak tahu produk nie halal atau tidak?Of coz la halal produk dari malaysia nie..Kilang pun dekat penang.Sebelum tue, nad nak share video ringkas cara macam mana nak sediakan spageti segera nie.


Untuk maklumat lanjut mengenai Spageti Segera dari Master Pasto sila layari :

Website : https://www.masterpasto.com/
Facebook :https://www.facebook.com/masterpastolioco
Instagram : https://www.instagram.com/masterpasto/