Ik

Khamis, 21 Julai 2022

Pengalaman Menghadiri Temuduga SPA Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N19

Assalamualaikum semua..

Masih ingat lagi tak entry nad pernah nad kongsi sebelum nie? Berkenaan peperiksaan online PSEE.. Kalau ada yang belum baca, boleh baca disini. Untuk entry kali ini, nad nak share dengan korang pengalaman temuduga dengan SPA nie.



Apabila kita melepasi peperiksaan yang diwajibkan, maka langkah seterusnya adalah temuduga. Bab temuduga nie memang kebanyakan orang akan nerves la lagi-lagi apabila ini adalah temuduga pertama bagi nad. Pelbagai perasaan dok ada dalam hati nie, sat gembira, sat ketaq, sat rasa macam nak terkeluar isi jantung semua laa ada.. Tapi nad cuba ketepikan semua perasaan tue.

Untuk temuduga nie, nad share la serba sedikit tentang persiapan yang nad da buat. Bila terima email mengatakan yang nad lulus peperiksaan, nad pun terus google cari soalan-soalan yang bakal ditanya. Nad juga banyak membaca dari blog tentang pengalaman diowang yang dah berjaya dalam temuduga. Tengok dekat youtube tentang tips dan cara temuduga. Antara persediaan yang nad dah buat :


Fail dan Salinan Sijil

Bab fail nie tak kisah pun nak kaler apa. Asalkan clear folder. Susunan sijil original dalam fail mula dari ic, surat beranak, sijil pmr, spm, sijil berhenti sek, sijil politeknik, sijil kokurikulum last sekali lain-lain sijil. Sijil yang berkaitan dengan jawatan korang je uang boleh diambil pakai, yang tak berkenaan tak payah la buh. Contoh macam korang ada sijil masakan, tapi iv jawatan PTPO, memang tak kena la kan..

Sebelum terlupa, semua salinan sijil tue perlukan cop pengesahan bukan cop dari ketua kampung, jkkk. Maksud pengesahan dekat sini contoh macam pegawai yang berpangkat tinggi la. Macam nad dulu, minta cop pengesahan dekat IPK Melaka dah alang-alang nad ada dekat melaka masa tue. Iv nye dekat kedah sana, walaupun sebenarnya nad duduk rawang.. Ehh macam mana pulak tue..

Gambar

Bab gambar nie, nad buat awal. Gambar ukuran passport berlatar belakang warna biru dan nak nampak lebih elok pakaila kot dan senyum bagi nampak gigi.. 

Resume Bergambar

Untuk resume, cuba buat seringkas yang boleh.. Maksudnya simple tapi padat. Buat satu muka surat je dan jangan lupa tampal gambar passport yang korang dah ambil tadi.

Pakaian, Aksesori, Tanda Nama, Kasut

Pakaian bagi perempuan baju kurung dan sopan tidak menjolok mata, warna tue biarla yang sedap mata memandang macam warna soft atau pastel. Kalau boleh baju kurung simple je, tak yah corak or labuci bagai.. Kebaya pun tak payah la pakai, nanti da keja nak melaram macam che ta pun xpa..

Aksesori jangan terlalu berat, contoh gelang or cincin, kalau ade 10 cincin pun, elok pakai 1 je gelang pun 1. Jam tangan kalau boleh pakai.

Tanda nama, ramai yang cakap tak payah pakai, just untuk yang dah bekerja kerajaan je boleh pakai. Tapi nad buat juga tanda nama tue. Sebab nad rasa yakin bila nak iv. Perasaan tue lain macam.. If kena tanya kenapa pakai, nad dah ada jawapan tue siap-siap.

Kasut pula bagi perempuan biar bertumit sikit dalam seinci dan bertutup. Kalau boleh pakai la stokin. Handbeg kalau nak pakai pun boleh tak ada masalah, sebab kat dalam bilik iv ade disediakan meja kecil untuk korang letak beg. Nad pakai backpack je kemudian masa nak masuk bilik iv, nad tinggalkan dekat luar. Nad minta calon lain tolong jagakan. Sebenarnya kesemua kriteria nie ada markah. 



Soalan dan Temuduga 

Berkenaan soalan, nad banyak study tentang skop dan bidang tugas pembantu tadbir perkeranian operasi n19, nad banyak buat latihan bercakap sendiri depan cermin, latih diri untuk senyum. Sebab masa iv, eye contact kena jaga, jangan buat masam je muka tue.. Sepanjang iv, muka kena manis dan senyum je.. Mata tue jangan pandang ke tempat lain, just pandang panel yang ada dekat depan tue dan jawab soalan sambil senyum..

Soalan bergantung pada panel, dapat panel yang suka tanya banyak soalan, masak laa nak menjawab. Masa nad iv dulu, bukan sorang-sorang masuk tapi sekali 2 orang masuk bilik iv. Bayangkan kalau 2 orang sekali masuk, kita nak bagi jawapan pun mesti akan ada rasa sedikit terganggu. Nasib baik la nad orang pertama yang panel tanya dan dapat jawab soalan dengan baik.. Soalan lebih kepada situasi.

Memang menguji sikit  soalan die sebab panel nak tengok cara kita berfikir dan cara kita menjawab soalan tue. Tapi alhamdulillah nad dapat jawab kesemuanya dengan tenang.

Hari iv pastikan korang datang awal kemudian register dan ambil no giliran. 7.30 nad da sampai tempat iv. Dalam pukul 09.20 no giliran nad dipanggil. Dapatla no 4007 iaitu orang ke 7 bilik iv bilik D panel 2 orang perempuan. Masa iv nad dalam 20 minit macam tuela.. Pukul 09.40 da keluar dari bilik iv. 



Lega rasa sebab dah selesai iv. Sekarang nie, apa yang nad buat adalah tawakal dan berdoa banyak-banyak, semoga nadia md radzi lulus temuduga PTPO nie. Kita dah buat sehabis baik. Semoga ada rezeki, insyallah.

Semoga dengan perkongsian dan pengalaman nad nie dapat membantu sedikit sebanyak untuk calon yang bakal menghadiri temuduga nanti. Next entry, nad kongsi pula keputusan temuduga. Stay tuned gaaiss..

24 ulasan:

  1. good sharing, kalau saya tak pernah dapat iv, hanya online exam je.. btiw done follow #278

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis..insyallah lepas nie giliran sis pula dapt iv..ok, done follow sis juga #198..tq 😊

      Padam
  2. i went to one last time and end up borak je time interview hahaha

    BalasPadam
  3. APA YANG DITANYA SEPANJANG IV TU ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebh kepada skop kerja, n soalan situasi..ikut la panel nk tny awak apa sbb kita pn xjgka jgk dia pnya soalan tue..

      Padam
  4. Berjaya tak? Berapa lama ambil masa tuk result keluar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah berjaya..skrg dah bertugas di sektor awam..2 bulan juga sebab msa tue covid kan..now rasa sbulan da boleh tau result iv tue..

      Padam
    2. Alhamdulillah berjaya..skrg dah bertugas di sektor awam..2 bulan juga sebab msa tue covid kan..now rasa sbulan da boleh tau result iv tue..

      Padam
    3. Hi sis.. Sy nak tnye apa skop ptpo n19 ye? Sbb dah search kat google.. Kebanyakannya dia bgi sikit je skop kje tu.. Tq awak

      Padam
  5. Hi nad, nad guna nametag kan. nak tanya, kalau panel tanya kenapa guna nametag, apa yang anda akan jawab. boleh kongsi . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy akan jawab :
      1.Melambangkan keperibadian seseorang dan identiti dimana dia bertugas/belajar.
      2.Memudahkan pengenalan diri dalam berurusan.
      3.Kelihatan profesional apabila memakai tanda nama.

      Padam
  6. Assalam, boleh ke kita ada dip/deg tapi mohon jawatan spm? panel tak akan tnye ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlkmslam..klu kita ada dip boleh je mohon jwtan spm jnji one step lower..klu degree tak boleh..

      Padam
  7. Assalamualaikum puan nad
    Saya baru sahaja menghadiri temu duga pt kewangan calon sabah bolehkah puan nad share klu ada apa2x hint dri panel yg boleh menyedapkan hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlkmslam..masa sy iv aritu, panel xdak bagi apa2 hint pn..cuma dia bgtau penempatan siap2..

      Padam
    2. Sepanjang menunggu keputusan tu ada tak pihak spa call/email puan nad ?

      Padam
    3. Tak ada pun pihak SPA col saya..so tunggu result mcm biasa je..

      Padam
  8. Assalamualaikum, saya baru je lulus exam untuk jawatan ni tapi masih tunggu lagi pengumuman tarikh temu duga. Jadi saya nak tanya jarak tarikh keputusan peperiksaan dengan tarikh keputusan temu duga biasanya berapa bulan?

    BalasPadam
  9. Saya ingin bertanya, Jawatan Pembantu tadbir pekeranian/operasi ini biasanya mudah diambil bekerja sekiranya kita ada pengalaman kerja perjabat sahaja ke? sebab saya tidak ada pengalaman dalam bekerja pejabat hanya pengalaman kerja di skop kerjaya yang berbeza. Adakah saya boleh layak atau tidak sebab saya baru lepas lulus peperiksaan SPEE cuma agak was-was untuk pergi temuduga kerana tiada pengalaman dalam bidang ini

    BalasPadam
  10. Salam, puan nadia boleh shared tak soalan2 yang ditanya oleh panel?

    BalasPadam
  11. salam..puan nadia blh share soalan yg ditanya oleh panel??puan nadia bjaya dlm iv ptpo??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlkmslam..soalan tue macam biasa dia tnya skop kerja ptpo, soalan situasi semasa, integriti.. Yg lain sy xigt..alhmdulillah brjaya dlm tmuduga..

      Padam