Ik

Selasa, 10 Januari 2017

CARA SEMAKAN CTOS & CCRIS

Credit Tip Off Service (CTOS)

CTOS biasa dikaitkan dengan Blacklist tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank & institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman panel.
CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam.
Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.


Semakan Data CTOS

Sekiranya anda ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam CTOS anda boleh melawat laman web CTOS Sdn Bhd atau melawat CTOS service centre di:
CTOS Sdn. Bhd Unit A-8-4,8th Floor, Megan Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 603-27708833 Fax: 603-27708834
CTOS service centre juga boleh membantu anda:

(1) mendapat customer training
(2) memperbetulkan maklumat salah disebabkan kesilapan dalam sistem
(3) merekodkan settlement hutang lama dalam sistem

Cara Semak CCRIS

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)


CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.

Sistem CCRIS dikendalikan oleh Biro Kredit yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS):

Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.
Anda boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di laman web mereka:

2 ulasan:

  1. Anda mahu dapatkan pinjaman kredit? Tapi risau permohonan anda tidak lulus? Jom kami kongsikan mengenai CTOS di sini: Cara Semakan CTOS online

    BalasPadam
  2. Вам надобно скоро получить деньги без излишних морок и с наибольшей безопасностью? Тогда обращайтесь в компанию Кредит-финанс. У нас возможно взять средства под залог автомобиля и ПТС без справки о заработках. Быстрый займ под залог автомобиля либо ПТС – это всего три простых шага деньги под автомобиль

    BalasPadam