Haid pasti dialami wanita setiap bulan. Umumnya, darah haid berwarna merah hingga merah kehitaman. Perbezaan warna darah haid ini berpunca daripada berberapa perkara. Hal ini menunjukkan kesan perubahan pada kesihatan tubuh badan, terutama organ pembiakan.
Bagi sesetengah orang perkara ini dianggap menjijikkan. Namun pemeriksaan bulanan wajib dilakukan oleh wanita untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang sihat. Melalui kaedah ini, wanita dapat mengetahui keadaan tubuhnya secara lebih mendalam sekaligus mencegah penyakit yang lebih serius.
Seperti yang dilaporkan dari laman vemale.com, ada warna-warna tertentu pada darah haid yang menunjukkan kesihatan dalaman wanita. Antara warna tersebut ialah:
Warna darah haid merah terang
boleh diketegori warna yang paling biasa. Warna ini menunjukkan bahawa tidak ada masalah pada kesihatan organ pembiakan mahupun organ lain.
Warna darah haid lain yang sering dialami wanita adalah coklat.
Warna ini menunjukkan suhu badan dalam keadaan yang tidak normal. Jika mengalami masalah sebegini, wanita harus segera membuat pemeriksaan doktor untuk mengelakkan masalah ini lebih serius.
Warna darah haid yang lain mungkin adalah warna hitam.
Warna ini biasanya muncul di akhir tempoh haid. Penyebabnya adalah darah haid yang terlalu lama berada di dalam rahim.
Sebahagian golongan wanita mungkin juga akan mengalami haid seperti darah berbentuk gumpalan.
Sebenarnya, hal ini merupakan satu kebiasan jika tidak mengalami kekejangan perut. Namun, sekiranya mengalami kesakitan yang berpanjang, segera dapatkan pemeriksaan doktor kerana hal ini merupakan tanda awal fibroid.
Warna darah haid lain yang agak berbeza adalah warna pink cerah.
Warna ini menunjukkan wanita sedang mengalami kekurangan zat besi atau nutrisi.
Akhir sekali adalah perubahan warna darah dalam satu tempoh.
Jika hal ini berlaku, adalah disebabkan oleh keseimbangan hormon dalam badan yang berpunca daripada stress, perubahan corak hidup dan juga kerana terlalu letih.
Punca Perubahan Warna Darah Haid Yang Sering Berlaku
Perubahan warna darah haid sebenarnya berpunca daripada beberapa perkara. Menurut artikel dari halobidan.com, penyebab utama penyebab perubahan warna darah haid adalah ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron. Selain itu, antara sebab lain adalah;
1. Kenaikan berat badan secara tiba-tiba
2. Akibat pengambilan ubat - ubatan
3. Perubahan pada rahim
4. Masalah pada saluran darah haid
5. Masalah pada saluran rahim atau keadaan endometriosis atau adenomyosis
6. Menghampiri tempoh menopause
Mengenal Ketegori Darah Haid
Tekstur darah haid tidaklah sama dengan tekstur darah yang disebabkan oleh luka. Mungkin, anda belum tahu jika pada awalnya darah haid keluar dari rahim berbentuk gumpalan.
Gumpalan ini kemudian akan bercampur dengan antikoagulan sehingga membuatnya lebih cair dan mudah keluar. Namun, ada masanya darah haid masih keluar bersama gumpalan. Pada setiap orang, tekstur gumpalan yang keluar tersebut tentunya berbeza.
Antara maksud tekstur gumpalan yang keluar adalah
Gumpalan keluar sebagai tekstur licin seperti jeli.
Jika Kalian mengalami hal seperti ini, sebenarnya anda tak perlu risau jika mengalami tekstur haid seperti ini kerana bercampurnya darah haid dengan cairan yang dikeluarkan dari vagina.
Tiada gumpalan.
Bermaksud bahawa darah haid sudah bercampur koagulan dengan baik. jika mengalami tekstur seperti ini, haid akan berlangsur secara normal tapi mengalami segugut atau Period Pain
Gumpalan berwarna hitam kelabu dan darah yang keluar sangat banyak.
Jika hal ini terjadi, mungkin mengalami keguguran. Tapi, jika tidak mengandung segera berjumpa dengan doktor.
Gumpalan yang banyak
Terhasil pada tempoh haid yang lama kemungkinan merupakan tanda adanya tumor rahim. Untuk info lebih lanjut segera berjumpa dengan doktor.
Kehamilan
Jika waktu haid terlambat dan pernah melakukan hubungan intim, mungkin menyebabkan kehamilan. Melakukan ujian kehamilan. Jika hasilnya negatif tetapi haid tidak datang, boleh lakukan USG untuk mengetahui sebabnya.
Sindrom ovarium polikistik atau dikenali sebagai POC iaitu kumpulan gejala yang berpunca dari kista kecil dalam ovari. Kista ini akan menyebabkan ketidak seimbangan hormon dan gangguan pemprosesan ovari. Hal ini dapat menyebabkan kita tidak mengalami menstruasi, atau mengalami menstruasi yang tidak teratur, atau mengalami menstruasi, tetapi kuantiti darah yang keluar hanya sedikit.
Tiroid
Tiroid merupakan kelenjar yang ada pada leher. Gangguan pada kelenjar ini juga akan terkena pada siklus menstruasi.
Itulah tadi jenis darah haid yang harus diketahui wanita. Ternyata, darah haid ternyata boleh menunjukkan keadaan tubuh wanita. Jangan takut untuk menganalisa darah haid anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan