Ik

Jumaat, 29 September 2017

ABADIKAN KENANGAN INDAH BERSAMA PRINTCIOUS



 

Mungkin masih ramai yang tercari-cari apakah cenderahati yang paling sesuai untuk dijadikan hadiah ulangtahun perkahwinan atau mungkin juga boleh abadikan kenangan indah bersama dengan yang tersayang? Jom nad nak syorkan ada satu laman web dimana korang boleh membuat sendiri cenderahati mengikut kreativiti  korang

Pernah dengar apa itu printcious?Okey jom nad terangkan serba sedikit tentang printcious ini. Printcious adalah salah satu laman web yang membolehkan korang untuk mereka cipta sendiri hadiah atau cenderahati mengikut kreativiti korang. Antara kategori yang ada di Printious ini adalah seperti mug, bantal kuisyen, t-shirt, casing handphone, tote bag, romper baby, key chain, button badges, mouse pads, puzzles, ceramic tiles, mini tees, coasters, cap, canvass, aprons, layards dan macam-macam lagi. Pasti korang rambang mata kan nak pilih yang mana satu. Semuanya cantik-cantik kalau ikutkan nad semua nad nak buat.hihi