Assalamualaikum, Selamat Hari Buruh dan selamat bercuti buat semua..Sempena hari Buruh ini, nad nak berkongsi sedikit tentang seorang insan istimewa yang telah pun berjaya melakar sejarah dalam bidang perniagaan dan telah menjadi pengasas utama JamuMall iaitu En Khairul Nizam..
Menjadi insan istimewa bukan penghalang untuk terus berjaya dan ini telah dibuktikan sendiri oleh pengasas Jamumall En Khairul Nizam iaitu abang kepada Siti JamuMall.Jom ikuti luahan hati beliau..
" Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...
Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??
Lihatlah aku..
Kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .
Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...
Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..
Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..
Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!
Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!
Semoga cerita dan luahan dari En Khairul Nizam diatas, dapat menjadi contoh dan inspirasi kepada semua dimana ada kemahuan disitu ada jalan..Dan jangan mudah berputus asa serta buktikan kepada mereka diluar sana bahawa golongan insan istimewa ini juga mampu berjaya walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
Facebook : www.facebook.com/khairulnizamofficial
Page : www.facebook.com/Jamumall
Ig : www.instagram.com/hyekhairul
Website : www.jamumall.com
Facebook : www.facebook.com/khairulnizamofficial
Page : www.facebook.com/Jamumall
Ig : www.instagram.com/hyekhairul
Website : www.jamumall.com
His story is very inspiring. I just feel this message came to me at the right time of my life. Ready for the change now. Semoga semua urusan dipermudahkan. Love your blog darling.
BalasPadamI'm a blogger too, https://bigiscompatible.blogspot.com/
Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...
BalasPadamsemangat macam ni yang perlu kita ikut..
BalasPadamthere's a lot to ponder on this
BalasPadamBeing physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.
BalasPadamBANGGA DENGAN BELIAU .. WALAUPUN KURANG UPAYA TP BOLEH BERJAYA ATAS USAHA SENDIRI
BalasPadamOKU pun boleh berjaya, inikan kita..
BalasPadamKagum sangat dgn semangat insan hebat ini. Beliau mampu buktikan yg OKU juga boleh berjaya kan..
BalasPadamHebat saudara Nizam nie kan.. semoga memberi inspirasi untuk kita semua..
BalasPadamInspirasi untuk kita lebih berjaya dan selalu pandang hadapan
BalasPadamkagum bila baca kisah beliau. semangat juang yang di tunjukkan wajar dicontohi masyarakat di luar sana.
BalasPadamCerita dia buat kita terinspirasi..
BalasPadamAssalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
BalasPadamJom follow blog and Visit https://www.iyaseo.id/
. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
. Komen yang baik2 sahaja ye..
. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi.
Wajar dicontohi setiap insan. Beliau yg kurang upaya juga mampu berjaya kenapa kita yg sempurna sifat mencipta alasan demi alasan.
BalasPadamSo inspired.. Yes, I can do it too.. No malas jika nak berjaya ;)
BalasPadamhebat betul kan dia..
BalasPadamKagum dengan semangat dia tu..
BalasPadam