Ik

Ahad, 24 November 2019

Bengkel Keibubapaan "Millennial's Guide To Parenthood" di Sunway Medical Centre

November 24, 2019 1 Comments

Nak jadi ibu bapa yang sempurna nie bukan lah mudah.. Siapa je yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak sendiri kan. Dengan ilmu yang belum penuh didada, nad berkesempatan untuk menghadiri 1 bengkel keibubapaan di Sunway Medical Centre dengan topik yang sangat menarik tau. Pada korang yang tak dapat join bengkel tue, meh sini nad share serba sedikit ilmu yang nad dapat sepanjang bengkel berlangsung.


Bengkel yang dianjurkan kolaborasi bersama cat terkenal Nippon Paint dan Sunway Medical Centre nie sedikit sebanyak telah memberi ilmu yang sangat berguna exspecially untuk ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Jom tengok topik apa yang dibincangkan.

1. 5 Jenis Penyakit Yang Sering Dihidapi Anak

Untuk slot yang pertama nie kita akan mengenali 5 jenis penyakit yang sering dihidapi oleh anak-anak iaitu :
  • Selsema 
  • Influenza
  • HFMD
  • Cirit birit 
  • Demam Denggi


Jangan tak tau ye ibu bapa diluar sana, kebanyakkan penyakit nie datangnya dari persekitaran kita yang kurang bersih. Macam penyakit HFMD nie, siapa sangka hanya memegang dinding sahaja, anak mudah mendapat jangkitan kuman. Pernah tak kita terfikir yang dinding rumah kita nie sebenarnya ada bakteria yang kita sendiri tak boleh nampak dengan mata kasar. Kebanyakkan anak dibawah umur 5 tahun paling terdedah kepada penyakit HFMD, Influenza dan Rotavirus. So jalan penyelesaiannya, melabur la sedikit duit untuk bertukar ke cat dinding Nippon paint sebab cat nie banyak keistimewaannya yang penting kesihatan anak terjamin..


2. Cara Mengatasi Masalah Anak Pilih Makanan 



Untuk slot kedua plak, nie yang paling best sebab rata-rata ibu bapa selalu mengalami masalah yang sama iaitu masalah anak pilih makanan atau lebih dikenali sebagai picky eater. Sebenarnya bukan anak yang memilih makanan tau, tapi sebenarnya kita yang mainkan peranan besar dalam menangani masalah ini. Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya memberi pendedahan awal  dengan cara memperkenalkan makanan yang sesuai mengikut peringkat umur anak-anak dan mempelbagaikan pilihan makanan. So anak tak adalah jemu asyik makan benda yang sama kan.


Ada juga sesetengah mereka yang sering kali mengaitkan hal anak pilih makan nie disebabkan tabiat ibu bapa yang picky eater. Common la gaiss, ini semua tidak ada kaitan langsung.  Ini semua bermula apabila kita sendiri yang introduce makanan tue pada anak-anak. Ingat tue..

3. Kepentingan Udara Bersih Dalam Rumah


Untuk slot yang ketiga, yang nie pun menarik juga iaitu kepentingan udara bersih dalam rumah. Pernah tak korang terfikir yang udara dalam rumah kita nie tercemar atau tak?Selama nie, kita ingatkan udara dalam rumah la paling yang selamat dan bersih tapi selepas apa yang telah diterangkan oleh  Dato Rajbans Singh baru nad tau yang udara dalam rumah kita nie adalah 2 hingga 5 kali lebih tercemar berbanding luar rumah. Mau tak terkejut.. Patut la anak-anak senang dapat penyakit. Solusinya, kita perlu memastikan persekitaran rumah dalam keadaan bersih terutamanya ruang tamu, bilik air dan dapur.





4. Cara Meningkatkan Potensi Anak-Anak


Dan untuk slot yang terakhir nie, cara meningkatkan potensi anak-anak. Menurut Miss Sam Jeng Mun iaitu seorang Cinical Psychologist, terdapat empat jenis kategori ibu bapa yang akan mencerminkan anak-anak kita antaranya ibu bapa dalam kategori panda, harimau, dolphin dan juga jellyfish. Haa.. Sebelum nak tau anda kategori  ibu bapa yang mana, kena la buat assesment dulu baru dapat tahu anda kategori apa..





Walau apa pun kategori kita, cuba lah jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita. Nad sendiri akui, nad pun bukan lah ibu bapa yang sempurna masih banyak lagi yang perlu nad belajar dan terima kasih kepada Nippon Paint dan Sunway Medical Centre atas penganjuran bengkel "Milennial's Guide To Parenthood" sebab da bagi ilmu yang sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama. Next time kalau ada lagi, boleh la korang join.. 

Selasa, 12 November 2019

Menikmati Hidangan Kopitiam di Luckin Kopi

November 12, 2019 2 Comments

Luckin Kopi

Hai semua.. Entry kali nie nad nak share dengan korang port makan paling sempoi dan santai sesuai  untuk dinikmati bersama keluarga tersayang mana lagi kalau bukan Luckin Kopi!!Jom tengok hidangan apa yang berjaya menarik perhatian tekak nad !!



Luckin Kopi
14 Jalan Panggong, 
5000 Kuala Lumpur

Everyday
7.00 am -9.00 pm


Terletak berhampiran stesen MRT Pasar Seni, Luckin Kopi merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan kopitiam moden klasik yang mana restoran ini masih mengekalkan ciri bangunan warisan lama lebih dari 150 tahun yang lalu. Ianya dapat dilihat sendiri sebaik sahaja anda melangkah masuk ke sini. Nad pun terpegun melihat dekorasi dalaman dan suasana yang cukup  santai dan tenang. Lihat la kerusi pun dari kayu rotan.






Mengambil inspirasi masakan tradisi asia yang digabungkan bersama maka terhasil la makanan seperti Sawadee Pasta, Pasta Petai, Hainanese Chicken Chop, Nasi Lemak Sambal Petai , Indo Mee, ABC,  Rojak Buah dan banyak lagi.

Nad berpeluang sendiri merasai makanan yang dihidangkan di Luckin Kopi nie. Memang terbaik la setiap menu yang dihidangkan semuanya menepati pilihan dan citarasa nad.

Sawadee Pasta 

Antara menu paling sedap yang nad boleh rekemen kan dekat korang ialah Sawadee Pasta. Rasanya masam-masam sikit tapi memang sedap.. Terliur tengok udang tue.. Kalau nak tahu, udang tue salah satu makanan kegemaran nad tau.. Tambah plak ada sambal petai.  Haa.. Korang pena makan pasta petai?? Niela die pasta petai.. Gabungan terbaik petai dan pasta. Rasanya pun tak mengecewakan.

Pasta petai
Selain tue, nad juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan set Luckin Toast yang didatangkan dengan 5 keping roti hainan, telur separuh masak dan 4 jenis sos iaitu kacang, butter, kaya dan juga coklat dinikmati bersama secawan Kopi Kaw Peng memang betul-betul kaw.. Paduu beb rasa kopi die !!

Set Luckin Toast
Bagi mereka yang gemarkan makanan western, chinese food dan makanan melayu tradisional, apa kata korang cuba makanan dibawah nie :

Cheesy Chicken and Fries
Chee Cheong Fun

Salted Egg Chicken Chop

Geng Chow Chicken Bun

Petai Bun
Nasi Lemak Sambal Petai

Hainanese Chicken Chop
Sebelum meninggalkan restoran, sempat lah nad basahkan tekak dengan pencuci mulut ABC dan Rojak Buah.. Abc sesedap rasa, tak manis dan tak tawar , rojak buah pula sedap yakmaat tak berapa pedas dan tak kedekut kacang, kuah die mebeleess weii.. Maka tidak hairan la ada dikalangan pelanggan mereka yang sanggup beratur panjang semata-mata nak merasai sendiri keistimewaan menu disini. 

ABC

Rojak Buah
Haa amacam gaaiss??Menarik tak makanan yang dihidangkan nie? Semua makanan tue nad dah cuba tau, korang bila lagi? Untuk mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkenaan Luckin Kopi,  boleh layari sesawang berikut :

Facebook : Luckin Kopi
Instagram : luckinkopi




Isnin, 11 November 2019

Malaysian Babywearing International 2019

November 11, 2019 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat hujung minggu. Apa aktiviti korang hujung minggu nie? Hari nie nad nak share pengalaman nad masa join event Malaysian Babywearears-International Babywearing Week 2019 bertempat di  The School, One Jaya, Petaling Jaya semalam. Acara tahunan yang mendapat sambutan hangat dikalangan ibu bapa ini telah berjaya menarik perhatian nad untuk sama-sama berkongsi pengalaman serta menimba ilmu pengetahuan berkaitan parenting.



Acara bermula 10 pagi dengan perkongsian menarik tentang cara yang betul dalam pemilihan carseat yang sesuai untuk anak yang disampaikan oleh Elvinna Shah. Untuk pengetahuan semua, Elvinna Shah juga merupakan salah seorang admin Malaysian Babywearears dan juga seorang consultant with School of Babywearing UK accredited Level 3 by Training Qualifications (TQ) UK. 

Walaupun sesi nad pertengahan, namun nad sempat melihat demontrasi membuat sabun laundry yang ditunjukkan oleh Puan  Zarah Al'Khadri dari Lembah Barakah Organic Orchad.



Turut diadakan sambutan hari lahir salah seorang admin malaysian babywearer nie. Rezeki la dapat merasa sepotong kek. Selain tue, terdapat juga aktiviti jualan dari vendor seperti jualan makanan, produk bayi, handmade bag dari Sweet N Cozy, dan aktiviti mewarna untuk anak-anak.





Seterusnya acara diserikan lagi dengan cabutan bertuah yang mana hadiahnya ditaja sepenuhnya oleh para penaja seperti Bobita, Kapi-Kapi, Little Sparkles dan ramai lagi. Mungkin tak ada rezeki nad hari tue  tapi apa yang penting nad dan anak-anak enjoy. Cuma nad nak berkongsi perasaan terharu apabila ada sorang hamba allah yang serba kekurangan merupakan salah seorang yang bertuah pada petang itu. Mereka suami isteri yang serba kekurangan tetapi ini bukan penghalang buat mereka untuk menjadi antara pengguna babywearear yang berjaya.


Tak ketinggalan, acara babywearing dance. Nad pun turut sama menari dengan ibu-ibu babywearing nie.. Lama dah tak menari boleh tahan jugak penat nye.. Sampai pic menari pun xdan nak ambil.



Last sekali sebelum meninggalkan acara untuk sesi yang terakhir, booth wajib yang nad singgah tak kira lah dekat mana pun event yang berkonsepkan parenting nie tak lain dan tak bukan nie la die booth theAsianparent. Merupakan penaja bersama dan setiap kali game yang selalu nad main spin of wheel.. Dapatlah kumpul point 700 lagi.. Lepas nie da boleh naik level platinum.. Tak sabarnya..

Tak lupa juga nad nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja yang telah sudi menaja goodies bag yang cantik nie..


Secara keseluruhannya apa yang dapat nad kongsikan petang tue adalah penggunaan babywearing nie sangat bagus untuk ibu bapa yang mementingkan keselesaan anak dan sekali gus ia dapat mengeratkan hubungan anak dengan kita melalui pelukan, belaian dan bau kita pun anak akan lebih berasa tenang dan disayangi.