Ik

Selasa, 12 November 2019

Menikmati Hidangan Kopitiam di Luckin Kopi


Luckin Kopi

Hai semua.. Entry kali nie nad nak share dengan korang port makan paling sempoi dan santai sesuai  untuk dinikmati bersama keluarga tersayang mana lagi kalau bukan Luckin Kopi!!Jom tengok hidangan apa yang berjaya menarik perhatian tekak nad !!



Luckin Kopi
14 Jalan Panggong, 
5000 Kuala Lumpur

Everyday
7.00 am -9.00 pm


Terletak berhampiran stesen MRT Pasar Seni, Luckin Kopi merupakan sebuah restoran yang berkonsepkan kopitiam moden klasik yang mana restoran ini masih mengekalkan ciri bangunan warisan lama lebih dari 150 tahun yang lalu. Ianya dapat dilihat sendiri sebaik sahaja anda melangkah masuk ke sini. Nad pun terpegun melihat dekorasi dalaman dan suasana yang cukup  santai dan tenang. Lihat la kerusi pun dari kayu rotan.






Mengambil inspirasi masakan tradisi asia yang digabungkan bersama maka terhasil la makanan seperti Sawadee Pasta, Pasta Petai, Hainanese Chicken Chop, Nasi Lemak Sambal Petai , Indo Mee, ABC,  Rojak Buah dan banyak lagi.

Nad berpeluang sendiri merasai makanan yang dihidangkan di Luckin Kopi nie. Memang terbaik la setiap menu yang dihidangkan semuanya menepati pilihan dan citarasa nad.

Sawadee Pasta 

Antara menu paling sedap yang nad boleh rekemen kan dekat korang ialah Sawadee Pasta. Rasanya masam-masam sikit tapi memang sedap.. Terliur tengok udang tue.. Kalau nak tahu, udang tue salah satu makanan kegemaran nad tau.. Tambah plak ada sambal petai.  Haa.. Korang pena makan pasta petai?? Niela die pasta petai.. Gabungan terbaik petai dan pasta. Rasanya pun tak mengecewakan.

Pasta petai
Selain tue, nad juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan set Luckin Toast yang didatangkan dengan 5 keping roti hainan, telur separuh masak dan 4 jenis sos iaitu kacang, butter, kaya dan juga coklat dinikmati bersama secawan Kopi Kaw Peng memang betul-betul kaw.. Paduu beb rasa kopi die !!

Set Luckin Toast
Bagi mereka yang gemarkan makanan western, chinese food dan makanan melayu tradisional, apa kata korang cuba makanan dibawah nie :

Cheesy Chicken and Fries
Chee Cheong Fun

Salted Egg Chicken Chop

Geng Chow Chicken Bun

Petai Bun
Nasi Lemak Sambal Petai

Hainanese Chicken Chop
Sebelum meninggalkan restoran, sempat lah nad basahkan tekak dengan pencuci mulut ABC dan Rojak Buah.. Abc sesedap rasa, tak manis dan tak tawar , rojak buah pula sedap yakmaat tak berapa pedas dan tak kedekut kacang, kuah die mebeleess weii.. Maka tidak hairan la ada dikalangan pelanggan mereka yang sanggup beratur panjang semata-mata nak merasai sendiri keistimewaan menu disini. 

ABC

Rojak Buah
Haa amacam gaaiss??Menarik tak makanan yang dihidangkan nie? Semua makanan tue nad dah cuba tau, korang bila lagi? Untuk mereka yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkenaan Luckin Kopi,  boleh layari sesawang berikut :

Facebook : Luckin Kopi
Instagram : luckinkopi




2 ulasan:

  1. cantik view kedai tu. klasik dan elegan dalam masa yg sama ^_^

    BalasPadam
  2. Harga pasta.petai tu berape eh? Menarik nak cuba.

    BalasPadam