Ik

Khamis, 16 Julai 2020

Makan-Makan di Campur Campur Kitchen

Assalamualaikum semua.. 


Hai semua pembaca setia blog aimanziyad, semoga sihat-sihat hendaknya. Kita masih lagi dalam tempoh PKPP so untuk memastikan wabak ini tidak mudah merebak, seeloknya kita haruslah mematuhi sop-sop yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti mengamalkan penjarakkan sosial, mencuci tangan dengan betul dan memakai mask serta perlu biasakan diri dengan kehidupan normal baharu..

Untuk entry kali ini, nad nak kongsi dengan korang satu tempat makan paling best dekat Cyberjaya nie dengan portion makanan yang besar dan harga yang sangat berbaloi dan suasananya yang cukup santai mana lagi inilah tempat yang nad maksudkan Campur Campur Kitchen.

Kalau korang nak tau kenapa nama Campur Campur Kitchen nie diberi adalah masakan nya terdiri daripada gabungan 3 negara iaitu Indonesia, Thailand dan juga China.





Pertama kali nad masuk dalam restoran nie mata nad da terpaku dengan dekorasi dan tatahias yang terdapat dalam kedai nie. Mana taknya, dinding dihiasi dengan talam lama zaman atok dan nenek kita pakai. Memang cantik dan kreatif sungguh pemilik restoran nie. 

Yang keduanya nad rambang mata nak pilih makan apa sebab semua menu kalau boleh nad nak rasa. Jangan tak tau ye, kat sini lebih 20 menu ditawarkan.. So korang pilih la nak makan apa, ada yang pedas, ada yang sedang pedas dan ada yang tak pedas nie yang sesuai untuk anak-anak.

Chicken Chop With Salted Egg


Butter Chicken Rice

Campur Belacan Chicken Fried Rice

Pan Fried Beef Kuey Teow 

Nasi Goreng Salted Egg Chicken and Shrimp

Indonesia flying fish rice

Cantonese Kuey Teow With Seafood

Indonesia Ikan Bakar Rice

Chicken With Salted Egg Yolk Rice

Kam Heong Bambo Clam Rice


Pilih punya pilih akhirnya nad try chicken fried with salted egg. Fuhh saiz hidangan. nie boleh makan untuk 2 orang gaiss.. Serius cakap nad makan sorang pun boleh kongsi lagi dengan rakan blogger yang lain. Memang besar portion dia dan tak rugi pun makan dekat sini dengan harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi.

Fried Rice With Chicken Butter

Korang pun boleh try crispy baby crab. Kerangupan dan keenakan crispy baby crab buat nad terliur tau. Dimakan bersama sos pedas manis cukup menepati citasarasa nad. Nad memang suka maka pedas-pedas manis nie.

Crispy Baby Crab

Untuk minuman pula, kat sini ada menyediakan minuman panas dan sejuk. Nad cuba apple crush.. Sedap sangat terasa serat-serat apple tue.. Sejuk je lalu kat tekak.. Nad order air nie pun sebab salah satunya tertarik dengan botol kaca yang dihidangakan da macam mentol lampu sekali tengok.. Terasa jakun sekejap..haha..

Apple crush

Pelbagai hidangan minuman sejuk dan panas

Untuk pencuci mulut, nad cuba banana toast with chocolate yang mana ini adalah hidangan roti bakar disalut telur dilimpahi dengan sos coklat. Fuhh gabungan pisang & coklat memang kena sangat gaiss.. Korang pun boleh cuba french toast with honey juga tapi manis sikit la sebab letak madu kan..

                Banana Toast With Chocolate

French Toast With Honey

Overall nad memang puas hati sangat dengan menu dan masakan disini. Dan bagi korang yang berada disekitar cyberjaya atau yang berdekatan, boleha la plan datang ke sini hujung minggu hajakk kawan-kawan atau keluarga untuk makan dekat Campur Campur Kitchen nie. Memang berbaloi gaaiss.. Sekarang nie korang boleh dapatkan 20% off isnin hingga jumaat 3-6 petang. Berbaloi kan?? Siap ada hidangan salad dan pop corn percuma lagii.. Penat da nak menaip, jom terjah cepat..








1 ulasan: