Ik

Jumaat, 27 Ogos 2021

Ketenangan dalam Satu Aplikasi Mindful Muslim


Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang kepada semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, beragama Islam ataupun kafir, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji. Apakah kita semua telah bersedia untuk menghadapi segala bentuk ujian itu? Bagaimanakah cara kita menghadapinya? 


Nad juga tidak terkecuali daripada diuji dengan perasaan berdebar, rasa tidak tenang, dan kadangkala rasa susah untuk tidur. Mujur ada Aplikasi Mindful Muslim ini dapat membantu meningkatkan mental dan emosi nad melalui pembacaan audio dan motivasi semangat dari ustaz berdasarkan Quran dan Sunnah.

Ciri-Ciri Aplikasi Mindful Muslim :

👉 Bacaan ayat Al-Quran
👉 Bacaan ayat ruqyah
👉 Bacaan doa
👉 Zikir
👉 Kisah para Nabi
👉 Ceramah dan motivasi
👉 Bunyi-bunyian alam semulajadi



Pengalaman Menggunakan Mindful Muslim

Sejak nad menggunakan aplikasi Mindful Muslim nie, nad rasa hidup nad lebih bersemangat, hari yang dilalui pun semakin hari semakin baik dan jiwa pun semakin tenang. Secara tidak langsung, ia membawa perubahan baru dalam hidup nad. Selama ini, banyak masa nad dibuang dengan perkara yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu sangat la berharga. Selain kita berzikir dan berdoa, dapat juga pahala untuk saham akhirat kita disana kelak.


Alhamdulilah, dengan aplikasi ini juga, dapat mengurangkan perasaan berdebar dan tidak tenang nad setiap kali buka sosial media, pasti ada sahaja berita tentang kehilangan orang tersayang akibat pandemik yang sedang melanda negara kita, terus nad teringat arwah ibu mentua nad yang telah meninggal dunia akibat C19 pada jun yang lalu. Hati ini terus jadi dekat pada pencipta kita yang Maha Esa. Sebelum tidur, nad akan pasang Mindful Muslim ini  dengan ayat-ayat suci al-quran pilihan kita.

Antara surah pilihan nad dengar sebelum tidur


Kebanyakkan pengguna Mindful Muslim ini terdiri daripada wanita berusia 25 hingga 35 tahun yang tertekan ekoran pelbagai perkara seperti hilang pekerjaan, masalah rumahtangga selain golongan saudara baharu. Ceramah dan kisah-kisah para nabi juga dapat membantu menaikkan semangat dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita yang selama ini kurang tanpa kita sedari.



Digunakan Pada Bila-Bila Masa

Aplikasi penenang jiwa berteraskan islam ini sangat mudah digunakan tidak kira dimana sahaja anda berada. Ketika didapur, dalam kereta, selepas solat atau ketika sedang menghadapi tekanan atau masalah cepat-cepat la buka aplikasi ini, insyallah anda akan berasa lebih tenang dan rileks.



Background Music

Dilengkapi dengan background music dari alam semulajadi seperti deruan ombak, rintik hujan, angin sepoi-sepoi bahasa, air terjun dan kicauan burung ini dapat membantu membuatkan emosi kita memjadi lebih stabil.


Sleep Diary 

Terdapat juga sleep diary dimana kita boleh menulis diari dan kita tak nak orang lain tahu apa rasa isi hati kita, apa yang kita pendam, nak luah pun belum tentu ada orang yang nak dengar kan. So kita tulis la panjang lebar mana pun jangan risau, orang lain pasti takkan tahu sebab ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan. 

Pengasas Mindful Muslim Mohamad Akhtaar 


Info Mindful Muslim

👉Aplikasi Mindful Muslim ini dibangunkan oleh  anak muda bernama Mohamad Akhtaar berdasarkan pengalaman lalu yang turut dihimpit tekanan dalam pekerjaan.

👉Aplikasi ini dilancarkan pada tahun 2020 dan dilabelkan sebagai aplikasi penenang jiwa pertama berteraskan Islam didunia.

👉Telah dimuatnaik umat Islam seluruh dunia terutamanya di Indonesia, Malaysia, India, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, selain negara-negara Afrika.

👉Memenangi hadiah Supreme of Auckland University of Technology Enterpreneurship Competion X Challenge.



Semoga aplikasi ini bermanfaat untuk kita semua dan hidup kita dilindungi selalu serta dalam redha dan rahmat allah s.w.t. insyallah. Bagi anda yang nak download apps nie boleh muat turun disini :

Android :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513




Tiada ulasan:

Catat Ulasan