Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali kita ditahun baru 2022. Review pertama nad ditahun baru kali ini berkenaan dengan Cosmoderm Glow-C Set. Seringkali bila masuk tahun baru, maka umur kita pun turut menginjak ke 1 angka. Adakah penjagaan kulit wajah kita nie betul-betul berkesan?Terutamanya bila kulit wajah kita terdedah dengan radikal bebas yang berbahaya yang boleh menyebabkan sel kulit mati.
Cosmoderm baru-baru ini telah melancarkan produk terbaru iaitu Cosmoderm Glow-C yang mana ianya sesuai untuk semua jenis kulit mahupun untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kusam, lemah atau tidak bermaya.
Apa itu Vitamin C?
Vitamin C adalah antioksidan yang melindungi sel-sel kulit daripada merosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV. ia juga menghalang pengeluaran melanin dalam kulit yang membantu mencerahkan hiperpigmentasi dan bintik-bintik coklat, menyekatakan tona kulit dan meningkatkan keserian kulit.
Fungsi dan Kebaikan Glow-C
Terdapat pelbagai fungsi manfaat Vitamin C yang boleh diperolehi daripada Cosmoderm Glow-C. 5,000mg adalah dos tertinggi Vitamin C yang boleh didapati dalam Cosmoderm Glow-C. Super Boosting Serum yang membantu mencerahkan bintik hitam dengan berkesan dan memperbaiki kulit keanjalan dengan merangsang pengeluaran kolagen.
Secara purata, 1,000mg bersamaan dengan 2kg oren. Dengan rangkaian Cosmoderm Glow-C, kita tidak perlu makan 2kg oren setiap hari tetapi hanya menggunakan keseluruhan rangkaian Glow-C ke atas kulit.
Antara kebaikannya ialah anti oksidan yang tinggi, pelindung foto, merangsang kolagen pengeluaran untuk kelihatan muda, menggalakkan pusing ganti sel dan membantu membaiki kerosakan sel.
Terdapat 4 item Cosmoderm Glow-C :
Step 1
Glow-C Detox Cleansing Gel
Bersihkan dan segarkan kulit setiap hari dengan Glow-C Detox Cleansing Gel. Diselitkan dengan minyak pati oren ia membantu menyahtoksik kulit daripada radikal bebas yang berbahaya untuk kulit cantik dan berseri.
Step 2
Glow-C Radiance Toning Essence
Ia membantu membangkitkan dan mengaktifkan sel kulit tidak bermaya sambil merangsang pengeluaran serat protein kulit untuk kelihatan muda. Ia meningkatkan keupayaan penyerapan kulit untuk kulit yang lebih cerah dan berseri.
Step 3
Glow-C Super Boosting Serum
Menbantu mencerahkan hiperpigmentasi dan bintik gelap dengan berkesan dengan 5000mg Vitamin C. Ia juga membantu menggebukan kulit untuk meminimumkan penampilan garis halus dan kedutan.
Step 4
Glow-C Brightening Moisture Solution
Dengan 1000mg Vitamin C, ia membantu meningkatkan pertumbuhan semula kulit dan mengelakkan kulit daripada rosak mikro akibat pendedahan sinaran harian terhadap tekanan persekitaran. Mencerahkan serta melembapkan kulit wajah.
Cosmoderm Glow-C ini halal dan telah diuji secara dermatologi dan bebas dari :
❌Paraben
❌Pewangi
❌SLS/SLES
Pengalaman Sendiri
Setelah seminggu nad cuba menggunakan Glow-C Set nie, nad dapati kulit wajah nad dah tak lagi kusam, lebih cerah dan nampak segar. Apa yang nad suka ialah serum dia. Teksturnya yang tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Ia membuatkan kulit nad sentiasa lembab dan berseri. Lepas nie, nad dah tak risau lagi akan pencemaran radikal bebas yang berbahaya sebab Cosmoderm Glow-C kan ada. Sekarang dah menjadi rutin harian nad setiap hari sebelum keluar rumah.
Bagi mereka yang nak dapatkan kulit cerah dan cantik berseri, boleh dapatkan Cosmoderm Glow-C di Watsons berdekatan anda atau layari :
Youtube: https://bit.ly/3DdoEnC
Instagram: https://bit.ly/3d3APZi
Facebook: https://bit.ly/3D0o0JS
TikTok: https://bit.ly/3d0gwfd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan