Ik

Isnin, 20 November 2023

KITSUI BELLOSS FIBER MENGATASI MASALAH SEMBELIT KESAN SEAWAL 3 HARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua buat pembaca blog aimamziyad.blogspot.my.. Pejam celik dah nak sampai kita ke penghujung tahun 2023. Azam tahun nie pun xkesampaian, apa lagi azam tahun depan?? Makanya azam tahun nie bawak ke tahun depan la..acii tak??hehe.. 

Ok la korang, hari nie nad nak review 1 produk Kitsui iaitu Kitsui Belloss Fiber. Kitsui Belloss Fiber merupakan minuman campuran 9 jenis buah-,buahan dan sayur sayuran yang kaya dengan mineral dan vitamin. Sebelum nad terangkan dengan lebih jelas berkenaan kebaikan Kitsui Belloss Fiber, meh kita kenali dulu jenama produk Kitsui nie.

Jenama Kitsui



Kitsui adalah jenama suplemen kesihatan yang dipercayai dan popular di Malaysia selama lebih 20 tahun. Nad tau mesti ada dikalangan korang yang da pernah dengar jenama Kitsui nie. Jenama ini mengutamakan kawalan kualiti dan mematuhi piawaian industri seperti ISO, HACCP dan GMP untuk memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti tertinggi. Tak mustahil la produk nie da lama bertahan selama 20 tahun.


Produk Kitsui menggunakan bahan berasaskan tumbuhan, yang menjadikannya selamat untuk dimakan dan sesuai untuk individu yang mempunyai sekatan atau keutamaan diet seperti vegetarian dan vegan. Untuk pengetahuan semua, jenama ini disahkan Halal, oleh itu pengguna Islam boleh menggunakan produk Kitsui dengan yakin dan selamat.





Banyak testimoni positif daripada pelanggan yang berpuas hati membuktikan keberkesanan produk Kitsui dalam mencapai hasil yang diinginkan seperti peningkatan tenaga, penghadaman yang lebih baik dan kesihatan keseluruhan yang lebih baik. Buat korang yang tak tau, nad juga salah seorang pengguna setia jenama Kitsui nie. Banyak produk yang dikeluarkan oleh mereka dan nad da cuba produk mereka. Kesannya sangat memuaskan. 


Anugerah dan Pengikirafan






Kitsui telah menerima pelbagai anugerah untuk produk berkualiti mereka, termasuk Brand Laureate, Anugerah Asia Halal, Watson Top Brand, dan Superhealth Brand. Anugerah ini menjadi bukti komitmen Kitsui untuk menyediakan makanan tambahan kesihatan yang selamat, berkesan dan berkualiti tinggi kepada pengguna. 













Pengiktirafan daripada anugerah ini juga mempamerkan kepercayaan dan sokongan yang Kitsui peroleh daripada pelanggan dan pakar industri. Dedikasi Kitsui terhadap kualiti dan kecemerlangan telah menjadikan mereka jenama yang bereputasi dan dihormati dalam industri suplemen kesihatan.


KITSUI BELLOSS FIBER

Ok jom nad review sikit Kitsui Belloss Fiber nie.. Sebelum nie pernah tak korang mengalami masalah sembelit? Susah nak membuang air besar? Kalau ada, nad syorkan sangat produk Kitsui Belloss Fiber nie .Sebab nad sendiri dah cuba dan ianya sangat berkesan. Sejujurnya nad dah lama mengalami masalah sembelit nie. Seminggu sekali baru membuang.. Risau betul bila sistem pencernaan jadi tidak teratur. 

Kitsui Belloss Fiber merupakan minuman campuran 9 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang diperkaya dengan vitamin dan mineral. Kitsui Belloss Fiber dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan kesan dapat dilihat seawal 3 hari. Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat dalam Kitsui Belloss Fiber adalah nenas, kiwi, lemon, timun dan bayam. 

Selain dapat mengatasi masalah sembelit, Kitsui Belloss Fiber juga boleh diambil sebagai minuman detox kerana ianya boleh membersihkan semua toksin yang terkumpul dalam usus akibat dari pengambilan makanan seharian kita. 

Testimoni Sendiri




Masalah sembelit nad nie selalu menghantui nad. Satu hari nad pergi watsons, sekali terpandang 1 produk nie dan hati terus rasa nak cuba. Sebab jenamanya pun da familiar so kita pun try la. Lepas nad try je minum Kitsui Belloss Fiber nie, tak tunggu lama hari tue juga dah membuang.. Tak sangka cepat betul kesan dia. Selalunya lambat nak membuang.. Apa lagi kemain suka la hati kita bila dapat membuang tiap-tiap hari. Tak rugi nad try produk nie. Rasanya pun sedap. 

Sekarang nie pun nad masih lagi mengamalkan minuman Kitsui Bellos Fiber dan dah menjadi rutin harian nad setiap kali sebelum tidur. Bila sistem pencernaan da teratur, badan pun rasa lebih ringan dan bertenaga. Kalau tak, lemah je.. Rupanya ada toksin jahat dalam badan. Tue yang dia degil xmau keluar.



Kebaikan Kitsui Belloss Fiber

✔️Meningkatkan metabolisme badan

✔️Mengatasi masalah  sembelit

✔️Meningkatkan peredaran darah

✔️Mengeluarkan lebihan toksin dalam badan melalui proses pecernaan

✔️Tubuh akan berasa lebih ringan dan lebih bertenaga

✔️Membersihkan usus

✔️Melancarkan sistem pencernaan

Cara Penyediaan Kitsui Belloss Fiber

Ambil 1 sachet Kitsui Belloss Fiber dan campurkan ke dalam 150ml air suam. Goncang sehingga larut dan minum serta merta. Untuk kesan yang terbaik, digalakkan minum air masak secukupnya. Kitsui Belloss Fiber boleh diambil pada waktu malam sebelum makan malam atau sebelum tidur.

Bagi sesiapa yang ada masalah sembelit atau nak detoxkan toksin dalam badan, boleh dapatkan produk Kitsui Belloss Fiber nie di semua rangkaian farmasi watsons berhampiran atau layari platform digital dalam talian.. Semoga review nad kali ini dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit korang..














Tiada ulasan:

Catat Ulasan