Ik

Sabtu, 12 Mac 2022

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Mac 12, 2022 0 Comments
Mulakan hari anda dengan permukaan bersih untuk kekal bersih dan selamat

Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat. 

Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?
 
Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul


Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19. 

Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan  kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.

“Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara. 

Beliau menambah, “Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.”

Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron: 

Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej 
Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari. 

Buatkan Satu Pek Pencegahan 
Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar. 

Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian  
Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.

Disinfeksi Kenderaan Anda
Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi. Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.

Singkir Kuman Melalui Semburan
Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara. 

Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh 
Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari. 

Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron. 

Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara. 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosia Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/.



Ahad, 20 Februari 2022

Kitsui Whitie Snow-Kejelitaan Kulit Bermula Dari Dalaman-Kulit Lebih Cerah Dalam Masa 7 Hari !

Februari 20, 2022 0 Comments

Hai semua pembaca blog aimanziyad.blogspot.my. Apa khabar?Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Untuk review kali ini, nad nak berkongsi dengan korang tentang Kitsui Whitie Snow Biotic+Vit C. Korang pernah dengar tak, kejelitaan kulit sebenarnya bermula dari dalaman? Jika dalaman kita tak bersih, macam mana nak dapat kulit wajah yang jelita dan cantik. Jom bersihkan usus untuk kulit yang cantik!


Kitsui Whitie Snow Biotic+Vit C mengandungi probiotic dan prebiotic seperti vitagen yang dapat mempercepatkan proses penghadaman makanan dan menyihatkan usus. Membantu sistem penghadaman agar lebih bagus.


Diformulasikan khas untuk mereka yang mengalami masalah seperti dibawah :
Kebaikan Kitsui Whitie Snow

Bahan ramuan yang diimport dari Korea 

Probiotik & Prebiotik
Bebas dari bahan bahaya 
Bahan yang digunakan adalah semulajadi

Bersesuaian dengan tagline Kitsui iaitu menggunakan ramuan halal semulajadi dan semestinya produk yang digunakan adalah selamat dan tidak memudaratkan.


Tidak dapat dinafikan, produk Kitsui jugat telah mendapat pengiktirafan antaranya diiktiraf sebagai kilang GMP dan memenangi pelbagai anugerah tidak kira di dalam negeri mahupun antarabangsa

Testimoni Selepas Mengamalkan Kitsui Whitie Snow


Kitsui Cantik Semulajadi!

Grab your Kitsui now at your phamacies near you
Dapatkan discount Voucher Code+Free Gift dengan menggunakan code 'KITSNOW' semasa checkout dan nikmati 25% off (capped)at Rm2 hanya di Kitsui Official Shopee Mall.

Kitsui Whitie Snow Shopee Mall 

Kitsui Website 

Kitsui Official Shopee Mall

Kitsui Official Instagram

Tiktok

Facebook

Youtube

#kitsui #kitsuilovers #kitsuiwhitiesnow #Whitiesnow #WatsonsMalaysia #guardianmalaysia 

Khamis, 20 Januari 2022

Chewies Immuno Licious Gummy Baik Untuk Sistem Imun Si Kecil

Januari 20, 2022 1 Comments


Pandemik Covid-19 yang melanda negara kini semakin terkawal. Angka dari hari ke hari telah menunjukkan trend peningkatan dan penurunan tidak melebihi 4 angka. Sebagai langkah berjaga-jaga, kita hendaklah mengamalkan gaya hidup dalam norma yang baharu iaitu sentiasa memakai pelitup muka, jaga jarak, standby hand sanitizer dalam beg dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kesihatan mereka juga perlu dititikberatkan. Dengan pengambilan Chewies Immuno Licious  Gummy mampu melindungi kanak-kanak daripada covid dan wellmune melatih sistem imun untuk lebih aktif melawan selsema atau batuk. 


Chewies Immuno Licious ialah multivitamin berperisa buah-buahan yang kaya dengan vitamin penting yang diperlukan oleh kanak-kanak. Teksturnya yang kenyal, lembut dan mudah dikunyah serta disukai oleh kanak-kanak. Chewies Immuno Licious mempunyai tiga perisa buah-buahan seperti strawberi, oren dan mangga. Gummies imunolitik diperkaya dengan Wellmune WGP® yang dapat meningkatkan sistem imun dengan selamat.


Apakah Wellmune WGP®?

• Polisakarida glukos yang diperoleh daripada yis proprietari yang sangat tulen
• Tersedia secara meluas sebagai bahan makanan dan minuman semula jadi
• Terbukti secara klinikal dapat meningkatkan sistem imun dengan selamat
• Membunuh penceroboh asing tanpa merangsang sistem imun, penggalak imun atau perangsang dengan mengaktifkan sel badan imun semula jadi
• Diluluskan GRAS di bawah peraturan FDA AS dan kelulusan kawal selia di negara lain
• Halal, bukan alahan dan bebas GMO”



Sejak nad berikan anak-anak makan Chewies Immuno Licious, anak nad da kurang selesema dan batuk. Multivitamin ini bagus kerana ia disokong oleh KKM sebagai yis beta glucan (wellmune) dan dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan anak nad. Pengambilannya sangat mudah hanya 2 kali sehari dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. 

Sebagai ibu bapa, mesti lah kita nakkan anak kita sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria walaupun kita sendiri tak tahu bila pandemik ini akan berakhir. Oleh itu, sentiasa la mengambil makanan tambahan seperti Chewies Immuno Licious bagi meningkatkan sistem imun sekali gus dapat melindungi kanak-kanak dari penyakit yang merbahaya ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan multivitamin Chewies Immuno Licious ini, boleh layari sesawang dibawah :

Facebook : https://www.facebook.com/chewiesmy
website : https://mychewies.ajrph.com/

Rabu, 19 Januari 2022

RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Januari 19, 2022 1 Comments

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Terdapat pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilalui setiap insan. Begitu juga dengan pengasas Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman dan 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19. 



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu mertua Dr Azizan telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengesahkan yang beliau sudah tidak ada harapan dan tiada perubahan yang positif selepas dimasukkan mesin bantuan alat pernafasan.

Dengan berkat doa dari rakan-rakan dan orang ramai, Alhamdulillah, keadaan Dr Azizan semakin baik dan pulih dari COVID-19. Beliau telah diberikan peluang kedua oleh Allah SWT dan akan menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk memberikan tumpuan yang  lebih kepada bakal usahawan terutama dalam bimbingannya.

Selepas kejadian itu, Dr Azizan begitu komited untuk mengadakan program secara percuma yang dihadiri ribuan orang. Nama yang tidak asing lagi dalam dunia usahawan, nama RichWorks sentiasa didengar melalui corong-corong radio mahupun di dada akhbar saban hari.

Dengan semangat juang yang tinggi, Dr Azizan telah berjaya menganjurkan sebanyak 7 program secara percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Sokongan RichWorks bukan omong kosong. Buktinya, Richworks telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk 13 program percuma, business bootcamp, RichWell 

Benarlah kata pepatah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Secara keseluruhannya, pada tahun 2021, beliau telah berjaya membantu seramai 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. Kejayaan beliau ini telah  menjadi inspirasi buat bakal usahawan diluar sana.

Malah salah satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd berkata, pihaknya tidak ketinggalan dalam usaha membantu dan menyumbang kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Pencapaian dan usaha Richwork Sepanjang Tahun 2021
 
Menurut Radz, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.
 
Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

Dr. Azizan meluahkan rasa bersyukur beliau diatas kejayaan dan ujian yang dihadapi sepanjang tahun 2021. Sedikit pun beliau tidak pernah berputus asa dan menganggap ini adalah hikmah buat beliau dalam usaha untuk membantu dan membimbing bakal usahawan yang ingin berjaya sepertinya kelak, insyaAllah.

Semoga segala usaha dan bimbingan RichWorks ini dipermudahkan & diberkati oleh Allah SWT. Untuk maklumat lanjut berkaitan program yang diberikan secara percuma oleh Dr Azizan ini, boleh layari richworks.com

Tentang RichWorks

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Video Perjalanan dan Perjuangan RichWorks Sepanjang Tahun 2021



Tiada yang mustahil jika kita ingin berjaya. Pokok pangkal hati kita sama ada ingin berjaya atau masih berada di takuk lama. Tahniah RichWorks diatas kejayaan sepanjang tahun 2021. Ayuh anak muda, bangun dan pandang la ke hadapan untuk membina kehidupan yang lebih berjaya dengan menyertai program yang dianjurkan secara percuma oleh RichWorks. Semoga RichWorks terus berjaya dan teruskan la berbuat kebaikan kepada orang ramai.






Isnin, 10 Januari 2022

Cosmoderm Glow-C Set - Selamat tinggal Kulit Kusam, Hello Kulit Berseri !

Januari 10, 2022 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali kita ditahun baru 2022. Review pertama nad ditahun baru kali ini berkenaan dengan Cosmoderm Glow-C Set. Seringkali bila masuk tahun baru, maka umur kita pun turut menginjak ke 1 angka. Adakah penjagaan kulit wajah kita nie betul-betul berkesan?Terutamanya bila kulit wajah kita terdedah dengan radikal bebas yang berbahaya yang boleh menyebabkan sel kulit mati.

Cosmoderm baru-baru ini telah melancarkan produk terbaru iaitu Cosmoderm Glow-C yang mana ianya sesuai untuk semua jenis kulit mahupun untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kusam, lemah atau tidak bermaya. 

Apa itu Vitamin C?

Vitamin C adalah antioksidan yang melindungi sel-sel kulit daripada merosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV. ia juga menghalang pengeluaran melanin dalam kulit yang membantu mencerahkan hiperpigmentasi dan bintik-bintik coklat, menyekatakan tona kulit dan meningkatkan keserian kulit.

Fungsi dan Kebaikan Glow-C

Terdapat pelbagai fungsi manfaat Vitamin C yang boleh diperolehi daripada Cosmoderm Glow-C. 5,000mg adalah dos tertinggi Vitamin C yang boleh didapati dalam Cosmoderm Glow-C. Super Boosting Serum yang membantu mencerahkan bintik hitam dengan berkesan dan memperbaiki kulit keanjalan dengan merangsang pengeluaran kolagen.

Secara purata, 1,000mg bersamaan dengan 2kg oren. Dengan rangkaian Cosmoderm Glow-C, kita tidak perlu makan 2kg oren setiap hari tetapi hanya menggunakan keseluruhan rangkaian Glow-C ke atas kulit.

Antara kebaikannya ialah anti oksidan yang tinggi, pelindung foto, merangsang kolagen pengeluaran untuk kelihatan muda, menggalakkan pusing ganti sel dan  membantu membaiki kerosakan sel.

Terdapat 4 item Cosmoderm Glow-C :
Step 1
Glow-C Detox Cleansing Gel
Bersihkan dan segarkan kulit setiap hari dengan Glow-C Detox Cleansing Gel. Diselitkan dengan minyak pati oren ia membantu menyahtoksik kulit daripada radikal bebas yang berbahaya untuk kulit cantik dan berseri.

Step 2
Glow-C Radiance Toning Essence
Ia membantu membangkitkan dan mengaktifkan sel kulit tidak bermaya sambil merangsang pengeluaran serat protein kulit untuk kelihatan muda. Ia meningkatkan keupayaan penyerapan kulit untuk kulit yang lebih cerah dan berseri.

Step 3
Glow-C Super Boosting Serum
Menbantu mencerahkan hiperpigmentasi dan bintik gelap dengan berkesan dengan 5000mg Vitamin C. Ia juga membantu menggebukan kulit untuk meminimumkan penampilan garis halus dan kedutan.

Step 4
Glow-C Brightening Moisture Solution
Dengan 1000mg Vitamin C, ia membantu meningkatkan pertumbuhan semula kulit dan mengelakkan kulit daripada rosak mikro akibat pendedahan sinaran harian terhadap tekanan persekitaran. Mencerahkan serta melembapkan kulit wajah.

Cosmoderm Glow-C ini halal dan telah diuji secara dermatologi dan  bebas dari :

❌Paraben
❌Pewangi
❌SLS/SLES

Pengalaman Sendiri

Setelah seminggu nad cuba menggunakan Glow-C Set nie, nad dapati kulit wajah nad dah tak lagi kusam, lebih cerah dan nampak segar. Apa yang nad suka ialah serum dia. Teksturnya yang tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit. Ia membuatkan kulit nad sentiasa lembab dan berseri. Lepas nie, nad dah tak risau lagi akan pencemaran radikal bebas yang berbahaya sebab Cosmoderm Glow-C kan ada. Sekarang dah menjadi rutin harian nad  setiap hari sebelum keluar rumah. 

Bagi mereka yang nak dapatkan kulit cerah dan cantik berseri, boleh dapatkan Cosmoderm Glow-C di Watsons berdekatan anda atau layari :