Ik

Rabu, 9 November 2022

HADIAH EKSKLUSIF BERNILAI SEHINGGA RM6,500* MENANTI ANDA! PRA-TEMPAH SIRI HUAWEI MATE50 SEKARANG

November 09, 2022 0 Comments

Jangan ketinggalan tawaran ini untuk pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 dan bawa pulang hadiah eksklusif di HUAWEI Experience Store terpilih



Perhatian warga Malaysia! Panggilan terakhir untuk pra-tempah King of Flagship, Siri HUAWEI Mate50! Rebut peluang anda untuk membuat pra-tempahan siri HUAWEI Mate50 di serata HUAWEI Experience Store. Laman Web Rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan Kedai Rakan Kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,450*.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah hebat bernilai sehingga RM6,500 sekiranya anda pra-tempah Siri HUAWEI Mate50 di HUAWEI Experience Store tertentu, hadiah hebat termasuk Siri HUAWEI FreeBuds, Pin Touch 'n Go eWallet bernilai RM300*  dan berpeluang memenangi HUAWEI Vision S 65"*! Model flagship terbaru ini didapati dalam tiga varian iaitu HUAWEI Mate50 (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM3,699, dalam pilihan warna Hitam dan Perak; HUAWEI Mate 50 Pro (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM 4,499 dan HUAWEI Mate 50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM + 512 GB ROM), berharga RM 5,299.

Freebies ekstra untuk pengguna Mate50: Log masuk atau daftar di aplikasi My HUAWEI untuk tebus ZUS Coffee secara PERCUMA.

Tunggu Apa Lagi! Pra-Tempah Sekarang Kerana Hadiah Menarik Menanti Anda!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pra-tempah siri HUAWEI Mate50 sekarang sehingga 11 November 2022 di HUAWEI Experience Store yang disenaraikan di bawah, dan pergi ke HUAWEI Experience Store yang anda pra-tempah siri HUAWEI Mate50 pada Sabtu ini, 12 November 2022 untuk dapatkan telefon anda dan hadiah-hadiah menarik! (*T&S terpakai, sementara stok masih ada)

No

HUAWEI Experience Store

1

HUAWEI Experience Store Pavilion Elite

2

HUAWEI Experience Store Sunway Carnival

3

HUAWEI Experience Store Queensbay Mall

4

HUAWEI Experience Store Sunway Pyramid

5

HUAWEI Experience Store Midvalley

6

HUAWEI Experience Store IOI City Mall

7

HUAWEI Experience Store MidValley Southkey

8

HUAWEI Experience Store Aeon Tebrau City

9

SenQ Gurney Plaza

10

Urban Republic at Pavilion KL














*Tertakluk kepada terma dan syarat. Hadiah eksklusif hanya layak untuk 50 Pelanggan Pertama yang beratur untuk dapatkan siri HUAWEI Mate50 pada 12 November 2022.

 

Jika anda terlepas berita menarik ini, tertera adalah perkara yang anda perlu tahu mengenai King of Smartphone Huawei:

 

Point and Shoot Seperti Pro

Melompat terus ke tarikan utama Mate50 baharu  adalah  teknologi pengimejan kamera mudah alih terkini, XMAGE, yang mempunyai  apertur fizikal boleh laras 10 saiz, Kamera Ultra Aperture, Mod Super Night, Potret Profesional dan Super Makro.

Dengan memberi tumpuan kepada empat tonggak teknikal;  sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan  - Mate50 menampilkan kamera mudah alih unik Huawei yang membawa kemajuan ketara dalam sistem pengimejan mudah alih.  Sistem Kamera Ultra Aperture dengan Aperture Fizikal Boleh Laras 10 Saiz, Apertur Terbesar Industri F1.4, Mod Super Night, Potret Profesional, dan Super Makro semuanya termasuk dalam Sistem Kamera XMAGE, yang mengatasi prestasi pendahulunya pada setiap peringkat.


Dengan Kata Lain, Anda Tidak Perlukan Pelindung Skrin

Selain itu, versi Huawei Mate50 Pro Orange Vegan Leather menggabungkan skrin dengan teknologi ketahanan seperti Anti-Scratch, Anti-Fall, dan tahan air sehingga kedalaman 6 meter.

Pensijilan tahan jatuh kaca lima bintang yang pertama dari SGS Switzerland, KunLun Glass, menubuhkan standard baru untuk ketahanan skrin. Dengan ketahanan sepuluh kali lebih kuat daripada siri Mate sebelumnya hasil daripada 10-quadrillion level nanocrystal pada skrinnya.

 

Bateri yang Lebih Pintar, Penggunaan Yang Lebih Lama

Peranti utama ini juga dilengkapi dengan teknologi bateri yang dipertingkatkan dengan Super Energy Boosting Technology untuk memaksimumkan sepenuhnya keupayaan telefon anda

Untuk mencari titik manis antara hayat bateri, pengecasan pantas dan mudah alih, HUAWEI melengkapkan telefon pintar utamanya dengan 4,700mAh dan 66W HUAWEI SuperCharge. Di samping itu, Mod Kecemasan Bateri Rendah daripada HUAWEI menggabungkan bateri spesifikasi tinggi dan  teknologi SuperEnergy Boosting untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi telefon anda. Membolehkan anda terus berjalan walaupun berada dalam keadaan yang sukar, memberi anda sehingga 2 jam standby atau sehingga 12 minit panggilan telefon dengan hanya 1% bateri.

 

Langkah-Langkah Dipertingkatkan Untuk Melindungi Privasi Pengguna

Tidak perlu risau lagi kerana maklumat peribadi anda selamat dengan Huawei AppGallery kerana ia mempunyai pemeriksaan keselamatan terbina. Dengan mekanisme pemeriksaan privasi 4 peringkat yang menyediakan privacy lengkap dalam apa jua keadaan:

 

   Pengesahan nama sebenar developer

   Empat langkah pemeriksaan keselamatan

   Keselamatan pemasangan

   Operasi pertahanan

 

HUAWEI memastikan bahawa aplikasi selamat dari peringkat pembangunan sehingga ia dipasang dengan pemeriksaan keselamatan terbina dalam. Dengan hanya satu klik, pengguna boleh mengimbas virus, menyemak scammer, melindungi privasi anda, dan petua keselamatan.

 

Memperkenalkan EMUI13

Dalam meneruskan matlamat mereka untuk mewujudkan antara muka pengguna yang produktif dan cekap, Mate50 akan menjadi yang pertama untuk menggunakan EMUI13 untuk memberikan pengguna mereka Super Device Experience.

HUAWEI komited untuk membangunkan antara muka pengguna yang menyenangkan dari segi estetika dan fungsi. EMUI13 merangkumi elemen antara muka pengguna yang dipertingkatkan melalui Widget Perkhidmatan yang boleh memaparkan semua data yang diperlukan oleh pengguna. Tidak lupa fungsi di belakang tabir, EMUI13 akan membantu anda membebaskan sehingga 20GB ruang pada peranti anda dengan menggabungkan data yang serupa, memampatkan program yang jarang digunakan, dan mencegah muat turun berlebihan yang mungkin tidak diketahui oleh pengguna.

 

Untuk maklumat lanjut, mengenai berita terkini atau promosi mengenai Siri Mate50, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook atau Instagram rasmi HUAWEI.


Selasa, 18 Oktober 2022

PRODUK PENJAGAAN GIGI DAN MULUT MISMIS, MEMBERIKAN KESEGARAN BERPANJANGAN DARI ALAM SEMULAJADI BUAT YANG TERSAYANG

Oktober 18, 2022 1 Comments


Produk penjagaan gigi Mismis memperkenalkan pembungkusan baharu untuk ubat kumur Minty Leaf. Ubat kumur ini lebih menyegarkan, tidak rasa pedas, diperkaya dengan sumber alam semulajadi dan bahan aktif terpilih iaitu polifenol- tannin dari koko yang terbukti keberkesanannya membunuh merencatkan membentukan bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis, penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Ia juga dapat melegakan masalah mulut kering, di mana apabila anda tidak mengeluarkan air liur yang mencukupi dan menjadi punca ketidakselesaan. 


Pembungkusan baharu Mismis Minty Leaf menekankan bahan utama yang digunakan iaitu koko dan juga pudina segar. Bukan itu sahaja, ubat kumur Mismis Minty Leaf juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda dan mengurangkan bau mulut atau halitosis. Ianya tidak mengandungi alkohol, dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia. Harga pasaran bagi 250ml adalah RM12.90.


 Pembungkusan Mismis Minty Leaf Berwajah Baharu

Mismis Minty Leaf Natural Mouthwash


Pembungkusan baharu Ubat Gigi Mismis
 'Combo 3 in 1'


Mismis juga ingin memperkenalkan pembungkusan produk terbaharu kanak-kanak iaitu Ubat gigi Mismis ‘Combo 3 in1 Just For Kids’. Ia mengandungi 2 perisa ubat gigi Just For Kids, Chocolata, Bubble Gummy dan berus gigi kanak-kanak. Bagi ibubapa yang masih tercari-cari produk  ubat gigi yang sesuai untuk anak mereka, inilah produk ubat gigi yang mengandungi bahan 99.9% semula jadi, tanpa paraben, tanpa flourida.SLS/SLES dan harga yang amat berpatutan iaitu RM18.90. Ia juga sesuai bagi kanak-kanak yang sudah ada 1 batang gigi.


NFA Technologies Sdn Bhd


NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 2014  sebagai sebuah syarikat yang pertama yang mengeluar dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak polifenol koko bersama variasi bahan herba semulajadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat menyasarkan pasaran komersial di dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga.

Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan polifenol koko berkualiti tinggi sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS. NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC, KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps    dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi.



Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei. Usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semulajadi seperti polifenol koko giat dijalankan oleh syarikat bagi meluaskan lagi pasaran jenama MISMIS.

Produk Diyakini Halal dan Mendapat Pengiktirafan GMP

Jenama MISMIS memiliki sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Antara produk lain yang dikeluarkan oleh Mismis 

Produk penjagaan gigi MISMIS boleh di dapati di AEON, Lotus, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart. Mismis boleh juga didapati secara dalam talian melalui Shopee, Big2 Bazaar, Watson, Ourshop, Lazada, Eromman dan di semua online e-commerce.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://www.mismis.com.my/ atau hubungi +60 192415004.




Rabu, 28 September 2022

Anak Semakin Fokus Dalam Pembelajaran Dengan Eskayvie i-Qids, Booster Untuk Minda Kanak-Kanak

September 28, 2022 0 Comments





                     Dah ready nak ke sekolah

Mempunyai anak yang banyak ragam seringkali merungsingkan kepala kita lebih-lebih lagi anak yang kian membesar. Kita sebagai ibu bapa harus la memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendidik mereka untuk menjadi yang terbaik dalam setiap perkara yang mereka lakukan. 

Tidak terkecuali, Nad juga mempunyai anak yang suka menghabiskan masa dengan menghadap handphone tanpa henti dari pagi hingga ke malam. Perkara ini sangat membimbangkan nad sebab risau dia tidak fokus pada pelajaran dan sering tidur lewat malam. 

Nad percaya pasti ramai ibu bapa diluar sana yang hadapi masalah yang sama seperti Nad, anak terlalu ketagih dengan gajet. Memang dah jadi trend sekarang ni kanak-kanak terlalu leka dengan gajet, menonton Youtube dan bermain game. Yang terbaru ni mereka leka tengok TikTok pula. Serius pening kita nak hadkan penggunaan telefon mereka. 

3 Tips Mengawal Penggunaan Gajet Untuk Kanak-Kanak

Sedar tidak sedar, perkara ini tidak menyihatkan kerana kanak-kanak yang main gajet tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan melampau dan kurang aktiviti harian yang menyihatkan. Ketagihan merupakan antara bahaya gajet yang ramai ibu bapa tidak sedar.

Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang menghabiskan masa lebih dari dua jam di hadapan skrin atau peranti digital lain lebih cenderung mengalami masalah psikologi dan perkembangan otak mereka yang terganggu. Ini akan menyebabkan berlakunya kelewatan dalam perkembangan kognitif, gangguan kepada pembelajaran serta sering mengantuk di dalam kelas kerana tidur lewat dan leka bermain telefon pintar.

Lebih menggerunkan jika anak ini secara tidak sengaja memperoleh akses kepada laman web pornografi yang jelas mengundang satu keadaan membimbangkan.

Kat sini Nad nak kongsikan 3 tips mengawal penggunaan gajet untuk kanak-kanak sebagai rujukan bersama. Semoga bermanfaat.

1. Tetapkan Had Masa Anak Menggunakan Gajet

Penting buat ibu bapa hadkan masa anak menggunakan gajet. Kita perlu menetapkan berapa lama tempoh mereka boleh menggunakan gajet dalam sehari. Contohnya hanya 1 jam sahaja ketika hari biasa dan 3 jam pada hari minggu. Jangan biarkan anak-anak ini terlalu leka dengan gajet sehingga terlupa menyiapkan kerja sekolah dan kurang melakukan aktiviti harian yang lain.


2. Terangkan Bahaya Gadget Kepada Anak


Penerangan berkenaan keburukan dan bahaya gadget kepada anak juga amat penting, agar dia tahu dan faham mengapa tidak boleh main gadget dengan kerap. Sebagai contoh, korang boleh katakan kepada anak bahawa gadget boleh merosakan mata jika mereka menggunakannya dalam tempoh masa yang terlalu lama. Apabila mereka memahami keburukan gadget, insya-Allah anak-anak boleh menerimanya dan memberikan kerjasama. 


3. Buat Aktiviti Yang Boleh Buat Anak Lupakan Gajet

Ni paling penting, korang boleh buat apa-apa aktiviti yang boleh membuatkan mereka lupa tentang gajet. Bila mereka sibuk dengan aktiviti mereka dah tak hiraukan gajet. Contohnya minta tolong anak-anak bantu mengemas rumah, bantu memasak, bermain puzzle dan kuiz atau sebagainya yang boleh memanfaatkan masa mereka.


        Aktiviti bermandi manda dapat elakkan 
    anak-anak terlupa dengan telefon mereka :D

Eskayvie I-Qids Jadikan Kanak-Kanak Lebih Fokus Dalam Pembelajaran.


Selain daripada tip-tip di atas, korang juga boleh dapatkan makanan tambahan yang boleh merangsang minda bagi menyokong perkembangan otak anak-anak agar mereka lebih cergas, pemikiran menjadi lebih cerdas serta lebih fokus kepada proses pembelajaran.


Baru-baru nie, Nad ada scroll di media sosial dan ternampak produk Eskayvie i-Qids nie. Niat nak cuba amalkan pada anak-anak. Alhamdulillah, sejak Nad bagi dia orang cuba makan makanan tambahan Eskayvie i-Qids nie, Nad nampak perubahan yang sangat baik. Anak Nad dah mula tidur awal dan semakin bersemangat bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah.

Tablet Eskayvie i-Qids berperisa coklat, senang dikunyah, sedap dimakan dan sesuai untuk kanak-kanak berusia dari 2 tahun dan ke atas. Ia mengandungi 6 bahan nutrisi utama untuk menyokong perkembangan otak yang sihat dan minda yang cerdas iaitu Phosphatidylserine, Alpha-Linolenic Acid, 22 buah ekstrak buahan dan sayuran, Moringa oleifera, prebiotik dan multivitamin dan mineral.


Bahan-bahan inilah yang memberikan khasiat penting berikut:

●      Merangsang sel-sel otak untuk berhubung.

●      Menguatkan memori & daya ingatan.

●      Meningkatkan fokus & daya tumpuan.

●      Memperbaiki mood dan mengurangkan stres.

●      Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran.

●      Melengkapkan keperluan nutrisi dengan 22 jenis vitamin dan mineral serta 22 jenis                    

        ekstrak buahan dan sayuran.

Pengambilannya pula sangat mudah hanya 2 biji sehari selepas makan. Dalam 1 botol Eskayvie i-Qids mengandungi 60 biji tablet chewable untuk penggunaan 1 hingga 2 bulan. Anak nad sekarang nie pun dah kurang main handphone dan lebih tumpukan pada kerja sekolah dia. Bila ada kerja sekolah, terus dia buat cepat-cepat dan siapkan. Cikgu pun dah tak ada komplen dia mengantuk dalam kelas lagi.


Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba Eskayvie i-Qids?

Untuk pengetahuan korang semua, ramai ibu bapa di luar sana dah pun mencuba Eskayvie i-Qids ni walaupun baru sahaja dilancarkan. Produk Eskayvie ni mula terkenal ke seluruh Malaysia dengan produk Eskayvie Diffenz ketika pandemik Covid-19. Ramai yang akui manfaat kebaikkan produk ini.


Jom kita tengok apa kata ibu bapa yang dah amalkan i-Qids nie.

Seperti anak Nad, anak Puan Nina ni juga banyak habiskan masa dengan telefon. Tapi lepas amalkan Eskayvie i-Qids dia semakin kurang berminat dengan telefon dan lebih minat dengan pen, kertas, lego dan plasticine.

Ada juga cikgu yang kongsikan anak muridnya semakin ceria dan banyak peningkatan di dalam kelas selepas mencuba Eksayvie i-Qids ni. Kalau sebelum ni dia pendiam dan tidak berkeyakinan diri tapi kini dah semakin ceria dan berkeyakinan dalam diri dan bergaul dengan rakan-rakan lain.

Dapatkan Eskayvie i-Qis Hari Ini!

Kepada ibu bapa yang sedang mencari tablet yang sesuai untuk anak, boleh dapatkan eskayvie i-Qids nie sebab sangat berkesan dan bagus dalam membantu anak dalam pelajaran, membantu meningkatkan imun badan dan dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Kalau sayangkan anak-anak, kita mesti ikhtiar dan berusaha mencari yang terbaik untuk mereka.

Korang yang berminat nak dapatkan i-Qids ni bolehlah layari laman web dan media sosial dibawah.

Laman Web: www.iqids.com.my 

Semoga bermanfaat 😊

Ahad, 11 September 2022

Rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar!Buka Tin untuk Menikmati Hidangan Lazat Kaya dengan Omega-3, Protein dan Kalsium

September 11, 2022 0 Comments

SHAH ALAM, 30 Ogos, 2022 – Ikan seperti sardin, mackerel dan salmon adalah antara protein haiwan yang paling sihat yang anda boleh sertakan dalam diet harian. Adakah anda menggemari ikan yang bernutrisi ini tetapi tiada masa, kurang berkemahiran, dan tidak yakin untuk membersihkan, dan menyediakannya untuk dimakan? Jadi anda tiada beza dengan kami – kita geng! 

Alternatifnya adalah dengan membuka salah satu tin daripada rangkaian Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato atau Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato bagi cara yang mudah dan lazat untuk menambahkan pengambilan ikan yang sihat ke dalam diet anda.

Selalunya timbul persoalan mengenai kandungan nutrisi bagi sardin dan mackerel dalam tin berbanding ikan sardin dan ikan mackerel segar. Sesetengah orang lebih suka makan secara segar manakala ada yang suka makan ikan dalam tin.

Soalan ini mencetuskan kajian penyelidikan oleh penyelidik Muhammad Ezzudin, R, Lim X.X, Uthumporn, U, Shariffa N.Y dan Liew, C.L dari Pusat Pengajian Teknologi Perindustrian, Universiti Sains Malaysia. Mereka menganalisis, membandingkan nilai nutrisi, kehadiran bahan aditif dan bahan pengawet dalam tin Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato, dan tin Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato dengan ikan sardin dan ikan mackerel yang segar dan dimasak sendiri. Hasil kajian dalam kertas kerja mereka bertajuk Comparison of Nutritional Composition, Chemical Preservatives, and Glutamic Acid Content of Canned Food with Freshly Cooked and Home Cooked Products, yang diterbitkan dalam Food Research Journal adalah diluar jangkaan dan positif terhadap khasiat makanan dalam tin.

Rumusan kajian yang dibuat oleh penyelidik diatas mengenai kandungan nutrisi dan ketidakhadiran bahan aditif dan bahan pengawet dalam Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dan Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato adalah "selamat untuk mengambil produk makanan dalam tin yang menggantikan masakan rumah yang segar tanpa menjejaskan kandungan nutrisinya".

Kajian oleh Muhammad Ezzudin et al., (2021) mengesahkan bahawa amalan warga emas yang telah makan Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Ikan Mackerel dari dulu kala untuk kandungan omega-3, kalsium, dan protein yang tinggi. Rumusan kajian menunjukkan bahawa produk dalam tin mempunyai kandungan nutrisi bermanfaat yang lebih tinggi berbanding bahan-bahan segar seperti masakan di rumah. 


Mengapa dan Bagaimana Ayam Brand™ Ikan Sardin dan Ikan Mackerel Lebih Segar?
Kualiti adalah teras semua produk Ayam Brand™. Ayam Brand™ Ikan Sardin adalah eksklusif daripada spesis Sardinop atau Genus Sardina dari perairan Pasifik Barat Laut dan Pasifik Timur, perairan Selatan Lautan Hindi dan perairan Atlantik Barat Laut. Ikan Mackerel secara eksklusif daripada spesis Scomber, ditangkap terutamanya di Lautan Atlantik Utara, perairan Pasifik Barat Laut dan Pasifik Timur. Sardin dan mackerel yang hidup dalam keadaan yang amat sejuk lebih berisi, padat dan kaya dengan omega 3. Ikan jenis ini ditinkan dengan segera melalui pensterilan pada suhu yang tinggi secara inovatif dan eksklusif serta teknologi vakum untuk memelihara nutrien dan rasa. Tanpa udara terperangkap dalam tin, tidak akan ada bakteria yang akan tumbuh maka tiada keperluan untuk penggunaan bahan pengawet.

Seperti semua produk Ayam Brand™, produk ini juga tidak ditambah dengan monosodium glutamat (MSG) untuk mengekalkan rasa natural ikan sardin dan ikan mackerel yang berkualiti.

Faedah Pemakanan - Omega 3
Sardin dan mackerel merupakan sumber omega-3 semulajadi yang sangat baik. Omega-3 merupakan asid lemak penting yang mesti kita dapatkan daripada makanan kerana badan tidak mensintesisnya, tetapi memerlukannya untuk kesihatan yang baik. Antara manfaat kesihatan omega-3 ialah menggalakkan perkembangan otak, mengurangkan kemerosotan mental berkaitan dengan usia, dan Penyakit Alzheimer serta mengurangkan faktor risiko penyakit jantung. Selain itu, sardin dan mackerel juga membekalkan tubuh dengan nutrien lain yang penting seperti mineral dan vitamin B.

Rumusan kajian menyokong kualiti, kesesuaian, kesenangan dan kandungan nutrisi sardin dan mackerel dalam tin. Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato telah terbukti mempunyai 7.1 kali lebih omega-3 berbanding sardin segar tempatan yang dimasak sendiri. Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato mengandungi 7.6 kali lebih omega-3 berbanding hidangan yang setara dengan mackerel yang ditangkap sendiri. Orang yang memerlukan lebih banyak omega-3 harus mempertimbangkan untuk menambah sardin dan mackerel dalam tin dan berkualiti ke dalam diet mereka untuk faedah omega-3.

Faedah Pemakanan - Protein
Protein adalah blok binaan penting bagi tulang, otot, rawan dan kulit. Rambut dan kuku kebanyakannya terdiri daripada protein. Badan kita menggunakan protein untuk membina dan membaiki tisu, mengoksigenkan darah, menghasilkan enzim yang membantu penghadaman, membina sel baharu dan bahan kimia badan serta mengawal hormon kita. Mendapatkan protein yang mencukupi setiap hari adalah penting untuk kesihatan kita.

Ikan termasuk sardin dan mackerel tinggi dalam kandungan protein. Daripada kajian tersebut, didapati bahawa Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato mempunyai 2.1 kali lebih protein berbanding sardin tempatan yang dimasak sendiri, manakala Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato mengandungi 1.5 kali lebih protein daripada hidangan yang setara dengan mackerel yang ditangkap sendiri. Sardin dan mackerel dalam tin yang berkualiti menawarkan lebih banyak protein dalam setiap hidangan berbanding ikan yang segar.

Faedah Pemakanan - Kalsium
Badan kita memerlukan kalsium untuk membina dan menyokong tulang yang kuat. Jantung, otot dan saraf kita juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik. Sesetengah kajian menyarankan bahawa kalsium, bersama dengan vitamin D, mungkin mempunyai manfaat yang tidak terhad kepada kesihatan tulang sahaja tetapi juga berkemungkinan dapat mengelak risiko kanser, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Rumusan kajian menunjukkan bahawa Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato dan Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato mempunyai kandungan kalsium 10 hingga 15 kali lebih tinggi berbanding mackerel dan sardin yang segar atau yang dimasak sendiri. Dapatkan sardin atau mackerel dalam tin untuk memperoleh nutrisi kalsium secara berterusan.

Dalam kajian tersebut, semua sampel makanan dalam tin Ayam Brand™ dan sampel makanan dimasak oleh masing-masing telah diperiksa bagi kandungan asid glutamiknya untuk menunjukkan bahawa tiada MSG ditambah dalam sampel makanan dalam tin.

Berhemah Apabila Anda Berbelanja 
Tekanan inflasi menyebabkan kos semua barangan meningkat. Jadilah pengguna yang cermat berbelanja dengan membuat pilihan yang tepat berdasarkan kualiti dan nilai pemakanan produk makanan yang anda beli.

Cadangan Hidangan
Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dan Ikan Mackarel dalam Sos Tomato sedia untuk dimakan terus dari tin. Rasanya sedap dan amat sesuai dimakan dengan nasi, roti atau mi. Buat hidangan seimbang dengan menambahkannya ke dalam salad. Terdapat banyak pilihan untuk diterokai dengan produk yang sihat, lazat, mudah, bebas MSG dan bahan pengawet ini.

Harga dan Ketersediaan
Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dijual dari RM4.45 bagi tin kecil 155g hingga RM11.15 bagi tin bujur 425g manakala Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato dijual dari RM4.45 bagi tin kecil 155g hingga RM9.15 bagi tin besar 425g.

Produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas dari Aeon, Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave, Matahari atau kunjungi kedai Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.





Khamis, 21 Julai 2022

Pengalaman Menghadiri Temuduga SPA Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N19

Julai 21, 2022 24 Comments
Assalamualaikum semua..

Masih ingat lagi tak entry nad pernah nad kongsi sebelum nie? Berkenaan peperiksaan online PSEE.. Kalau ada yang belum baca, boleh baca disini. Untuk entry kali ini, nad nak share dengan korang pengalaman temuduga dengan SPA nie.



Apabila kita melepasi peperiksaan yang diwajibkan, maka langkah seterusnya adalah temuduga. Bab temuduga nie memang kebanyakan orang akan nerves la lagi-lagi apabila ini adalah temuduga pertama bagi nad. Pelbagai perasaan dok ada dalam hati nie, sat gembira, sat ketaq, sat rasa macam nak terkeluar isi jantung semua laa ada.. Tapi nad cuba ketepikan semua perasaan tue.

Untuk temuduga nie, nad share la serba sedikit tentang persiapan yang nad da buat. Bila terima email mengatakan yang nad lulus peperiksaan, nad pun terus google cari soalan-soalan yang bakal ditanya. Nad juga banyak membaca dari blog tentang pengalaman diowang yang dah berjaya dalam temuduga. Tengok dekat youtube tentang tips dan cara temuduga. Antara persediaan yang nad dah buat :


Fail dan Salinan Sijil

Bab fail nie tak kisah pun nak kaler apa. Asalkan clear folder. Susunan sijil original dalam fail mula dari ic, surat beranak, sijil pmr, spm, sijil berhenti sek, sijil politeknik, sijil kokurikulum last sekali lain-lain sijil. Sijil yang berkaitan dengan jawatan korang je uang boleh diambil pakai, yang tak berkenaan tak payah la buh. Contoh macam korang ada sijil masakan, tapi iv jawatan PTPO, memang tak kena la kan..

Sebelum terlupa, semua salinan sijil tue perlukan cop pengesahan bukan cop dari ketua kampung, jkkk. Maksud pengesahan dekat sini contoh macam pegawai yang berpangkat tinggi la. Macam nad dulu, minta cop pengesahan dekat IPK Melaka dah alang-alang nad ada dekat melaka masa tue. Iv nye dekat kedah sana, walaupun sebenarnya nad duduk rawang.. Ehh macam mana pulak tue..

Gambar

Bab gambar nie, nad buat awal. Gambar ukuran passport berlatar belakang warna biru dan nak nampak lebih elok pakaila kot dan senyum bagi nampak gigi.. 

Resume Bergambar

Untuk resume, cuba buat seringkas yang boleh.. Maksudnya simple tapi padat. Buat satu muka surat je dan jangan lupa tampal gambar passport yang korang dah ambil tadi.

Pakaian, Aksesori, Tanda Nama, Kasut

Pakaian bagi perempuan baju kurung dan sopan tidak menjolok mata, warna tue biarla yang sedap mata memandang macam warna soft atau pastel. Kalau boleh baju kurung simple je, tak yah corak or labuci bagai.. Kebaya pun tak payah la pakai, nanti da keja nak melaram macam che ta pun xpa..

Aksesori jangan terlalu berat, contoh gelang or cincin, kalau ade 10 cincin pun, elok pakai 1 je gelang pun 1. Jam tangan kalau boleh pakai.

Tanda nama, ramai yang cakap tak payah pakai, just untuk yang dah bekerja kerajaan je boleh pakai. Tapi nad buat juga tanda nama tue. Sebab nad rasa yakin bila nak iv. Perasaan tue lain macam.. If kena tanya kenapa pakai, nad dah ada jawapan tue siap-siap.

Kasut pula bagi perempuan biar bertumit sikit dalam seinci dan bertutup. Kalau boleh pakai la stokin. Handbeg kalau nak pakai pun boleh tak ada masalah, sebab kat dalam bilik iv ade disediakan meja kecil untuk korang letak beg. Nad pakai backpack je kemudian masa nak masuk bilik iv, nad tinggalkan dekat luar. Nad minta calon lain tolong jagakan. Sebenarnya kesemua kriteria nie ada markah. 



Soalan dan Temuduga 

Berkenaan soalan, nad banyak study tentang skop dan bidang tugas pembantu tadbir perkeranian operasi n19, nad banyak buat latihan bercakap sendiri depan cermin, latih diri untuk senyum. Sebab masa iv, eye contact kena jaga, jangan buat masam je muka tue.. Sepanjang iv, muka kena manis dan senyum je.. Mata tue jangan pandang ke tempat lain, just pandang panel yang ada dekat depan tue dan jawab soalan sambil senyum..

Soalan bergantung pada panel, dapat panel yang suka tanya banyak soalan, masak laa nak menjawab. Masa nad iv dulu, bukan sorang-sorang masuk tapi sekali 2 orang masuk bilik iv. Bayangkan kalau 2 orang sekali masuk, kita nak bagi jawapan pun mesti akan ada rasa sedikit terganggu. Nasib baik la nad orang pertama yang panel tanya dan dapat jawab soalan dengan baik.. Soalan lebih kepada situasi.

Memang menguji sikit  soalan die sebab panel nak tengok cara kita berfikir dan cara kita menjawab soalan tue. Tapi alhamdulillah nad dapat jawab kesemuanya dengan tenang.

Hari iv pastikan korang datang awal kemudian register dan ambil no giliran. 7.30 nad da sampai tempat iv. Dalam pukul 09.20 no giliran nad dipanggil. Dapatla no 4007 iaitu orang ke 7 bilik iv bilik D panel 2 orang perempuan. Masa iv nad dalam 20 minit macam tuela.. Pukul 09.40 da keluar dari bilik iv. 



Lega rasa sebab dah selesai iv. Sekarang nie, apa yang nad buat adalah tawakal dan berdoa banyak-banyak, semoga nadia md radzi lulus temuduga PTPO nie. Kita dah buat sehabis baik. Semoga ada rezeki, insyallah.

Semoga dengan perkongsian dan pengalaman nad nie dapat membantu sedikit sebanyak untuk calon yang bakal menghadiri temuduga nanti. Next entry, nad kongsi pula keputusan temuduga. Stay tuned gaaiss..

Rabu, 29 Jun 2022

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Jun 29, 2022 0 Comments
SHAH ALAM, 27 Jun, 2022 – Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.
HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.  
Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?

Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.
“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. 

Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia. 
Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, 

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.”

Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.    
Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ atau ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/ dan di Instagram https://www.instagram.com/antabax.

Selasa, 14 Jun 2022

Cosmoderm Luminous A Untuk Kulit Lebih Sihat Dan Cantik

Jun 14, 2022 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar pembaca setia blog nad. Masih lagi beraya ke? Pejam celik, pejam celik dah nak habis syawal. Mesti ramai yang dapat undangan majlis rumah terbuka di saat akhir nie. Makan pun makan juga ye, beringat sama untuk jaga kesihatan diri kawan-kawan. Ok tak nak bebel panjang-panjang, nad nak review 1 produk terbaru dari Cosmoderm iaitu Cosmoderm Luminous A. 

Cosmoderm merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam produk penjagaan kulit wajah. Lihat sahaja, pelbagai produk yang dikeluarkan memenuhi permintaan pelanggan dan semakin hari semakin mendapat tempat dihati penggunanya. Terkini Cosmoderm seperti memahami masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang semakin meningkat usia iaitu masalah garis halus, kedutan, pigmentasi dan tompok hitam. Memang menghantui diri apabila ada masalah ini pada kulit wajah. 
Didatangkan dalam packaging yang sangat cantik dan eklusif berwarna merah, terdapat 3 item yang ada pada set ini iaitu : 

Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel
Luminous A 3x Moisture Water Essence
Luminous A Day UV Active Shield SPF25

Dan 1 item loose 

Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion yang mengandungi 0.2% retinol dan telah diuji secara dermatologi.

Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel


Gel Pembersih Cecair Berkrim bukan berasaskan sabun yang diperkaya dengan Retinol untuk membantu membersihkan kulit tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit. Membantu mempercepatkan pembaharuan sel kulit dan meneutralkan radikal bebas yang berbahaya, pembersih ini bagus untuk memulakan proses anti-penuaan.

Kekerapan Penggunaan :
Setiap hari (sekurang-kurangnya 2 kali sehari Pagi & Malam)

Cara Penggunaan :
1) Picitkan sedikit COSMODERM Luminous A Creamy
2) Gel Pembersih Cecair. Urut perlahan-lahan pada kulit lembap dan bilas dengan air.

Luminous A 3x Moisture Water Essence
Pati 3x Moisture Water yang menyegarkan, dirumus khas dengan Triple Moisture ComplexTM memberikan penghidratan yang kuat dan membantu meningkatkan keupayaan penyerapan kulit.

Kekerapan Penggunaan :
Setiap hari (sekurang-kurangnya 2 kali sehari Pagi & Malam)

Cara Penggunaan :
Selepas pembersihan, tuangkan COSMODERM Luminous A 3x Moisture Water Essence pada tapak tangan. Tepuk perlahan pada muka.

Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion 
Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion dirumus dengan kuasa dwi retinol dan niacinamide dengan pelbagai tindakan untuk melawan bintik gelap. Ia membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi sambil membaiki kulit yang rosak akibat daripada sinar uv yang berbahaya dan melambatkan proses penuaan kulit. Diuji Secara Dermatologi Bebas Paraben Bebas SLS/SLES Bebas Minyak Mineral. Dalam botol Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion terdapat 0.2% retinol yang mana ia baik untuk kulit wajah.

Retinol

Retinol paling terkenal dengan sifat anti-penuaannya kerana retinol mengikat reseptor retinoid pada kulit, meningkatkan pusing ganti sel dan merangsang pengeluaran elastin dan kolagen (protein kulit). Juga, membantu melembutkan garis-garis halus dan mencerahkan hiperpigmentasi.

Luminous A Day UV Active Shield SPF25

Day UV Active Shield SPF25 yang tidak berminyak ini melembapkan dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya yang menyebabkan penuaan kulit. Dengan meningkatkan pengeluaran epidermis, krim ini membantu memulihkan keanjalan kulit.

Berikut adalah harga bagi setiap item Cosmoderm Luminous A :

Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel 120ml Rm26.90
Luminous A 3x Moisture Water Essence 100ml Rm27.90
Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion 30ml Rm59.90
Luminous A Day UV Active Shield SPF25 30ml Rm45.90


Testimoni Sendiri
Bila nak berdepan dengan orang, nad mesti akan rasa kurang keyakinan diri dengan wajah yang kusam, pigmentasi, bintik hitam dan tona kulit tidak sekata.Tapi sejak nad menggunakan produk Cosmoderm Luminous A, nad tengok tona kulit wajah nad dah sekata, pigmentasi pun da semakin berkurang. Seronok sangat bila tengok hasil sendiri. Selama 4 minggu nad try produk Cosmoderm nie secara konsisten. Dan hasilnya sangat memuaskan hati nad. Siap orang tanya nad pakai apa kulit nampak makin muda. hihii.. Ini lah rahsia nad pakai Cosmoderm aje..

Teksturnya sangat lembut dan tidak melekit serta mudah serap ke dalam kulit wajah. Terasa kulit muka lebih sihat dan berseri walaupun usia da semakin bertambah. Nad syorkan pada kawan-kawan yang sedang mengalami masalah kulit seperti nad nie, kalau korang sentiasa konsisten, insyallah hasilnya sangat memuaskan. 

Produk Cosmoderm Luminous A telah diuji secara dermatologi dan bahan yang digunakan bebas paraben, SLS/SLES dan mineral oil. Jadi memang selamat digunakan.

Bagi yang nak cuba Cosmoderm Luminous A, boleh dapatkan di website www.cosmoderm.com.my.Nak kulit lebih sihat dan cantik semestinya dengan Cosmoderm Luminous A.