Ik

Selasa, 1 November 2016

HAPPY ANNIVERSARY

Happy anniversary yg ke 8 tahun..alhamdulillah hingga ke saat ini allah masih memberi aku kesempatan untuk hidup bersama dengan insan tersayang dan anak-anak yang comel dan bijak..Bermacam2 dugaan dilalui sepanjang 8 tahun nie..Suka duka susah senang tetap bersama..Hanya allah yg tahu betapa susahnye aku mnjalani hidup sebagai isteri kepada Mohd Farizaatul Akmar..Smoga allah panjangkan jodoh dan ikatan perkhwinan kami hingga ke akhir hayat dan berikan la aku kekuatan dan ketabahan hati untuk meneruskan perjalanan yg tiada henti ini hingga ke nafasku yg terakhir..Aku tahu perancangan allah adalah yg terbaik untukku..Smoga aku terus tabah..

Untuk mu wahai ankku,aku kuat demi kamu sayang..Kamu adalah nyawaku,hartaku yg xternilai..Insyallah mama akan jga amanah ini dengan sebaik-baiknya..Jadilah anak yang patuh pada agama, taat pada perintah allah dan dengar cakap mama & ayah serta boleh membanggakan kami sekeluarga..Mama ayah sayang kamu nakk..

Kepada suamiku, sayang harap abang dapat menjadi seorang ketua keluarga yang mampu membimbing keluarga kita ke jalan yang betul, jalan yang diredhai oleh allah s.w.t..Menjadi contoh dan ikon yang baik buat anak-anak kita..Semoga kita sekeluarga akan terus bersama-sama dalam apa jua keadaan sekali pun..

Selama 8 tahun jugak la kita telah sama-sama jatuh dan bangun mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sampaikan 1 tahap sayang xmampu nak teruskan tapi abang tetap berusaha buat yang terbaik untuk keluarga kita..Sayang nampak usaha dan pengorbanan abang untuk mempertahankan keluarga kite nie..

Insyallah jika dipanjangkan jodoh,kite jumpa lagi di next entry..Kite throwback ngn picture 8 tahun lepas..


My father n mother in law
Saat sah bergelar isteri

Dup Dap tunggu tok kadi sampai
Sign surat nikah

Sweet memories

Love you en suami..


Anak dara no 2 Qaisara 6 tahun

Anak sulung saya Putri 7 tahun

Anak dara saya yang no 3 aleesya 5 tahun
Anak bujang kesayangan mama ayah 1 tahun 3 bulan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan