Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia aimanziyad.blogspot.my. Apa khabar semuanya?Semoga berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam redha dan rahmat allah. Pejam celik pejam celik kita dah pun nak menghampiri ke akhir ramadhan. Pastinya ramai dikalangan kita yang sedang mempersiapkan diri dengan mencari baju raya, ketupat, lemang, langsir raya dan tak lupa juga aksesori raya. Bagi yang nak balik kampung, korang dah checklist ke senarai apa yang nak bawak balik tue? Especially bagi wanita berhijab yang mengalami masalah rambut rosak atau gugur. Jom nad kongsi serba sedikit tentang syampu penjagaan rambut bagi wanita berhijab menjelang raya.
Rambut adalah mahkota wanita yang paling berharga dan perlu dijaga agar sentiasa nampak bersinar, sihat dan kuat. Bagi wanita berhijab yang mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, kering, rosak, kelemumur dan tidak terurus, mereka perlu menanganinya dengan segera agar tidak menjadi lebih teruk.
Hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, akibat factor cuaca yang panas & lembap. Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala & rambut seperti kelemumur, rambut gugur & kulit kepala berbau & gatal mudah berlaku kepada yang berhijab. Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang mantap.
Safi Shayla kini telah upgrade & diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bacteria baik, bagi mengembalikan semula/ mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat & lebat. Ia juga diperkuatkan dengan 7 Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala & rambut.
Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 JAM!!! walaupun berhijab sepanjang hari!
Mulakan penjagaan mantap dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala & rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab.
Terdapat 5 variasi Syampu Safi Shayla yang sering menjadi pilihan bagi wanita berhijab :
✨ Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala dengan sensasi dingin.
✨Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut & membaiki rambut yang rapuh.
✨ Syampu Licin Terurus melembut & melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin, lembut & senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut!
✨ Syampu Segar Bermaya rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar & bermaya.
✨ Syampu Itch Kontrol hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega & selesa.
Semoga perkongsian nad dapat membantu menyelesaikan masalah rambut bagi wanita berhijab menjelang raya nanti. Rambut sihat, hati pun senang.
Kesemua variasi Safi Shayla korang boleh dapatkan sekarang di mana-mana stor berdekatan seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian etc, ataupun dari laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee https://shopee.com.my/shop/35308287/search/?page=0&shopCollection=129008045
Tiada ulasan:
Catat Ulasan