Ik

Isnin, 23 Mac 2020

Resepi Dalgona Coffee Viral

Mac 23, 2020 23 Comments
Assalamualaikum, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat hendaknya. Oleh disebabkan PKP (perintah kawalan pergerakan) nie, ajom nad nak share resepi air yang tengah viral sekarang nie iaitu Dalgona Coffee. Bahan-bahannya pun mudah je nak dapat dan cara buat pun senang. Ramai yag kata sedap, bagi yang kuat minum nescafee nie ok la, yang tak kuat nescafe nie boleh kurangkan sedikit sukatan tue.. Ada yang cakap, rasa macam air starbuks. Tapi bagi nad ok la sedap, pekat dan pahit mayb nad bukan penggemar tegar nescafe. Apa pun, jom tengok bahan-bahannya.


Bahan-Bahan

2 sudu nescaffee
2 sudu gula
2 sudu air panas
Susu segar
Ketul ais

Cara-Cara

Campurkan kesemua bahan kecuali susu dan ketul ais. Pukul bahan tersebut hingga bertanduk, kemudian masukkan ketul ais dan susu segar dalam cawan, last sekali masukan bahan yamg dah dipukul tadi. Haa..siap..  Selamat mencuba gaaiss !!


Sabtu, 21 Mac 2020

Resepi Paling Mudah Puding Koktail

Mac 21, 2020 7 Comments

Assalamualaikum, semoga korang semua berada dalam lindungan Allah s.w.t. Negara kita sedang menghadapi musibah dengan corona virus atau lebih dikenali sebagai covid 19. Perintah kawalan pergerakan telah dilakukan bagi mengelakkan virus ini merebak tapi ramai juga dikalangan kita nie yang tak faham bahasa, masih berdegil sibuk nak keluar, pergi sana sini. Duduk jela diam-diam dalam rumah tue. Kan macam-macam boleh buat, time nie la korang nak spend time dengan family, anak-anak, lakukan aktiviti bersama yang tersayang.

Memandangkan husband aku nie seorang anggota, terpaksa la die menjalankan tugas demi keselamatan negara yang tercinta nie.. Tapi tak apa la, aku sorang-sorang kuarantin kat umah pun ok je, bila time bosan-bosan mula la aku ke dapur tengok bahan apa yang ada dan aku pun start la buat puding koktail yang sangat simple. Bahan-bahan memang dah ada, so jom tengok resepi puding koktail aku yang very simple nie.

Bahan-bahan

1 cawan tepung kastard
3 cawan air
Setengah cawan gula (kalau suka manis boleh tambah gula)
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
1 tin buah campur
1 tin susu cair

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali buah dalam tin dan susu cair. Masak dengan api perlahan, kacau sampai kastard tue jadi likat. Bila dah likat tutup api, masuk kan dalam bekas. Kemudian sejukkan di luar baru masuk dalam peti ais. Nak makan nanti, letak la buah dalam tin dan susu cair. Haa.. Da siap, siapa kata susah nak buat puding koktail nie? Senang je kan. Makan pulak time sejuk-sejuk oii.. Mau nya aku makan bertambah. Selamat mencuba resepi aku yang simple nie.. 

Rabu, 18 Mac 2020

Raikan Cinta Mukhlis & Shieka di Okad Event Space, Bukit Jelutong, Shah Alam

Mac 18, 2020 2 Comments
Minggu lepas, nad telah diundang untuk menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan di Okad Event Space. Saat melangkah masuk ke dewan nan indah ini, membuatkan mata nad dan para hadirin yang hadir terpesona dengan hiasan dan dekorasi yang sangat eklusif serta mewah hasil sentuhan dari Okad Event Space.






Majlis yang bertemakan Fairy Tales, seolah olah membuatkan kita berada di alam fantasi yang penuh dengan hiasan bunga-bungaan dan rama-rama, nyata mampu memberikan kelainan dalam majlis perkahwinan buat pasangan ini. 



Pasangan ini telah membuat keputusan yang bijak dengan memilih Okad Event Space sebagai lokasi majlis bersejarah mereka. OKAD ialah singkatan kepada Oasis Kasih dan Damai merupakan  satu agensi yang menyediakan ruang sewaan sesuai untuk majlis persendirian seperti majlis perkahwinan,  majlis pertunangan, majlis harijadi, majlis graduasi, majlis akikah, majlis makan malam dan juga majlis ulangtahun perkahwinan.

Selamat pengantin baru diucapkan buat pasangan mempelai yang sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua iaitu Mukhlis dan Suzueka. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat. 






Sebenarnya banyak kelebihan apabila memilih Okad Event Space antaranya lokasi yang sangat strategik, ruang parking yang luas, menyediakan ruang untuk solat, ruang untuk pengantin bersiap dan juga pakej yang ditawarkan adalah sangat berbaloi.

Ruang parking

Ruang solat 

Bilik untuk pengantin bersiap

Pengantin tengah bersiap

Ruang menunggu

Pelbagai pilihan dress untuk pengantin
Mengikut bajet dan kemampuan, Okad Event Space sedia memberikan perkhidmatan terbaik buat bakal raja sehari. Antara pakej yang ditawarkan adalah pakej buffet Gold , Silver dan juga Bronze 

Pakej A Buffet Gold  (1000 pax) RM29,900
(N.P: RM34,900) :

Pakej A Buffet Gold  (500 pax) RM24,900
(N.P: RM26,900) :

💐Air conditional hall
💐Bridal dressing room
💐Catering
💐4 VIP Dome for one time service
💐12 uniformed service crew
💐Dais decorations
💐Main table decor
💐Table centre piece decor
💐PA system
💐Ample parking
💐RELA services
💐Wedding coodinator
💐One night stay @ Concorde Hotel Shah Alam

Naai beryani

Sambal sotong

Ikan Dorry Sweet Sour
Catering

💐Nasi Minyak/Beryani (80%) dan nasi putih (20%)
💐Ayam goreng rempah/masak merah
💐Daging beryani/dendeng
💐Sambal sotong/Dorry sweet sour/Pajeri nenas (50%)
💐Ikan masin masak lemak/Sambal goreng (50%)
💐Dalca sayur
💐Acar buah
💐Papadom
💐Air cordial dan minuman
💐Buah oren dan tembikai

Bridal Menu (8 pax)

💐Udang panjat
💐Ayam golek
💐Ikan siakap sweet sour
💐Puding
💐Buah-buahan

Dessert Corner

Brownies

Aneka spaghetti
Tea Corner (400 pax) & (200 pax)

💐Air panas (Teh tarik & Kopi o)
💐Kuih (4 jenis)

Percuma :

📷Photographer
💄Make-up artist
📃Wedding card
🎂3 tier wedding cake

Package B Buffet Silver (1000 pax) RM28,900 
(N.P : RM32, 900) :

Package B Buffet Silver (500 pax) RM23,900 
(N.P : RM25, 900) :

👑Air conditional hall
👑Bridal dressing room
👑Catering
👑4 VIP Dome for one time service
👑12 uniformed service crew
👑Dais decorations
👑Main table decor
👑Table centre piece decor
👑PA system
👑Ample parking
👑RELA services
👑Wedding coodinator
👑One night stay @ Concorde Hotel Shah Alam

Ayam masak merah

Daging dendeng


Catering 

👑Nasi Minyak/Beryani (80%) dan nasi putih (20%)
👑Ayam goreng rempah/masak merah
👑Daging beryani/dendeng
👑Sambal sotong/Dorry sweet sour/Pajeri nenas (50%)
👑Ikan masin masak lemak/Sambal goreng (50%)
👑Dalca sayur
👑Acar buah
👑Papadom
👑Air cordial dan minuman
👑Buah oren dan tembikai


Bridal Menu (8 pax)

👑Udang panjat
👑Ayam golek
👑Ikan siakap sweet sour
👑Puding
👑Buah-buahan

Air kordial

Kuih muih



Tea Corner (400 pax) & (200 pax)

👑Air panas (Teh tarik & Kopi o)
👑Kuih (4 jenis)


Percuma :

📷Photographer
💄Make-up artist
📃Wedding card
🎂3 tier wedding cake

Package C Buffet Bronze (1000 pax) RM26,900 
(N.P : RM29,900)

Package C Buffet Bronze (500 pax) RM21,900 
(N.P : RM23,900)

🌹Air conditional hall
🌹Bridal dressing room
🌹Catering
🌹2 VIP Dome for one time service
🌹12 uniformed service crew
🌹Dais decorations
🌹Main table decor
🌹Table centre piece decor
🌹PA system
🌹Ample parking
🌹RELA services
🌹Wedding coodinator


Jelatah dan dalca sayur

Catering

🌹Nasi Minyak/Hujan panas (80%) dan nasi putih (20%)
🌹Ayam goreng rempah/masak merah/berlada
🌹Daging kurma/kari/lemak cili padi 
🌹Jelatah/Acar buah
🌹Papadom
🌹Air kordial dan minuman
🌹Buah oren dan tembikai


Bridal Menu (8 pax)

🌹Udang panjat
🌹Ayam golek
🌹Ikan siakap sweet sour
🌹Puding
🌹Buah-buahan

Mushroom soup




Tea Corner (300 pax) & (150pax)

🌹Air panas (Teh tarik & Kopi o)
🌹Kuih (2 jenis)


Percuma :

📷Photographer
💄Make-up artist
🎂2 tier wedding cake

Berita baik buat bakal raja sehari, tempoh promosi untuk package diatas sah sehingga 31 Mac 2020. So tunggu apa lagi, cepat-cepat booking dengan Okad Event Space. Okad Event Space mampu merealisasikan impian anda.

Live band pun ada tapi nie kena add on



Tidak lupa juga, ribuan terima kasih diucapkan buat vendor yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus dalam menjayakan majlis perkahwinan Mukhlis & Shieka.

Deco & Planner by Myj by Nabies
@myj_by_nabies

Dress by Myj By Nabies
@myj_by_nabies

Make-up by Nurul Shukor
@nurulshukor_official @queenxenddra_

Card Printing by GoodMAN PRINTING
@th3goodman

Video & Photography by Kuppifilm
@kuppifilm

Catering oleh zai seri gemilang
@zai.srigemilang

Selawat pengantin oleh
@mh.hanafi

band oleh @lerumbaofficial

Lighting oleh
@warisanstudio_

Hall oleh okad event space

Untuk maklumat lanjut berkenaan tempahan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Az : 012-6864515
Hamidah : 017-7350117
Majidah : 017-6503436

Alamat :

No. 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Email : okad.my@gmail.com

Facebook : OKAD Event Space

Instagram : okad_event_space


Selasa, 17 Mac 2020

Rawatan Tanpa Suntikan Dan Spa Terbaik Di Cheras

Mac 17, 2020 15 Comments



Bertempat di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, nad bersama beberapa rakan blogger yang lain telah hadir bagi memeriahkan acara Hi-tea bersama founder terkenal yang mana wajahnya sering keluar dimajalah stylista iaitu Puan Mastura Idris. Rasa bertuah sangat dapat bertentang mata dan beramah mesra dengan beliau. Seorang yang sangat friendly dan sentiasa nampak cantik. 



Nak cantik ramai yang sanggup menahan sakit. Tapi pernah tak korang dengar atau pun pernah menjalani treatment muka tanpa menggunakan sebarang suntikan?? Bunyi pun agak kurang percaya, tapi inilah yang telah dibuktikan oleh Puan Mastura Idris iaitu Pengasas Skincare Royalq Plus dan juga merupakan Pegawai VTO iaitu Tenaga Pengajar yang diiktiraf untuk kursus-kursus dibawah Sijil Kemahiran Malaysia.



Anak kelahiran dari Kerteh, Terengganu ini mula membuka spa kecantikan dibawah nama The Beauty Expert Academy Spa Cheras sejak tahun 2012 dimana beliau menyediakan servis Aesthetic dan Traditional spa. Asthetic adalah servis perawatan dan penjagaan muka. Untuk penjagaan muka, ia menggunakan teknologi terkini manakala untuk tradisional spa pula lebih kepada terapi badan, kaki dan tangan, mandian bunga, mandian aura, skrub dan mask badan.


Apa yang menarik mengenai spa ini, ialah dimana The Beauty Expert Academy Spa merupakan Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection. Spa ini tidak menggunakan sebarang injection namun hasil rawatan muka di spa ini setanding dengan hasil injection malah lebih baik.


Antara servis yang mendapat permintaan tinggi disini ialah Sulam Bedak Kristal, Phyto-White, BIO-Dermagun, Placentex, Micronano Oxygen, Boost Uplifting, Lift Up Eye Treatment, Fat Busting Treatment dan Hot Derox Blanket. Servis lain yang turut disediakan ialah facial treatment, body treatment, postnatal service, bridal spa package, mandian badan dan foot treatment.

Rawatan yang sering menjadi pilihan pelanggan di The Beauty Expert Academy Spa :

Sulam Bedak

Rawatan sulam bedak ini mampu membuatkan kulit wajah nampak lebih cerah dan sekata dengan serta merta selepas rawatan. Kesan sulam bedak ini mampu bertahan selama 2 hingga 3 bulan. Sulam bedak yang dilakukan ini tidak menggunakan sebarang suntikan tetapi permukaan kulit muka akan dipolish secara halus tanpa menyakitkan dan tiada sebarang pendarahan. 

BIO-Dermagun

Rawatan melibatkan Crystal Tytanium transdermal yang tidak menyakitkan dari Asid Hyaluronik, Vitamin. Enzim dan Amino Asid yang kaya ke dalam kulit untuk memastikan sel-sel kulit terhidrat dan dipelihara serta memulihkan tona dan keanjalan kulit muka.

Placentex

Rawatan yang menggunakan DNA SALMON untuk merawat sehingga ke akar umbi kulit wajah, membaikpulihkan sel kulit yang rosak dan tidak baik.


Selepas menjalani rawatan, anda digalakkan untuk menggunakan 2 produk penjagaan muka iaitu RoyalQ Asia iaitu Diamond Dolly Booster Essence dan Liquid Foundation Sunblock SPF60 bagi membantu melegakan kulit dan melindungi kulit dari bendasing dan sinaran yang berbahaya.


Bagi mereka yang ingin mengikuti kelas atau bengkel kecantikan, disini juga ada disediakan. Terdapat pelbagai pilihan tawaran kursus yang disediakan mengikut minat dan kesemua sijil ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dengan kerjasama Akademi Diyana.


Berita baik untuk pelanggan yang pertama kali berkunjung ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras, diskaun sebanyak 65% akan diberikan bermula 9 Februari 2020. So jom la kita manjakan diri dan tampil cantik sebelum raya nie. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen terkini, layari terus media sosial :


Manakala untuk appoitment boleh terus hubungi :

Emel : spacheras1988@gmail.com
Telefon : 03-95467094
Alamat : No 14B, Jalan Suadamai 1/2,Bandar Tun Hussein Onn,43200 Cheras Selanggor






Khamis, 5 Mac 2020

Rambut Kuat Dan Sihat Dengan Safi Shayla Botanical Silk

Mac 05, 2020 11 Comments
Penjagaan rambut bukan sahaja penting untuk wanita tidak bertudung, sebaliknya bagi wanita bertudung perlu menitik beratkan tentang penjagaan rambut. Seperti mereka diluar sana yang mengalami masalah rambut gugur, nad juga tidak terkecuali. Puas dah fikir untuk menangani masalah ini, akhirnya nad berjaya menemui jalan penyelesaiannya iaitu dengan menggunakan Safi Shayla Botanical Silk.

Safi Shayla Botanical Silk diperkaya dengan nutrien  yang diperlukan oleh rambut seperti Organic Habbatus Sauda yang dapat melindungi dan menyuburkan kulit kepala, Minyak Argan membuatkan rambut kelihatan lembut bak sutera dan mudah untuk diurus. Keistimewaan Safi Shayla Botanical Silk ini ialah ianya memelihara rambut dari akar  umbi hingga ke hujung rambut dan dipercayai 100% dari bahan Botanical Aktif dan 0 parabens. Apa yang membuatkan nad tertarik dengan Safi Shayla Botanical Silk nie, keharumannya kekal sehingga 48 jam. 


Terdapat 3 variasi Safi Shayla Botanical Silk iaitu Hair Fall Rescue, Intense Nourishment dan juga Silky Sheen Care mengikut masalah rambut yang dialami. Macam nad, memang masalah rambut gugur dari dulu sampai sekarang sering menghantui diri. Selepas menggunakan Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue, nad dapati rambut semakin kuat dan sihat, masalah rambut gugur pula semakin berkurang. Sekarang nad dah boleh senyum lebar la sebab nad da jumpa shampoo yang paling sesuai untuk rambut nad.

Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue


Untuk masalah rambut gugur atau rapuh macam nad, Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ini memang sesuai sangat untuk korang kerana ianya diperkaya dengan protein mikro yang menembusi secara intensif serta mengukuhkan dan memperbaiki struktur rambut . Selain itu, khasiat minyak bunga matahari yang terdapat dalam shampoo ini juga dapat  membantu menguatkan penghidratan dan membentuk lapisan pelindung pada permukaan rambut bagi mengelakkan rambut gugur serta menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.

Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment


Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan kasar, boleh cuba Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment yang kaya dengan hidra lembab yang mana ianya memberikan khasiat mendalam untuk memperbaiki masalah rambut kering dan kasar. Kebaikan minyak chamomile pula dapat membantu memulihkan rambut dan menjadikan rambut kelihatan lembut dan lebih sihat. 

Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care



Untuk rambut tidak terurus atau kurang bersinar pula, digalakkan cuba Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care kerana khasiat minyak rose mempunyai penambah lapisan lipid yang dapat membantu memulihkan kelembapan semulajadi serta menjadikan rambut kelihatan sihat dan bersinar bak sutera serta mudah untuk diurus.

Sekarang masalah rambut nad dah pun selesai dengan adanya Safi Shayla Botanical Silk ini. Rambut nad kini semakin sihat, kuat dan wangiannya kekal sepanjang hari. Nad pun dah tak perlu risau lagi akan adanya bau yang kurang menyenangkan lebih-lebih lagi apabila kita bertudung.

Bagi mereka yang ingin cuba atau nak dapatkan Safi Shayla Botanical Silk, boleh dapatkan di pasaraya  berdekatan dan semua rangkaian farmasi seperti Guardian dan Watson serta platform online seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk terbaru Safi, boleh layari laman web rasmi Safi Malaysia di :

http://safi.com.my/