Assalamualaikum semua. Siapa pengguna tegar Cosmoderm kat sini? Nad nak kongsi dengan korang yang Cosmoderm kini berwajah baru!! Gabungan Tea Tree Oil dan Vitamin E dapat membantu menyelesaikan masalah kulit wajah dengan sihat dan selamat.
Untuk set kali ini didatangkan dalam 2 jenis rangkaian produk bagi Tea Tree Oil iaitu Oil Contel Facial Cleansing dan Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum manakala bagi rangkaian Vitamin E pula terdiri daripada Facial Cleansing Foam dan Bi-Phased Toning Essence.
Oil Control Facial Cleansing
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka berminyak dan berjerawat, pembersih muka berasaskan cream ini sangat sesuai digunakan kerana ianya daapt membantu membersihkan secara lembut ke dalam kulit tanpa menghilangkan kelembapan kulit semulajadi kulit. Selain itu, ia dapat memudarkan parut jerawat dan mengurangkan bintik hitam pada kulit wajah.
Tea Tree Refining Oil Control Serum
Apa yang paling best nad suka pakai adalah serum Tea Tree Refining Oil Control Serum. Sebab apa nad kata best, teksturnya yang tidak melekit serum nie cepat meresap ke dalam kulit. Kulit wajah nad rasa lembab dan tak kering pun bila pakai serum nie.
Selain itu, serum ini juga dapat membantu mengawal rembesan sebum yang berlebihan dan dapat mengimbangi kulit wajah. Ia mendorong pengelupasan kulit dengan membuang sel kulit mati yang berlebihan dari permukaan kulit untuk mengelakkan liang pori tersumbat.
Vitamin E Facial Cleansing Foam
Pencuci muka berasaskan gel pula lebih kepada mereka yang mempunyai kulit normal dan kulit kering. Teksturnya gel dan kurang berbuih memadai hanya 1cm picitan sahaja, dapat membantu membersihkan kulit wajah dengan lembut dan mengekalkan kelembapan pada kulit.
Vitamin E Bi-Phased Toning Essence
Kalau tengok betul-betul, Vitamin E Bi-Phased Toning Essence nie ia merupakan gabungan minyak dan air terdiri daripada 2.000 I.U Vitamin E dan Vitamin B5 yang dapat membantu menenangkan kulit dan melindungi kulit daripada pencemaran UV dan alam sekitar yang berbahaya.
Vitamin E Bi-Phased Toning Essence juga membantu menyeimbangkan rona kulit tidak sekata dan menjadikan kulit lembab sepanjang hari. Vitamin E merupakan antioksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas. Ia menjadikan kulit kelihatan bersih dan berseri-seri.
Kesemua rangkaian produk Cosmoderm ini bebas paraben, SLS dan tiada minyak mineral. So korang boleh gunakan produk ini tanpa was-was dan selamat. Korang boleh dapatkan set penjagaan Cosmoderm gabungan Tea Tree Oil dan Vitamin E ini di www.cosmoderm.com.my atau layari shopee cosmoderm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan