Ik

Jumaat, 9 Julai 2021

Bio-Life Nat B Fizzy Rahsia Kekal Sihat dan Cergas Bertenaga Sepanjang Hari




Assalamualaikum semua pembaca setia blog aimanziyad.. Lama nad tak update entry terbaru nie.. Untuk entry kali nie, nad nak kongsi dengan korang semua apa yang nad lakukan untuk kekal sihat cergas dan bertenaga sepanjang hari..

1) Tidur awal
Tidur awal nie sangat penting untuk memastikan badan kita dapat rehat yang secukupnya.. Jujur la nad cakap, memang tiap-tiap hari nad tidur awal. Pukul 9 malam je, automatik mata nie rasa pedih pantang letak kepala kat bantal, terus lena..

2) Sarapan pagi
Sarapan pagi nie wajib ambil tau untuk memastikan badan kita bertenaga sebelum nak buat sesuatu kerja. Kalau xsarapan, rasa macam lemau je badan kan. So korang jangan skip plak sarapan pagi nie..

3) Membaca buku
Amalan membaca buku nie pun penting juga untuk membantu menambahkan ilmu pengetahuan kita. Jika ada masa lapang tue, rajin-rajin kan la diri tue membaca supaya lebih banyak info dan maklumat yang kita dapat dan perolehi..

4) Kemas ruang dan deko-deko
Yang ini pun salah satu benda yang nad suka buat. Nad nie mudah jemu bila tengok ruang tamu dan ruang makan dalam keadaan yang sama. Dalam sebulan sekali nad akan ubah kedudukan ruang tamu dan ruang makan untuk nampkkan kelainannya tak adalah mata nie jemu asyik tengok kedudukan yang sama kan..

5) Senaraikan things-to-do-list
Tiap-tiap hari nad akan buat senarai semak untuk memastikan kerja nad sentiasa selesai dan tak ada yang tertinggal.. 

6) Bersenam
Bersenam nie penting untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa dalam keadaan sihat dan segar. Contoh senaman yang boleh korang buat macam lompat bintang, senam robik dan lain-lain lagi. Bila da berpeluh, badan pun akan rasa segar je..

7)Mengamalkan supplement untuk kesihatan badan
Dalam pada kita sibuk buat kerja hakiki dan kerja rumah, jangan pula kita lupa untuk ambil supplement tambahan supaya badan kita dapat terima segala nutrisi yang diperlukan..

Biolife Nat B Fizzy




Bukan senang nak jadi ibu yang serba boleh nie lebih-lebih lagi ibu yang bekerja. Mana tidaknya, balik kerja dah kena masuk dapur nak prepare untuk dinner pula. Lepas da siap-siap masak, nak kena cuci pinggan mangkuk, kemas rumah dan macam-macam lagi la. Tue belum lagi nak hadap anak punya kerja sekolah. Stressnya lahaii.. Automatik badan kita pun jadi letih dan penat.




Bagi mengurangkan keletihan dan kepenatan setelah seharian penat bekerja, apa yang nad amalkan ialah dengan mengambil supplement tambahan iaitu minum minuman kesihatan Nat B Fizzy dari Biolife yang mengandungi Vitamin B kompleks yang dapat memberi nad tenaga sepanjang hari dan Vitamin C yang dapat membantu meningkatkan sistem imun badan nad supaya lebih sihat dan cergas.

Nat B Fizzy sesuai diambil oleh golongan mereka yang sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk mengambil supplement tambahan ini dan boleh juga diambil oleh golongan remaja berusia 15 tahun ke atas. Kebanyakan energy booster yang terdapat dipasaran mengandungi gula manakala Nat B Fizzy mengandungi pelbagai vitamin terdiri daripada Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Biotin , Vitamin B12, Vitamin C, Kalsium dan juga Magnesium.




Cara pengambilan sangat mudah hanya ambil 1 tablet effervescent dan larutkan ke dalam segelas cawan air. Minum selepas sarapan pagi. Apa yang menarik tentang Nat B Fizzy ialah cara pembungkusan dia. Dibungkus secara individu untuk mengelakkan dimasuki angin serta ianya mudah di bawa kemana-mana. Senang kan.. Rasa dia serius sedap.. Macam minum air sparkling buah oren gittew..

Jom dapatkan extra tenaga untuk kekal cergas dan sihat sepanjang hari dengan mengamalkan minum minuman kesihatan Nat B Fizzy dari Biolife nie. 

Untuk naklumat lanjut berkenaan Nat B Fizzy boleh layari laman web ini :

http://Biolife.2.vu/natb













Tiada ulasan:

Catat Ulasan