Ik

Ahad, 13 Jun 2021

Penjagaan Rumah Lebih Selamat dan Semulajadi Dari Ciera




Penjagaan rumah sangat penting bagi memastikan persekitaran kita bebas dari segala penyakit dan kuman yang berbahaya tambah lagi dengan keadaan persekitaran kita yang semakin tidak sihat ini. Oleh itu, sebagai seorang ibu kepada empat orang cahaya mata, nad sangat menitikberatkan tentang penjagaan rumah dan nad telah memilih produk penjagaan rumah yang selamat dan semulajadi dari Ciera. Mesti ramai yang nak tahu kenapa produk Ciera menjadi pilihan nad? Jom kita tengok apa yang menariknya tentang produk Ciera nie.

Untuk makluman, Nature Profusion Sdn Bhd merupakan anak syarikat dibawah teknologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang telah mengkomersialkan teknologi anti-MRSA dan juga merupakan pemenang anugerah produk berasaskan tumbuhan dan herba. Syarikat ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam negara mahupun diluar negara seperti Anugerah Penciptaan Hijau Terbaik Si2TE (2019), Best Invention In Sanitation (Hong Kong Toilet Association 2009) dan lain-lain. 



Produk Ciera menggunakan bahan aktif semulajadi yang unik untuk membersih, membasmi kuman dan menyahbau dengan hanya kepekatan rendah. Tumbuhan unik seperti Aloevera dan Teh Hijau digunakan untuk menggantikan bahan kimia yang sering digunakan seperti Triclosan, Triclocarban, Hypochlorite (peluntur), Chlorhexidine dan Alkohol yang melebihi 70%. Produk ini juga telah terbukti keberkesanannya yang tidak bertoksik dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit. Ianya sangat sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga dan selamat untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang mempunyai masalah kulit sensitif. Produk Ciera juga bebas Paraben, SLS dan Phthalates dan telah terbukti membunuh 99.9% bakteria berbahaya seperti Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Candida albicans-Yeast, Aspergillus nigermould dan Pseudomonas aeruginosa termasuk kuman-kuman kebal antibiotic (MRSA & VISA)

Dan yang paling best tentang produk jenama Ciera nie, ia mempunyai sijil Halal (JAKIM), SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia) dan dihasilkan oleh kilang yang bertaraf GMP. Jadi nad tak perlu risau tentang penggunaan produk Ciera nie. Ianya dijamin selamat dan memudahkan urusan nad mengemas rumah setiap hari.

Rangkaian Produk Ciera

- Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant 800ml
- Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectan Spray 500ml
- Ciera Eco-Friendly Hand Wash 500ml
- Ciera Junior Natural Hand Sanitizer 30ml




Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant 800ml

Digunakan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau busuk didalam rumah. Ia sesuai digunakan pada permukaan seperti kain, kaca, keluli kayu dan sebagainya. Cara penggunaan sangat mudah hanya perlu campurkan satu penutup (30ml) ke dalam 3L air untuk cucian dan membasmi kuman tanpa perlu dibilas. Produk ini juga dilengkapi dengan 3 haruman menawan iaitu Lavender, Pine dan Floral. Air lebihan daripada cucian tadi jangan pula dibuang. Ia boleh digunakan untuk menyiram pokok. Serius nad baru tahu tentang kelebihan menggunakan Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectant nie.





Ciera Eco-Friendly Multi-Purpose Disinfectan Spray 500ml

Semburan pelbagai guna yang telah dicairkan digunakan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau. Semburan ini selamat digunakan pada pelbagai permukaan seperti perabot, sofa, dapur, mainan dan tingkap. Tidak perlu dibilas dan bebas dari Triclosan, tidak bertoksik dan mesra alam. Ianya terbukti dapat menghilangkan kesan minyak dan kotoran di permukaan dapur. Memang berkilat la dapur nad lepas guna produk Ciera nie.




Ciera Eco-Friendly Hand Wash 500ml

Benda penting yang wajib ada dekat rumah semestinya Pencuci tangan. Pencuci tangan ini dihasilkan daripada bahan aktif botani dan telah terbukti boleh membunuh 99.9% mikrob dan patogen. Ia bersifat hipoallergenik yang diuji secara dermatologi dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Ia juga tidak merengsa kulit dan bebas daripada Triclosan, Paraben dan SLS. Didatangkan dengan haruman oren dan nad suka baunya yang sangat menyegarkan. 



Ciera Junior Natural Hand Sanitizer 30ml

Hand Sanitizer yang comel ini sangat mudah dibawa ke mana-mana dan boleh digantung pada beg. Ia diformulasi khas dengan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan daripada teknologi AntivaTM yang berupaya membunuh 99.9% bakteria, kulat dan virus dalam beberapa saat. Ia mesra kepada kulit kanak-kanak dan bebas daripada Triclosan, Paraben serta tidak perlu dibilas. Produk ini mempunyai 2 haruman iaitu Fruity dan Fantasy. 

Bagi yang nak dapatkan produk Ciera nie, korang boleh dapatkan di pasaraya TESCO, MALAKAT MALL, MALAKAT GROCER, SABASUN HYPERRUNCIT dan platform dalam talian seperti di SHOPEE, DUKKAN KITA dan eROMMAN. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Ciera boleh terus hubungi :

NATURE PROFUSION SDN.BHD
Block C-G-TG1, FRIM-MTDC Technology Centre II,
Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong,
Selangor, Malaysia.

Telefon :+603-62625776
Email: info@np.my
Facebook : ciera.my
Instagram : ciera.my
Shopee : ecociera





 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan