Ik

Jumaat, 31 Mac 2017

Mystery Contest by Butik Julita Anje

Mac 31, 2017 6 Comments



Meh mama aiman 

nk promote sikit tentang BUTIK JULITA ANJE 

 Untuk mereka yang sedang mencari pakej 

pertunangan atau perkahwinan, 

anda boleh la servey-servey kat BUTIK JULITA ANJE nie sebab ape?

Harga nya berpatutan dan mengikut bajet anda 

  dan pasti hari bersejarah 

anda akan menjadi kenangan terindah yang tak 

akan dilupakan  😊

Tak percaya?

Boleh klik sini untuk detail :







KLIK BANNER UNTUK JOIN

Khamis, 30 Mac 2017

Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com

Mac 30, 2017 1 Comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pencarian bloglist bulan April 2017 bagi blog www.aerillhassan.com bermula 28 Mac 2017 sehingga 3 April 2017.  Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk join.

Cara-caranya :-



  • Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist www.aerillhassan.com. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 April 2017. Terima kasih.

*Kredit to Mialiana.com


Sekian, terima kasih.

Rabu, 29 Mac 2017

"Marching March Giveaway"

Mac 29, 2017 3 Comments
MARCHING MARCH GIVEAWAY

MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017



JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


FATTAH ANAS 2ND BIRTHDAY GIVEAWAY

Mac 29, 2017 2 Comments


KLIK BANNER UNTUK JOIN


END DATE : 2 APRIL 2017

HAPPY BIRTHDAY SAYANG FATTAH ANAS..

TURN-2

SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH,

 BERJAYA DIDUNIA DAN AKHIRAT

SERTA DAPAT MEMBANGGAKAN IBU DAN AYAH... 😊


"Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco"

Mac 29, 2017 4 Comments


KLIK BANNER UNTUK JOIN

END DATE : 15 APRIL 2017

Jom semua support bisnes kecil-kecilan adik Elsa.

Semoga dimurahkan rezeki dan selamat berniaga..😊

 username instagram : nafiz_forever
e-mel : keisha_lela@yahoo.com



Segmen Bloglist April 2017 by Farah Shahidah

Mac 29, 2017 0 Comments





Klik Banner untuk join

End Date : 31 March 2017 11:00 malam





Blog mama aiman nie lebih kepada join segment and GA yang dianjurkan oleh kawan blogger selain kite support diorang, kite juga dapat kenal antara satu sama lain..Lain-lain info pun ade jugak berkenaan dengan life mama aiman,  tapi yang mana mama aiman rasa dapat share ngan korang mama aiman akan post...Itu sahaja dari saya...

Sekian..😊

"Giveaway eCards Raya ; Nostalgia Puasa Zaman Kanak-kanak"

Mac 29, 2017 4 Comments


KLIK BANNER UNTUK JOIN !!!!


GIVEAWAY RAMADHAN & SYAWAL 2017


END DATE : 26 MAY 2017



Bila mengimbau kembali nostalgia puasa zaman kanak-kanak nie, aku akan gelak sorang sorang sebab ade 1 pengalaman yang tak dapat aku lupakan..


Kisahnye macam nie..Dulu masa aku kecik2 nie aku boleh dikatakan agak nakal jugak la sebab nye aku curi2 ponteng puasa..Adela 3 or 4 orang kawan aku yang ponteng puasa hari tue..Plan kiteorang tgahari tue lepak2 kt rakan muda sambil masuk kebun rambutan.

Nak dijadikan cerita, masa masuk rakan muda tue saja ronda2 then ade kebun rambutan kat belakang tue..kiteorang pn ape lagi, pakat-pakat la amik rambutan kat situ..Disebabkan kawan aku sorang nie pakai skirt, so aku la yang kena panjat pokok  and amik buah rambutan sementara kawan aku dok bawah sambut buah..

Tiba-tiba aku rasa macam ade orang tolak aku dari atas pokok..Gedebukk jatuh!!!Kawan aku ingat buah rambutan yang jatuh, tengok2 aku yang jatuh..Berdarah jugak la mulut aku time tue sebab masa jatuh tue aku tergigit lidah..Pokok tue pn boleh tahan tingginya...Lepas aku jatuh, aku ade dengar satu suara garau seolah olah die cakap suruh kiteorang pergi dari tempat kiteorang amik buah tue..Masa tue aku sedar tak sedar je and  mamai2 and kawan aku papah aku ntah bila aku sampai umah pn aku xtau..

Masa sampai umah tue da cuak da sebab arwah tok aku tanya nape mulut aku berdarah..Nak xnak kawan aku pun cerita perkara sebenarnye..Memang seram wei kebun yang kiteorang amik rambutan tue..Sebab kat situ ade 1 surau yang da usang..Nak kata hantu memang xdela sebab bulan puasa.Nie mesti jin islam yang dok dalam surau tinggal tue bisik hati aku.. 

Lepas kejadian tue, aku jadi insaflah dan xnak ponteng-ponteng puasa lagi..Tue la pengalaman puasa aku zaman kanak-kanak yang xmungkin aku lupaa..

Moral of the story : Jangan curi-curi ponteng puasa..Niela akibatnye kalau ponteng puasa..Nasib xjadi ape2 kena sampuk jin ke cuma die bagi syarat suh kiteorang blah dari situ...

Sekian...

SAYA TAG AWAK

 😊Ana Suhana
 😊Zafirah





"Lazada Malaysia Big Baby Fair"

Mac 29, 2017 1 Comments





Assalamualaikum dan selamat pagi pada kawan blogger tersayang...

Ha,kali nie LAZADA ade buat contest lagi tau untuk baby, so pada korang-korang yang tak menang pada contest yang lepas tue anggap la rezeki korang belum sampai....Mana tau rezeki anak korang atau saya kali nie, insyallah..Apa kata ramai-ramai la join contest nie..Hadiahnye sangat-sangat lumayan...Dan jika korang join akan dapat diskaun sehingga 85%..Cepat-cepat jangan ketinggalan...



Berbalik pada soalan LAZADA, ini jawapan jujur saya :-

1. Apakah jenama kegemaran lampin untuk bayi anda

    HUGGIES DRY PANTS




Pampers nie WAJIB beli setiap bulan sebab anak saya selesa bila pakai HUGGIES DRY PANTS nie..Tak bocor walaupun pakai 4 jam..Sejak lahir sampai sekarang masih setia dengan HUGGIES DRY PANTS nie..Pernah juga pakai jenama selain dari HUGGIES DRY PANTS nie tapi kulit anak jadi ruam dan tak serasi..Bila da jumpa yang serasi,tak tukar da still setia dengan jenama nie sampai sekarang..Alhamdulillah...😍

2. Apakah pilihan susu formula untuk bayi anda

    DUMEX DUGRO 1-3 YEARS


Susu formula yang aiman tengah guna sekarang nie ialah DUMEX DUGRO 1-3 TAHUN. Nak tau kenapa saya suka susu nie sebabnya susu nie bila aiman minum xde masalah muntah-muntah dan poo poo die lembut. Sebelum nie pun ada jugak pakai jenama lain poo poo jadi keras dan kadang sembelit sampai seminggu tak poo poo..Risau juga dibuatnya..Setelah guna susu formula jenama DUMEX DUGRO nie saya sangat-sangat berpuas hati..Pilihan no 1 anak saya..Love DUMEX DUGRO tak pernah mengecewakan saya sebagai seorang ibu yang prihatin pada anak-anak.. 😘

3. PRODUK PILIHAN UNTUK ANAK

    BADANAMU LEARNING PEN

Jika saya diberi peluang untuk pilih produk mestilah saya nak yang terbaik untuk anak saya iaitu BADANAMU LEARNING PEN..Produk nie sangat bagus untuk perkembangan bayi seawal usia setahun setengah hingga 6 tahun..Mesti aiman seronok kalau dapat pen nie sebab pen nie bukan je seronok boleh buat main malah dapat belajar sambil bermain...Lepas nie xyah la mama nk cas npon bagi awak main ye sayang...😏 


Mesti korang nak tau hadiah untuk pemenang bertuah..Jeng...Jeng...Jeng 

Hadiah :-

6 blogger bertuah akan menerima satu RM500 baucar setiap satu.

Tarikh tutup penyertaan :-

27 March - 2 April 2017 11:59 PM

Akhir kata dari saya, korang boleh la servey2 dan beli barang baby kt LAZADA start dari sekarang sampai 2 April 2017 nie sebab diowg bg diskaun kaw kaw punye giler tak masuk akal sehingga 85%..hihii...Rugi xgrab!!

Nah, aku tepekkan sekali link lazada nie..senang nk korang klik klik

 http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/






HAPPY SHOPPING UOLLSS!!!!😍



Rabu, 22 Mac 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Mac 22, 2017 6 Comments

KLIK BANNER UNTUK JOIN...

END DATE : 23 MAC 2017 


Assalamualaikum dan selamat pagi blogger-blogger semua..
Saya tertarik dengan lazada birthday blogger contest nie so xsalah kalau nak cuba nasib..Mana tau tuah ayam nampak dikaki tuah manusia hanya allah yang tahu..Insyallah ade rezeki anak-anak dapat la kite shopping online lagi kat lazada!!

Untuk melengkapkan jawapan kepada soalan yag diberi, saya senaraikan 1 per satu..


a. What do you love about Lazada Malaysia? 

J : Saya suka tentang lazada kerana memudahkan saya untuk membeli barang secara online dengan diskaun-diskaun yang ditawarkan sangat berbaloi serta servis penghantarannya yang sangat cekap, cepat dan pantas..Tidak mengecewakan kerana barang yang dihantar selamat sampai serta berada dalam keadaan baik.

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

J : 3 Produk yang saya menjadi kegemaran saya setiap kali membeli belah di lazada adalah :- 

1.  AZANIS SCAR SERUM







Saya seorang yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, so produk yang wajib ade dalam handbeg saya tak lain dan tak bukan ialah Azanis Scar Serum ..Saya suka sangat guna produk nie sebab ia boleh menghilangkan parut-parut yang boleh mencacatkan penampilan saya..Bukan senang nak dapat harga macam nie..sebab tue tiap kali ade offer saya akan beli sampai 2 botol Azanis Scar Serum nie...Terbukti berkesan sangat...Saya amat berpuas hati...Akhirnya kesan parut jerawat saya mula hilang..I like! I like!!

2. HUGGIES DRYPANT


Benda nie memang selalu pakai la sebab aiman selesa bila pakai huggies dry pants nie..Tak bocor walaupun pakai 4 jam..Tengok la harga die memang berbaloi-baloi..Sejak lahir sampai sekarang masih setia dengan huggies dry pants nie..Sekali borong sekotak kau..haha...

3. ARCOBIC VITAMIN C 1000 MG



Saya juga sangat-sangat mementingkan aspek penjagaan kulit sebab kulit saya nie jenis kering terutama bila saya bekerja dalam suasana pejabat. Sejak mengambil vitamin c nie, terasa kulit saya menjadi semakin cerah, lembut dan licin serta warna kulit menjadi lebih sekata..

c. How do you think Lazada Malaysia can improve?

J : Saya syorkan lazada mengadakan contest setiap bulan untuk pembeli yang membeli secara online. Dengan cara ini akan menarik minat pembeli untuk join atau kumpul mata/point kemudian boleh ditebus.

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

J : Ucapan saya untuk Lazada semoga terus menjadi shopping online no 1 di malaysia dan terus berkembang maju dengan tawaran harga yang menarik serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan.





Happy Birthday LAZADA TURN 5 !!




Khamis, 16 Mac 2017

GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM

Mac 16, 2017 7 Comments



KLIK BANNER UNTUK JOIN...

HADIAHNYA ADALAH.....

1 x Supermom Planner 2017 (Ada 2 muka surat #doodlebyherneenazir yang boleh diwarnakan)
1 x Supermom Personal Notebook
3 x Topup RM10

BEST KAN KALAU DAPAT SUPERMON PLANNER 2017


END DATE 26 MAC 2017

GOOD LUCK !!!!




GIVEAWAY MARCH HERNEENAZIRDOTCOM

Rabu, 15 Mac 2017

BLOG GIVEAWAY BY RII

Mac 15, 2017 5 Comments



Sape nak join boleh klik banner di bawah...

END DATE : 1 APRIL 2017


1st Prize :
1 jam tangan DW ( female version ).
Sebuah buku 'Where The Rocks Splits The Sky oleh Philip Webb'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.


2nd Prize :
Sebuah buku 'Lukisan Tarbiah oleh Abeben'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.


3rd Prize :
Sebuah buku 'Them Horrors Be Everywhere oleh Julya Oui'.
Sebuah komik 'Lawak Kampus'.





Rabu, 8 Mac 2017

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

Mac 08, 2017 5 Comments



KLIK BANNER UNTUK JOIN..

END DATE 10 MAC 2017

12:00 PM


Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket


Syarat Penyertaan

Anda hanya perlu penuhkan syarat-syarat di bawah sahaja, bila syarat dibawah dipenuhi, maka nantikan sahaja magik yang membuatkan trafik blog anda meroket tanpa anda sedari ... :) Saya jamin 100% trafik anda akan naik luar biasa selepas join segmen saya ini.

Orait. Nak join? Penuhi syarat berikut ye ...


  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)



TO ABANG HASRULHASSAN .....

SAYA NAK TRAFIK BLOG MEROKET UNTUK POST SAYA YANG INI...


TERIMA KASIH YE....

Khamis, 2 Mac 2017

TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA

Mac 02, 2017 8 Comments


HIGHLAND TOWER 
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. 

Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam berdiri ku di halaman rindu dihembus kenangan lalu. Menjelma lah seraut wajah sekuntum bunga yang sedang ku puja tapi layu akhirnya. Ku di halaman rindu hanya berteman bunga yang layu, ku di halaman rindu tiada harum tiada madu.. Oh kesalku membeku dikalbu

Selepas kejadian itu pelbagai perkara seram telah berlaku di tapak lokasi kejadian tersebut antaranya kelihatan kelibat makhluk tanpa kepala dan sering juga kedengaran suara wanita menangis di tengah kepekatan malam berdiri ku di halaman rindu dihembus kenangan lalu. Menjelma lah seraut wajah sekuntum bunga yang sedang ku puja tapi layu akhirnya. Ku di halaman rindu hanya berteman bunga yang layu, ku di halaman rindu tiada harum tiada madu.. Oh kesalku membeku dikalbu




LEBUHRAYA KARAK
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
Terdapat pelbagai kisah misteri dan seram mengenai lebuhraya ini yang dikatakan berhantu.. Berikut disenaraikan 9 kejadian misteri mengenai lebuhraya karak.

1. FRU BERTEMBUNG

Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. TIDUR DI GENTING SEMPAH

Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berhenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3.VOLKSWAGWEN KUNING

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang ,dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga, dia akan potong kemaluan kamu.
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud). Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z, dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang (Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. KERETA MISTERI

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara menimbulkan pelbagai misteri.Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta bernama Wong Kam Wai. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga hari ini polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta tersebut.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi. Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya. Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

5. KERETA ANTIK

Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik, semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah (petronas).

Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!

6. KISAH KONDUKTOR BAS

Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..

7. RASHID MAIDEN

Pernah juga terbaca, beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Yang didakwa kononnya bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

8. KISAH MANAGER MC DONALD GENTING SEMPAH

mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

9. HANTU MAKAN ORANG

Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!



AMBER COURT GENTING HIGHLANDS 

Dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highland yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands. 
Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang kononnya tempat menyimpan hantu kasino di Genting Highlands. 
Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti tv terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak didalam lif.



TAMAN TEMA MIMALAND GOMBAK 

Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.

Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buahmotel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang m
engandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.

Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan 'giant maze', serta kawasan untuk merentas rimba.


Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaankesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994. Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

Kini lokasi Mimaland terbiar begitu sahaja dan ramai juga orang bercerita mengenai kisah seram di lokasi tersebut antaranya kelibat manusia tanpa kepala dan sering kedengaran suara suara menyeramkan di kawasan itu apabila senja menjelma.






KUBUR WANITA MATI BERANAK DI KUALA KUBU BHARU 

Tidak kiralah ia cerita dongeng atau tidak, kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berpuluh tahun lalu di kalangan penduduk setempat tentang sebuah kubur lama di tengah-tengah kawasan perumahan di Kampung Kelapa di sini, ternyata memberi peringatan bahawa azabnya balasan ALLAH SWT.
Pusara tidak bernama lebih 110 tahun itu dikatakan wujud berikutan satu peristiwa yang dikaitkan dengan hubungan terlarang, zina antara ibu dan anak kandungnya.

Ketua Kampung Kuala Kubu Bharu, Norazizan berkata, kubur tersebut dipercayai milik seorang wanita yang mati sebaik melahirkan bayinya.

Bagaimanapun, katanya terdapat dua cerita yang masih belum terungkai berkaitan bagaimana arwah dua beranak itu dikebumikan di kawasan itu.

“Ada cerita beritahu mungkin arwah tak sempat dikebumikan di tanah kubur Ampang Pecah jadi dikebumikan di sini, dan sebab mengapa tak sempat tu, masih tak tahu. Ada pula cerita mengatakan perempuan tu ditelan bumi sebaik bersalin dan tak sempat diselamatkan. Bayi yang dilahirkan katanya hasil hubungan terlarangnya dengan anak kandung sendiri,” katanya.

Cerita Norazizan ini dikuatkan lagi menerusi laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1904 berkaitan peristiwa kubur tersebut.

Kini, keratan akhbar tersebut berada dalam simpanan Persatuan Sejarah Kuala Kubu (Peskubu).

Laporan akhbar tersebut antara lain menyatakan, telah tersebar cerita pelik melalui sumber masyarakat Melayu mengenai seorang wanita di Kuala Kubu secara misteri telah ditelan atau dirantai oleh tanah akibat dosa dilakukan dan wanita itu sukar dikeluarkan.

Menurut laporan itu lagi, orang ramai yang menyaksikan peristiwa dia ditelan bumi itu berasa simpati dan telah mendirikan atap agar memayunginya daripada kepanasan dan hujan.

Malah, menurut akhbar itu lagi, cerita tersebut telah tersebar luas sehingga penduduk dari Kuala Lumpur sanggup datang ke Kuala Kubu semata-mata untuk menyaksikan lokasi kejadian misteri itu.

Bagaimanapun, Norazizan berkata, selang beberapa tahun kejadian, kubur yang sepatutnya dijadikan peringatan tentang kekuasaan ALLAH itu telah disalah gunakan pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan amalan-amalan khurafat.

“Kubur tu dah dijadikan tempat puja nombor ekor judi oleh sesetengah penduduk,” katanya kesal.

Katanya, dua batu nisan yang hilang tidak diketahui semenjak ia dijadikan tempat pemujaan.

“Akibat ada orang buat benda-benda haram dan dosa tu, sejak daripada itu berlaku macam-macam kejadian pelik kepada penduduk kampung antaranya gangguan histeria,” katanya.

Norazizan berkata, ada pihak berminat untuk menjadikan kubur lama tersebut sebagai sebahagian peninggalan sejarah Kuala Kubu.

“Jika benar nak buat, eloklah kajian menyeluruh dijalankan,” katanya yang menyokong.



INSTITUSI ST MICHAEL, IPOH




Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

VICTORIA INTITUTION, KUALA LUMPUR 





Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.