Ik

Sabtu, 28 September 2019

Tahniah MATXI Corp Tembusi Pasaran Malaysia



Bertempat di Plenary Hall KLCC, telah berlangsungnya majlis gilang gemilang iaitu sambutan ulangtahun ke 2 MATXI Corp bertemakan Glory to Glory.. Majlis dimulakan dengan persembahan hebat dari Pemenang tempat pertama Asian Got Talent dari Vietnam. Memang terpesona nad dengan persembahan mereka malam tue.. Dengan tarian lampu LED nya tue.. Rasa macam berada di majlis grammy award pula. Dikelilingi orang yang berjaya dan glamour nie..

Mesti ramai yang tak tahu atau tak pernah dengar apa itu Matxi Corp? Bagi mereka yang tak tahu, Matxi Corp (Vietnam) yang dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G merupakan anak syarikat MIIC Holding Sdn Bhd. Matxi Corp mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaaan untuk menghasilkan perniagaan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur.

Bayangkan baru beroperasi lebih dari 2 tahun, MATXI Corp telah berjaya mengeluarkan lebih 20,000 pengedar dan agen, malah telah mencapai pencapaian yang luar biasa dan berbangga dengan sistem yang paling profesional dan berkuasa di Vietnam. 

Acara pada malam itu meliputi ucapan ringkas yang disampaikan oleh Cik Nhung (CEO Matxi Corp dari Vietnam) , Encik Kenny (CEO Matxi Corp dari Malaysia) , Cik Jenny (CEO Matxi Corp dari USA, Cik Luck Kim (CEO Matxi Corp dari Korea) dan juga Encik Matthew James Morris merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd. 

Ucapan dari CEO Matxi Corp Vietnam
Ucapan dari CEO Matxi Corp Malaysia

Ucapan dari CEO Matxi Corp Amerika

Ucapan dari CEO Matxi Corp Korea

Ucapan dari Encik Matthew James Morris

Bersesuaian dengan slogan mereka, "Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik" Matxi Corp berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk pelanggan,komuniti, rakan kongsi, pelabur dan juga membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan.

Selain latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti berikut :
  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Penyelenggara Acara
  • Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
  • Restoran



Pada malam tersebut juga, Anugerah Pengerusi Pemimpin turut diberikan kepada mereka yang telah berusaha sehingga berjaya tanpa pernah mengenal erti putus asa  serta dapat membanggakan Matxi Corp. Tahniah diucapkan kepada mereka semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi buat kita semua. 




Bagi nad, secara keseluruhan majlis pada malam tue sangat meriah dan happening dari mula hingga selesai. Dihadiri lebih dari 2000 pengedar dari 30 buah negara. Malaysia merupakan pasaran ke 2 selepas pasaran Vietnam..Tahniah buat Matxi Corp Malaysia kerana telah berjaya mengeluarkan beberapa produk seperti produk kesihatan Max Health bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, produk minuman kesihatan untuk lelaki tongkat ali ginseng dan bagi wanita minuman kologen, produk kosmetik Max 1 dan juga produk Max Skincare. 


Semoga Matxi Corp terus maju dan kekal berdaya saing serta dapat melebarkan sayapnya ke pasaran seluruh  dunia. Untuk maklumat lanjut berkenaan Matxi Corp boleh layari sesawang ini

Nama Syarikat Malaysia : Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)

Facebook Rasmi : facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram Rasmi : @matxicorp

#MATXICorp
#YouDeserveABetterLife

25 ulasan:

  1. ehhh laa Nisa pun patut pergi event nii. tapi disebabkan faktor-faktor tertentu, tak jadi pegiii. macam meriah je majlisnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majlis nie meriah sangat..da mcam nak tgok abph pun ade tau..hehe

      Padam
  2. Persembahan dia memang meriah. Memang bergaya la memasing datang ke majlis nie kan.
    Produk dia pun melibatkan produk Malaysia - mudahan terus berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaa..rawlins pun pergi ea..xnmpk plak kite mlm tue..a'ahh meriah kan vent nie..

      Padam
  3. Semoga Matxi sukses di dalam dunia bisnes di Malaysia. Tidak tahu nak komen panjang. hehe. Kerana di dalam majlis ini yang merasai teruja oleh tuan blog ini hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaa..teruja la sbb first time p tgok dpa amik award..kite tumpag bergmbar aje la..

      Padam
  4. Banyak jugak bidang yang diceburi oleh Matxi Corp ye. Semoga bisness ni semakin success dan lebih banyak pasaran ditembusi.

    BalasPadam
  5. Really a spectacular 2nd Anniversary celebration by Matxi Corp. I enjoyed the LED Dance Troupe very much!

    BalasPadam
  6. Tahniah matxi atas ulangtahun yg ke 2. Meriah sungguh majlis yg dibuat. Terasa mcm ada dlm majlis grammy award pulak dh sis rasa..hehehe. Suka tgok org berjaya sampai worldwide..entah bila lah sis nk jd cam depa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meriah sangat sis event mlm tue..insyallah suatu hari nnt pasti sis pn boleh brjaya mcm diowang..

      Padam
  7. Meriahnyaaaa majlis ulangtahun Matxi Corp. Tahniah buat team Matxi Corp. Moga terus sukses & lebarkan sayap ke seantero dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. trima kasih sis sebab sudi singgah dan bca blog saya..

      Padam
  8. Tahniah matxi corp atas ulang tahun ke 2. Semoga berjaya di Malaysia pula! Memang meriah dan glamour event sambutan ulang tahun hari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau xpe..mcm p tgok grammy award plak kan..

      Padam
  9. Memang meriah majlis ni... yang paling best masa acara pembukaan tu... so catchy... tahniah kepada Matxi Corp... semoga terus berjaya mengorak langkah di bumi Malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa pembukaan tue pn sy suka sebab tgok dieowng punya tarian LED.. amazing sangat!!

      Padam
  10. It's so grand!
    Thank you for sharing ~
    and congrats to Maxti Corp!

    BalasPadam
  11. Tahniah nak ucapkan kepada Matxi corp baru dua tahun dah maju dan juga menjadi jenama yang begitu popular sehingga boleh berjaya memiliki banyak produk berguna dan membantu usahawan baru nak belajar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trma kash abam..di malaysia pun da berjaya dpa masuk..xmustahil suatu hari nnti pasti tembusi pasaran dunia..

      Padam
  12. Terbaik mat xi dalam masa 2 tahun mencipta kejayaan yg sangat dibanggakan. Moga terus sukses ya

    BalasPadam
  13. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    BalasPadam