Ik

Selasa, 29 Oktober 2019

Waka Waka KL Playland Bertemakan Fairytale di Furama Bukit bintang



Haii korang.. Ingat tak entry yang lepas, nad ade cite pasal Event Natugee X Mrs Malaysia World baca sini  yang diadakan di Furama Hotel Bukit Bintang. Haa.. Kalau korang nak tau, dalam hotel Furama nie juga, ada 1 playland yang sangat sesuai untuk anak-anak bermain  iaitu Waka Waka KL.



Taman permainan yang bertemakan ala-ala 'fairytale' dengan kawasan yang luas serta berwarna warni pastinya akan menarik minat anak-anak untuk meneroka dan berimaginasi mengikut kreativiti mereka tersendiri. Terdapat 2 area permainan disini iaitu Kingdom Play area yang mana area nie sesuai untuk anak yang berumur 4 tahun ke atas. Manakala Toodler Area pula sesuai untuk anak yang berusia 18 bulan hingga 3 tahun.



So, jom tengok apa yang anak nad main dekat Waka Waka Kl nie. Macam-macam permainan yang ada dekat sini. Tapi sebelum nak masuk Waka Waka Kl, korang kena siap-siap pakai stokin sebab dekat sini memang wajib pakai stokin.





Playland dekat sini die dah ada siap cafe atau tempat makan.. So parents tak payah risau nak bawak bekal atau susah-susah nak keluar then masuk balik. Kat sini pun ada wash room/toilet room.







Bagi parents yang tak tau nak bercuti dekat mana, nad recomended sangat boleh la bawa family bercuti dekat sini mesti anak-anak teruja macam anak nad main sampai tak ingat nak balik.


Selain tue, kalau ada parents yang berhajat nak buat birthday party anak, dekat sini pun diowang ada buat. Harga pula bergantung pada package yang korang ambil.  Selain bermain, anak-anak juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti seperti ice cream making,  superhero craft, little dancer. Menarik kan? Next time nad nak bawak anak untuk join aktiviti-aktiviti nie plak. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan tiket dan sebarang pertanyaan atau aktiviti yang dilakukan di Waka Waka Kl, sila layari sesawang ini

Fb : Waka Waka KL
Ig : wakawakakl
Website : http://www.playatwakawaka.com/home/kl

Lokasi:

Waka-Waka KL
136, Lower Ground Floor,
Furama Bukit Bintang,
Jakan Changkat Thambi Dollah,
Pudu, 55100, Kuala Lumpur

Waktu Operasi :

Isnin-Jumaat
10.00 am - 7.00 pm
Sabtu - Ahad 
10.00 am - 8.00 pm


20 ulasan:

  1. wohaaa! memang selalu survey playland utk anak. boleh masuk dlm list to go ni.harga tiket pun murah juga. tengok dari gambar, tempat mainan dia pun mcm syok gak tu..

    BalasPadam
  2. Best lah! Memang ada niat nak bawa ank ke sini bila ke kl disember nanti. Dengan keluasan dan banyak mainan ni memang akan puaskan hati anak anak.

    BalasPadam
  3. YEASSSSS.. Ada khas untuk Toddler jugak ye.. boleh la bawak harraz pi sini nanti sempena birthday dia.. hehehe.. nampak macam syok je tengok..

    BalasPadam
  4. Looks like a fun place for kids to play while mummy & daddy takes a break.

    BalasPadam
  5. Seronoknya kalau bawak bebudak kan. Airah tak sabar tunggu baby besar sikit nak bawa ke sini

    BalasPadam
  6. Thank you for sharing this. Menarik tempat ni. Boleh la weekend nanti Mat Drat bawa anak anak ke sini, try sini pulak

    BalasPadam
  7. Bestnya tempat ni.. Anak2 I mesti suka kalau duk kat tempat mcm ni.. Esp yg sulung tu.. Suka Sgt kalau dapat main kt tmpt2 mcm ni

    BalasPadam
  8. baru je pergi melawat hotel furama hari tu, tengok tarikan terbaru di hotel furama, termasuklah dengan waka waka ni. memang sesuai untuk mereka yang mempunyai anak untuk berhibur di sini.

    BalasPadam
  9. best sangat masuk sini..permainan berbeza dari tempat permainan nad selalu pergi..siap ade memanjat, ada flying fox..bestla..mak pun teruja main..ehhee

    BalasPadam
  10. Nak bawa anak gi sama sama in the future! Tengok kids play so happy, I nak main jugak!

    BalasPadam
  11. Nanti nak bawa anak anak datang sini jugalah. Nampak cantik dan menarik waka waka playland ni. Kalau ambil gambar confirm cantik kan. Anak anak pun seronok

    BalasPadam
  12. Tudia ini syurga anak ni. Hahaha kalau bawak confirm tak nak balik. Tapi sekali sekala boleh la bawak hehe

    BalasPadam
  13. Best nyaaa. kalau balik KL lagi nak try la bawak anak pegi sini. Kitorang mmg suka bwk diorang gi indoor playground pun. Alang2 ada tempat makan, x la bosan mak bapak tggu je kan

    BalasPadam
  14. Seronoknya playland ni! Macam-macam aktiviti boleh buat. Yaya nak bawa dahlia datang sini la nanti. Mesti dia geram tengok muka dia seronok hee

    BalasPadam
  15. Seronoknya playland ni! Macam-macam aktiviti boleh buat. Yaya nak bawa dahlia datang sini la nanti. Mesti geram bila tengok muka dia seronok hee

    BalasPadam
  16. wow playland bertemakan fairytale la.. Mesti budak2 suka kan lagi2 budak perempuan berangan ala2 princess gitu.. Hihi .. Boleh ke sini nanti bawak budak2 cuti sekolah nanti.

    BalasPadam
  17. wah thanks for sharing this. best sangat nampaknya tu, anak2 saya mesti suka ni

    BalasPadam
  18. Bestnya ada playland.. masa cuti sekolah best ni bawak anak pegi main sana.

    BalasPadam
  19. bestkan tempat ni..anak2 semua enjoy bila berada kat sini..slides dia pun nt bad...panjang dan lebar

    BalasPadam