Ik

Isnin, 30 Ogos 2021

D'menc "Teman Suri Rumah Saya" Memudahkan Kerja Mengemas Rumah

Ogos 30, 2021 0 Comments

Hai semua.. Hari ini nad nak review satu produk penjagaan rumah iaitu D'menc Fabric Freshener yang juga 'Teman Suri Rumah' nad yang mudah digunakan dan boleh mewangikan satu rumah hanya dengan spray sahaja. Korang pernah dengar tak produk keluaran dari Afy Haniff nie? Actually nad pun baru je tahu tentang produk nie. Rupanya produk nie da lama berada dipasaran. 


Pengasas utama produk Afy  Haniff, iaitu Tuan Haji Yunus bin M Haniff bersama anak beliau Amirul  Firdaus dan Amirul Ariff, mereka telah berjaya mencipta produk pengahalau serangga terbaik dengan menggunakan bahan asas semulajadi, halal  serta menjimatkan. 


Dengan keluaran produk pertamanya Penghalau Serangga Serai Wangi, kini Afy Haniff telah berjaya menghasilkan lebih dari 42 jenis produk dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan produk mereka turut dikenali sehingga ke luar negara seperti Brunei, Singapore dan Thailand. 

Bukan mudah produk keluaran bumiputera ini nak tembus sampai ke luar negara. Terdapat banyak  cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh mereka dan ini tidak membuatkan mereka patah semangat untuk terus berjaya mencipta nama sehingga ke luar negara.

Antara produk keluaran Afy Haniff adalah :


Swipel : Pencuci dan Penghalau Serangga


Plash : Sabun Pencuci Tangan


40 Days : Sabun Pencuci Pinggan


D'menc : Penyegar Fabrik

Pengalaman Menggunakan D'menc Fabric Freshener

Mengemas rumah adalah rutin harian yang selalu nad buat tak kira la sebelum pergi kerja atau pun selepas balik kerja. Nak-nak lagi bila sofa, langsir dan karpet nie da mula berbau. Mujur ada D'menc Fabrik Freshener.. Nad cuma spray sahaja ditempat yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan lalu biarkan ia selama beberapa minit. Kesannya hampir 1 rumah la berbau harum dan keharuman baunya mampu bertahan selama 4 jam. 




D'menc Fabrik Freshener dengsn Maladour Counteractant Technology ini meresap jauh ke dalam fabrik dan menghapuskan bau yang kurang menyenangkan. Ia juga menghapuskan 99.9% bakteria penyebab bau busuk dan menggantikan haruman yang lebih menyegarkan.


Kerja rumah nad kini lebih mudah dengan D'menc Fabrik Freshener spray-spray je da hilang bau hapak dan sekaligus mewangikan satu rumah nad. Bagi mereka yang nak cub produk keluaran Afy Haniff nie, korang boleh dapatkan dengan segera secara atas talian di http://www.afyhaniff.com/ dan jangan lupa masukkan kod istimewa ini untuk mendapatkan harga diskaun AFYxNadia5 dan tempoh ini sah dari 1 Julai 2021 sehingga 1 September 2021. 





Jumaat, 27 Ogos 2021

Ketenangan dalam Satu Aplikasi Mindful Muslim

Ogos 27, 2021 0 Comments

Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang kepada semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, beragama Islam ataupun kafir, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji. Apakah kita semua telah bersedia untuk menghadapi segala bentuk ujian itu? Bagaimanakah cara kita menghadapinya? 


Nad juga tidak terkecuali daripada diuji dengan perasaan berdebar, rasa tidak tenang, dan kadangkala rasa susah untuk tidur. Mujur ada Aplikasi Mindful Muslim ini dapat membantu meningkatkan mental dan emosi nad melalui pembacaan audio dan motivasi semangat dari ustaz berdasarkan Quran dan Sunnah.

Ciri-Ciri Aplikasi Mindful Muslim :

👉 Bacaan ayat Al-Quran
👉 Bacaan ayat ruqyah
👉 Bacaan doa
👉 Zikir
👉 Kisah para Nabi
👉 Ceramah dan motivasi
👉 Bunyi-bunyian alam semulajadi



Pengalaman Menggunakan Mindful Muslim

Sejak nad menggunakan aplikasi Mindful Muslim nie, nad rasa hidup nad lebih bersemangat, hari yang dilalui pun semakin hari semakin baik dan jiwa pun semakin tenang. Secara tidak langsung, ia membawa perubahan baru dalam hidup nad. Selama ini, banyak masa nad dibuang dengan perkara yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu sangat la berharga. Selain kita berzikir dan berdoa, dapat juga pahala untuk saham akhirat kita disana kelak.


Alhamdulilah, dengan aplikasi ini juga, dapat mengurangkan perasaan berdebar dan tidak tenang nad setiap kali buka sosial media, pasti ada sahaja berita tentang kehilangan orang tersayang akibat pandemik yang sedang melanda negara kita, terus nad teringat arwah ibu mentua nad yang telah meninggal dunia akibat C19 pada jun yang lalu. Hati ini terus jadi dekat pada pencipta kita yang Maha Esa. Sebelum tidur, nad akan pasang Mindful Muslim ini  dengan ayat-ayat suci al-quran pilihan kita.

Antara surah pilihan nad dengar sebelum tidur


Kebanyakkan pengguna Mindful Muslim ini terdiri daripada wanita berusia 25 hingga 35 tahun yang tertekan ekoran pelbagai perkara seperti hilang pekerjaan, masalah rumahtangga selain golongan saudara baharu. Ceramah dan kisah-kisah para nabi juga dapat membantu menaikkan semangat dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita yang selama ini kurang tanpa kita sedari.



Digunakan Pada Bila-Bila Masa

Aplikasi penenang jiwa berteraskan islam ini sangat mudah digunakan tidak kira dimana sahaja anda berada. Ketika didapur, dalam kereta, selepas solat atau ketika sedang menghadapi tekanan atau masalah cepat-cepat la buka aplikasi ini, insyallah anda akan berasa lebih tenang dan rileks.



Background Music

Dilengkapi dengan background music dari alam semulajadi seperti deruan ombak, rintik hujan, angin sepoi-sepoi bahasa, air terjun dan kicauan burung ini dapat membantu membuatkan emosi kita memjadi lebih stabil.


Sleep Diary 

Terdapat juga sleep diary dimana kita boleh menulis diari dan kita tak nak orang lain tahu apa rasa isi hati kita, apa yang kita pendam, nak luah pun belum tentu ada orang yang nak dengar kan. So kita tulis la panjang lebar mana pun jangan risau, orang lain pasti takkan tahu sebab ianya mempunyai ciri-ciri keselamatan. 

Pengasas Mindful Muslim Mohamad Akhtaar 


Info Mindful Muslim

👉Aplikasi Mindful Muslim ini dibangunkan oleh  anak muda bernama Mohamad Akhtaar berdasarkan pengalaman lalu yang turut dihimpit tekanan dalam pekerjaan.

👉Aplikasi ini dilancarkan pada tahun 2020 dan dilabelkan sebagai aplikasi penenang jiwa pertama berteraskan Islam didunia.

👉Telah dimuatnaik umat Islam seluruh dunia terutamanya di Indonesia, Malaysia, India, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, selain negara-negara Afrika.

👉Memenangi hadiah Supreme of Auckland University of Technology Enterpreneurship Competion X Challenge.



Semoga aplikasi ini bermanfaat untuk kita semua dan hidup kita dilindungi selalu serta dalam redha dan rahmat allah s.w.t. insyallah. Bagi anda yang nak download apps nie boleh muat turun disini :

Android :
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

iOS: https://apps.apple.com/my/app/mindfulmuslim/id1503293513




Rabu, 11 Ogos 2021

Kitsui WhiteBerries BB Beaute Review dan Kitsui Fedloss Fibre D'Tox Review

Ogos 11, 2021 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.. Kali ini, nad nak review lagi tentang produk KITSUI iaitu Kitsui White Berries BB Beaute dan Kitsui Fedloss Fibre D'Tox yang mana kedua-dua produk nie nad da cuba dan nad nak kongsi dengan anda semua.

Ramuan Semulajadi Untuk Anda

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda. Jom cantik semulajadi dengan Kitsui..



KITSUI WHITE BERRIES BB BEAUTE



Kitsui White Berries BB Beaute merupakan minuman botanikal  yang bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti hormon, pengawet, gluten, GMO, antibiotik dan juga tiada bahan kimia.  Dijamin halal dan sesuai untuk mereka yang hanya makan sayur-sayuran. Produk ini juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa..
 

Menggunakan formulasi terkini dari Korea dimana ianya menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan serbuk dan menggunakan mesin vacum tanpa menggunakan vacum alkohol dan buah beri sebenar dari itali

Testimoni selepas 7 hari mengamalkan minuman Kitsui White Berries BB Beaute








Kitsui White Berries BB Beaute membantu mengatasi masalah kulit muka berjerawat, pigmentasi, liang roma besar parut jerawat, lingkaran gelap bawah mata,  kedutan mata, kedutan senyuman, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan juga kulit kusam.


Mengandungi pelbagai fungsi dan vitamin yang terdiri daripada :

Vitamin E
- Membantu melindungi daripada radikal bebas
- Antioksidan membantu melambatkan tanda-tanda penuaan 
-Encerah dan melembapkan kulit

Vitamin C
- Membantu meningkatkan penyerapan zat besi
- Membantu dalam pembentukan kologen
- Mencantikkan kulit 

Vitamin A
- Membantu menjadikan kulit lebih sihat
- Membantu untuk penglihatan yang baik

Kitsui  White Berries BB Beaute dengan campuran 6 jenis beri terpilih yang kaya dengan antioksidan aktif seperti blueberry, starawberry, raspberry, anggur, cranberry dan juga buah plum.


KITSUI FEDLOSS FIBRE D'TOX



Jika anda mengalami masalah kulit, bau mulut, bau badan dan cepat lesu ini merupakan tanda badan anda berlebihan toksin.

Toksin berlebihan dalam badan akan mengakibatkan masalah pada sistem pencernaan. Oleh itu, bagi mereka yang suka makan makanan berlemak, kurang makanan berserat, tiada masa untuk bersenam, kurang minum air dan makan berlebihan adalah digalakkan untuk mengamalkan minuman kesihatan dari Kitsui iaitu Kitsui  Fedloss Fibre D'Tox ini.



Minuman Kitsui  Fedloss Fibre D'Tox ini dirumus khas untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan  dan mengalami masalah toksin berlebihan dalam badan. 

Menggunakan formulasi terkini dari Korea, serat harian yang mengandungi semua bahan semulajadi termasuk campuran ramuan herba asli dan serat buah-buahan utama yang terdiri daripada buah epal, kiwi, oren, avacado, tomato, lemon dan nenas.

Kitsui Fedloss Fibre D'Tox mempunyai fungsi dan nutrisi dari buah-buahan. Antara nutrisi dan fungsi adalah :

✔️Mempunyai serat tinggi, zat besi, magnesium, potasium, kalsium, sodium, Vitamin A, B, C
Rendah kalori mambanti tubuh sentiasa terhidrasi

✔️Serat prebiotik
Membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengekalkan kesihatan usus

✔️Prebiotik Serat larut dalam air
Membantu melancarkan sistem pencernaan

✔️Sennosides
Membantu menggalakan pergerakan usus

✔️Catechin
Meningkatkan kadar metabolisme tubuh  badan

Testimoni selepas 7 hari mengamalkan minuman Kitsui Fedloss Fibre D'Tox










 
Bagi yang nak dapatkan produk Kitsui White Berries BB Beaute dan Kitsui Fedloss Fibre D'Tox , korang boleh dapatkan dengan harga RM1.78 sehari untuk Kitsui White Berries BB Beaute dan RM1.60 sehari untuk Kitsui Fedloss Fibre D'Tox di semua farmasi berdekatan atau untuk maklumat lanjut berkenaan produk Kitsui, boleh layari sesawang di bawah :

Instagram 

Facebook

Tik Tok


Website