Ik

Rabu, 2 Oktober 2019

Hidangan Seafood Terbaik di Restoran Sisik Ikan Bakar

Oktober 02, 2019 34 Comments

Entri kali nie nad nak berkongsi dengan korang  semua tempat makan paling best dan sedap dekat Klang nie mana lagi kalau bukan Restoran Sisik Ikan Bakar. Pantang ada makanan viral, apa lagi nad pun terus nak cuba.. Nak tahu menu apa yang menarik dan sedap dekat sini? Kena la baca entri nie sampai habis..

Lala masak pedas
Udang goreng berempah
Nad teruja nak rasa semua seafood yang ada dekat sini

Lokasi Restoran

Terletak berhampiran GM Klang, Restoran Sisik Ikan Bakar atau lebih dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Restoran ini mengetengahkan konsep masakan melayu asli yang mana pengasasnya berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. So, mestila dalam masakannya ada terselit menu mengikut negeri-negeri tersebut.


Antara Menu Pilihan Di Restoran Sisik Ikan Bakar 


Sayur kailan

Bawal masak singgang

Pepahat masak berlada
Dua Waktu Berbeza Di Restoran Sisik Ikan Bakar


8.00 pagi - 4.30 petang
Masakan Melayu Asli

5.00 petang - 12.30 tengah malam
Masakan berasaskan Makanan Laut

Menurut pemilik restoran berkenaan iaitu Puan Linda, premis mereka beroperasi dengan dua waktu yang berbeza iaitu bermula pada 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan melayu asli dan 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam untuk menu masakan berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, pelbagai jenis ikan bakar tempoyak yang tidak hanya tertumpu pada ikan patin sahaja, sotong bakar, pahat dan sebagainya. Tidak lupa juga aneka pilihan asam pedas resepi warisan yang merupakan salah satu antara 'hot seller' di Sisik Restoran Ikan Bakar.

Nasi lemak sisik buluh perindu
Kepada pengunjung yang datang ke sini, anda juga digalakan untuk mencuba sendiri nasi lemak sisik buluh perindu yang mana nasi lemak tersebut dikukus dalam buluh menggunakan daun pisang dan sedap dimakan bersama set ikan bakar serta pelbagai jenis asam pedas pasti membuatkan nasi anda bertambah apabila menikmati hidangan tersebut.

Pelbagai pilihan seafood segar

Besar-besar saiz ketam disini

Lala dan pepahat pun ada
Bagi mereka yang nak cuba kelainan selain  masakan melayu asli atau seafood nie, jangan risau restoran ini juga ada menyediakan masakan moden iaitu steamboat. Mempunyai pelbagai pilihan seafood segar seperti udang, ketam, sotong, lala dan kerang maka tidak hairan la kalau restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung tidak kira siang atau malam kerana menu dan masakannya yang pelbagai.

Pelbagai jenis hidangan seafood yang menyelerakan 
Review Penuh Nad Berkenaan Restoran Sisik Ikan Bakar 


Secara keseluruhannya nad puas hati bila makan dekat Restoran Sisik Ikan Bakar nie sebab yang pertama kedudukan lokasi kedai yang sangat strategik iaitu berhampiran dengan GM Klang dan tempat letak kereta pun tak crowded dan senang  nak parking . Yang kedua, persekitaran restoran yang luas dan bersih so nak makan pun selesa, dan yang ketiga masakan yang sedap serta menepati citarasa nad. Overall is good..

Ikan bakar lampam masak tempoyakk
Antara menu yang menjadi pilihan utama nad adalah ikan bakar lampam (pais) masak tempoyak.. Memang terbaik la rasa die.. Kena dengan tekak nad sebab sebelum nie nad biasa makan ikan patin masak tempoyak tapi bila makan dekat sini ia menggunakan ikan lampam menggantikan ikan patin, memang lain dari yang lain la..Selain itu, sotong bakar madu juga merupakan antara salah satu menu utama yang sering menjadi pilihan pengunjung disini..

Sotong bakar madu
So sekarang korang dah tahu kan tempat makan paling best dan sedap dekat klang nie, apa lagi datang la sini bawa keluarga atau kawan-kawan untuk menikmati pelbagai jenis makanan laut dan masakan melayu asli disini dan yang pasti ianya tidak mengecewakan anda.. Nad sudah, anda bila lagi?

Sebelum tue, nad nak kongsi video pendek ketika berada di Restoran Sisik Ikan Bakar 



Antara rakan blogger yang hadir memeriahkan food review

Lokasi dan Alamat kedai

Berhadapan GM Klang Wholesale City
No 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,
Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila layari laman web atau hubungi :

Facebook :
https://web.facebook.com/restoransisik/​ atau @restoransisik

Whatapps :
https://wa.me/+60192263004​& ​https://wa.me/+60162240474

Selasa, 1 Oktober 2019

Berjimat dengan Promosi Jimat Jumaat Marrybrown

Oktober 01, 2019 37 Comments

Siapa dekat sini suka makan ayam goreng? Pasti ramai  kat luar sana yang suka makan ayam goreng termasuk la nad. Sebut je nak makan ayam goreng, mesti nad terbayang-bayang ayam goreng Marrybrown. Mana tidaknya, ayam goreng yang digoreng ranggup, pedas n juicy buat nad makan tak berhenti.. Tambah-tambah bila makan time ujan, memang berketul-ketul la boleh habis.


Terbaru, Marrybrown kini mengadakan promosi Jimat Jumaat yang mana korang boleh dapatkan 10 ketul ayam goreng Marrybrown dari harga RM19.90 (RM21.10 termasuk cukai). Murah giler kan? 5 ketul ayam goreng ranggup dan 5 ketul nugget ayam.. Jangan keliru plak.. Untuk 5 ketul ayam tue ada spicy dan ada original. Promosi nie tak termasuk air. So untuk minuman, korang kena beli asing.


Promosi ini hanya sah setiap hari Jumaat bermula 20/9/2019 sehingga 1/11/2019. Hanya boleh makan direstoran sahaja je tau, tak boleh bawa balik dan tak semua Marrybrown buat promosi nie. Sebelum korang nak naik flight ke, sebelum nak p mandi manda ke, atau sebelum nak naik genting, pastikan korang isi perut terlebih dahulu sebab Marrybrown Genting, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang tue tak ada untuk promosi nie. 

So korang tunggu apa lagi, setiap hari jumaat boleh la belanja kawan-kawan makan atau makan bersama family tersayang.. Serius jimat poket korang untuk promosi Jimat Jumaat nie. Jangan cakap hakak tak bagitau. Tengah ada promosi nie, cepat-cepat la pergi terjah Marrybrown berhampiran korang.


Haa.. Mesti korang perasan kan dalam gambar tue seketul nugget tak ada.. Bukan apa, seketul tue nad da makan sebab tak tahan tengok tergolek depan mata. Haha. Bagi nad sorang makan pun belum tentu boleh habis.. Dah, ajomm la kite tunggu next friday. Tak sabar nak bawak anak-anak pula makan ayam goreng  Marrybrown favourite diorang nie.

Untuk maklumat lanjut berkenaan menu terbaru atau sebarang pertanyaan tentang promosi yang sedang ditawarkan,  sila layari sesawang di bawah :

Facebook : MarrybrownMalaysia
Imstagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTv




Aplikasi theAsianparent Pilihan Terbaik Buat Ibu Bapa Moden

Oktober 01, 2019 10 Comments



Tugas menjadi ibu bapa adalah perkara yang paling sukar dan berat untuk dilakukan. Ini kerana kita diberi amanah untuk mendidik, menjaga dan membentuk anak sejak dari lahir sehingga lah mereka dewasa. Ibarat kain putih, kita yang perlu mencorakkannya. Dengan peredaran masa yang serba moden dan canggih ini, tidak dapat dinafikan pelbagai cara yang boleh kita buat untuk memastikan bahawa kita boleh memberikan yang terbaik buat anak kita  salah satunya dengan cara menggunakan aplikasi mudah alih theAsianparent.



Minggu lepas, nad berpeluang untuk menghadiri  satu acara iaitu Pelancaran Aplikasi theAsianparent yang bertempat di Common Ground, Bukit Bintang. Rasa bertuah dan beruntung  sangat sebab dapat bersama-sama dengan mereka yang mana merupakan orang kuat disebalik kewujudan aplikasi ini.

" Kami tertumpu kepada usaha memperkasakan ibu bapa asia dan menyediakan mereka dengan alat-alat untuk membimbing perjalanan mereka sebagai ibu bapa menerusi app kami, kami berusaha membawa ciri-ciri komuniti dan ruang selamat bagi ibu bapa yang semakin teguh mengamalkan gaya hidup digital ",

kata Serina Sue, Timbalan Pengurus Negara theAseanparent Malaysia.


Bagi mereka yang belum mengetahui tentang aplikasi ini, jom nad terangkan serba sedikit berkenaan aplikasi tersebut. Aplikasi ini telah pun mencapai rangkaian bulanan mencecah lebih dari 25 juta pengguna di 12 buah negara seperti Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Sri Lanka, India dan juga Nigeria. Namun di Malaysia sahaja,  sebanyak 135k+ pengguna  yang sudah berdaftar menjadi ahli theAsianparent.

Apa yang menarik tentang aplikasi mudah alih ini adalah ia merupakan satu portal keibubapaan terbesar di Asia Tenggara yang direka khas bagi membimbing ibu bapa hari ini tentang perjalanan seorang ibu dari awal kehamilan hingga penyusuan dan kemuncaknya membesarkan anak-anak dengan sihat, riang dan berkeyakinan.

Terdapat 12 ciri utama pada aplikasi theAsianparent antaranya :

✔️Development tracker
✔️Community for Q &.A
✔️Photobooth And Stickers
✔️By Mum for Mum Content
✔️Media for Mum And Baby
✔️Food & Nutrition
✔️Baby Name Generator
✔️Activities To Avoid
✔️VIP Platform
✔️Medicine
✔️Checklist

Macam nad, nad dah lama download apps nie, dan sekarang nad dah jadi salah seorang ahli VIP Member. Memang bagus sangat apps nie terutamanya bagi mereka yang baru nak jadi ibu bapa, terdapat ciri-ciri penjejak kehamilan dan bayi yang boleh memantau perkembangan harian dan juga memberikan maklumat penting seperti jangkaan simpton dan peringatan yang mungkin ibu-ibu lakukan. Malah selepas bersalin, ibu bapa boleh terus menjejak perkembangan anak mereka sehingga ke usia enam tahun.


Selain info kehamilan, aplikasi theAsianparent juga menawarkan pengguna platform untuk bertanya kepada pakar perubatan dan mendapatkan jawapan mengenai soalan berkaitan kehamilan dan keibubapaan sambil mempelajari lebih lagi mengenai perubatan, kesihatan dan kesejahteraan. Pengguna digalakkan untuk mengemukakan soalan pada app dan berinteraksi secara terus dengan pakar perubatan daripada Sunway Medical Centre Velocity dan DoctorOnCall untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai penyakit, vaksinani dan juga alahan yang biasa berlaku kepada kanak-kanak.


Pengguna juga boleh menjawab soalan di dalam forum komuniti atau mengundi di dalam pengundian dan boleh mengumpul mata dengan berinteraksi di dalam app theAsianparent. Pengguna juga boleh mendapat ganjaran menarik dengan menebus mata menerusi bonus ShopBack, langganan iflix dan kredit e-wallet Boost.




Bagi ibu bapa yang suka mengambil gambar anak, korang boleh mengabadikan kenangan indah bersama si kecil dengan mengupload gambar  si kecil bersama sticker yang comel. Selain itu, part yang sering kali jadi pilihan nad ialah artikel. Nad suka baca artikel yang disediakan dalam app nie. Banyak info yang boleh nad dapat dan kalau ada artikel yang nad nak baca just  taip artikel tue dan automatik artikel yang kita nak baca tue dah ada dalam tue.. Senang kan..



Bagi korang yang dah install app nie, korang berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan dalam app tue. Hadiah nya pun best juga. Dan bagi mereka yang mempunyai anak kecil yang sering menangis atau pun yang suka dengan lagu, dalam apps nie pun ada lagu dan video untuk anak-anak. Macam-macam lagu ada antaranya chan mali chan, burung kakak tua, abc, learn to count dan baby shark song. Best kan app nie. Aiman pun sekarang dah pandai menyanyi sambil mengira.




Sebelum acara berakhir, nad sempat bersama dengan 3 orang panel iaitu Eddy Han (Country General Manager, ShopBack Malaysia), Serina Sue Ibrahim (Deputy Country Manager of theAsianparent Malaysia) dan Dena Bahrain (Content Creator) membincangkan tentang konsep ibu bapa masa kini dari pelbagai sudut antaranya pembelian barang online, kuasa beli antara ibu bapa, dan lain-lain. Menarik kan dapat bersama dengan mereka, apa sahaja pertanyaan, mereka boleh jawabkan. 


Walaupun acara serba ringkas, namun pengisian pada petang itu sangat memberikan kesan yang baik  dan impaknya sangat positif khususnya buat ibu bapa moden masa kini. Tidak dinafikan sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk memberikan yang terbaik buat anak mereka. Ucapan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepada penaja MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka Kl, Grab and Photo Book kerana menaja event theAsianparent.



Untuk maklumat lanjut berkenaan theAsianparent, sila layari sesawang ini :

Facebook : theAsianparent
Instagram : theAsianparent_my





Sabtu, 28 September 2019

Tahniah MATXI Corp Tembusi Pasaran Malaysia

September 28, 2019 25 Comments


Bertempat di Plenary Hall KLCC, telah berlangsungnya majlis gilang gemilang iaitu sambutan ulangtahun ke 2 MATXI Corp bertemakan Glory to Glory.. Majlis dimulakan dengan persembahan hebat dari Pemenang tempat pertama Asian Got Talent dari Vietnam. Memang terpesona nad dengan persembahan mereka malam tue.. Dengan tarian lampu LED nya tue.. Rasa macam berada di majlis grammy award pula. Dikelilingi orang yang berjaya dan glamour nie..

Mesti ramai yang tak tahu atau tak pernah dengar apa itu Matxi Corp? Bagi mereka yang tak tahu, Matxi Corp (Vietnam) yang dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G merupakan anak syarikat MIIC Holding Sdn Bhd. Matxi Corp mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaaan untuk menghasilkan perniagaan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur.

Bayangkan baru beroperasi lebih dari 2 tahun, MATXI Corp telah berjaya mengeluarkan lebih 20,000 pengedar dan agen, malah telah mencapai pencapaian yang luar biasa dan berbangga dengan sistem yang paling profesional dan berkuasa di Vietnam. 

Acara pada malam itu meliputi ucapan ringkas yang disampaikan oleh Cik Nhung (CEO Matxi Corp dari Vietnam) , Encik Kenny (CEO Matxi Corp dari Malaysia) , Cik Jenny (CEO Matxi Corp dari USA, Cik Luck Kim (CEO Matxi Corp dari Korea) dan juga Encik Matthew James Morris merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd. 

Ucapan dari CEO Matxi Corp Vietnam
Ucapan dari CEO Matxi Corp Malaysia

Ucapan dari CEO Matxi Corp Amerika

Ucapan dari CEO Matxi Corp Korea

Ucapan dari Encik Matthew James Morris

Bersesuaian dengan slogan mereka, "Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik" Matxi Corp berusaha untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk pelanggan,komuniti, rakan kongsi, pelabur dan juga membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan.

Selain latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti berikut :
  • Hartanah
  • Peruncitan Bahagian Kanak-kanak
  • Percetakan dan Pembungkusan
  • Syarikat Penyelenggara Acara
  • Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
  • Restoran



Pada malam tersebut juga, Anugerah Pengerusi Pemimpin turut diberikan kepada mereka yang telah berusaha sehingga berjaya tanpa pernah mengenal erti putus asa  serta dapat membanggakan Matxi Corp. Tahniah diucapkan kepada mereka semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi buat kita semua. 




Bagi nad, secara keseluruhan majlis pada malam tue sangat meriah dan happening dari mula hingga selesai. Dihadiri lebih dari 2000 pengedar dari 30 buah negara. Malaysia merupakan pasaran ke 2 selepas pasaran Vietnam..Tahniah buat Matxi Corp Malaysia kerana telah berjaya mengeluarkan beberapa produk seperti produk kesihatan Max Health bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, produk minuman kesihatan untuk lelaki tongkat ali ginseng dan bagi wanita minuman kologen, produk kosmetik Max 1 dan juga produk Max Skincare. 


Semoga Matxi Corp terus maju dan kekal berdaya saing serta dapat melebarkan sayapnya ke pasaran seluruh  dunia. Untuk maklumat lanjut berkenaan Matxi Corp boleh layari sesawang ini

Nama Syarikat Malaysia : Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)

Facebook Rasmi : facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram Rasmi : @matxicorp

#MATXICorp
#YouDeserveABetterLife

Selasa, 24 September 2019

Manfaat KLIA Express dan Airport Taxi Ketika Travel Dengan Traveloka

September 24, 2019 36 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog aimanziyad.blogspot.my.. Haa korang, aku yakin pasti ramai dekat luar sana yang mempunyai minat yang sama macam aku iaitu suka travel tak kira lah korang nak travel dalam negara atau pun luar negara. Bagi aku, travel dalam negara nie lagi bagus sebab ia menjimatkan wang, tenaga dan kos. Faham-faham jerla, kalau kau nak travel oversea, kos yang kau perlukan pun banyak, rate matawang asing pun kau perlu ambil kira so aku syorkan baik korang travel dalam negara jela. Banyak juga tempat menarik dalam Malaysia nie yang aku sendiri pun tak pernah pergi lagi.


Macam biasa, sebelum aku nak bercuti, aku akan survey terlebih dahulu tiket flight yang murah-murah. Naik flight nie kalau dapat harga murah, bukan duit je jimat, masa dan tenaga kau pun boleh jimat. Selalunya Air Asia la yang menjadi pilihan utama aku sebab Air Asia nie selalu buat promosi, so aku akan grab time-time promosi macam nie. Pernah aku dapat tiket flight ke Penang pergi balik hanya RM38 je. Murah kan? Kalau naik kereta pun, paling kopak la dalam RM200 kau kena ada dengan nak hadap jem lagi, masa atas jalan dan penat drive. Sebelum nak tempah tue, rajin-rajin la buka laman web Air Asia. Memang selalu la diorang buat promosi.

Bagi aku la, flight adalah kemudahan utama yang akan aku pilih. Bila dah naik flight nie, mesti akan terfikir transportation nak ke airport. Jadi, solutionnya ada 2 iaitu KLIA Express atau airport taxi dan grab. Kedua-dua nie memang aku guna bergantung pada situasi dan aku akan tempah  melalui Traveloka. Sebab apa aku pilih Traveloka, mestilah harganya yang jauh lebih murah dan convenient untuk aku. Traveloka nie selalu buat KLIA Express ticket promo yang mana kita boleh dapat 10% diskaun macam tue. Dah la harga tiket KLIA express dekat Traveloka nie jauh lebih murah dari kaunter, siap dapat diskaun lagi memang sesuai la dengan aku yang nak murah dan selesa.



Biasanya aku akan pilih KLIA Express kalau aku nak gerak ke airport daripada rumah sedara aku sebab rumah die dah dekat sangat. Lagi-lagi kalau aku nak gerak awal dan tiket flight aku dalam pukul 3 atau 4 petang macam tue. So aku tak ade lah nak rushing sangat nak cari grab dan nak hadap jem lagi sebab KLIA Express nie just ambil masa dalam 28 minit je dari KL Sentral.



Lain pulak halnya bila mana aku nak balik ke rumah daripada KLIA. Aku lebih suka gunakan Aiport taxi atau grab. Sebabnya rumah aku tidak ada laluan KLIA Express atau KLIA Transit nie jadi aku rasa lebih mudah untuk tempah kereta persendirian. Biasanya kalau aku pergi bercuti, aku akan pergi beramai-ramai tak kira lah dengan kakak aku ataupun dengan kawan baik aku, so kiteorang akan  berkongsi dan pilih kereta yang ada 5 seat.. Sebabnya lebih selesa dan harga pun murah kalau berkongsi nie tak sampai RM100 pun dari KLIA nak ke rumah aku.

Lagi satu sebab kenapa aku lebih prefer guna airport transfer KLIA yang disediakan oleh Traveloka, salah satunya ialah kita boleh set awal-awal dengan pemandu kereta tersebut. Seperti yang korang tau, atau  yang mana dah biasa tempah grab nie, kalau nak pilih grab, kite kena tempah setelah kita tiba dikawasan yang kita tunggu. Jadi aku syorkan sangat dekat korang untuk guna khidmat airport transfer Traveloka nie  sebab ianya lebih mesra pelanggan.

Apa yang aku nak tekan kan dekat korang adalah kedua-dua kemudahan yang aku sebutkan tadi nie ada kebaikan tersendiri. Kita kena bijak memilih mana yang terbaik  dan sesuai dengan situasi kita. Kalau KL Sentral dekat dengan kawasan tempat tinggal kita, KLIA Express adalah pilihan yang baik sebab selesa dan jimat masa. Namun kalau kawasan rumah kita agak jauh dari KL Sentral, aku lebih prefer untuk pilih airport taxi tetapi kita kena mengambil kira keadaan traffic. Jadi, sebelum memulakan sesuatu perjalanan, kita perlu bijak menyusun dan merancang dengan baik agar perjalanan kita lebih lancar dan selamat. So  korang buat lah pilihan dengan bijak. Selamat bercuti !!

Chapayom Kini Dibuka Di Central I City Mall Shah Alam

September 24, 2019 21 Comments
Bagi penggemar makanan ala thai kini korang dah tak perlu nak susah pergi ke thailand semata-mata nak makan makanan ala thai sebab di Chapayom semuanya ada disini. Baru dirasmikan pada 16 September yang lalu, Chapayom memperkenalkan makanan ala thai yang merupakan menu utama disini. Tahniah atas pembukaan yang pertama di Shah Alam. Harap dapat tambah cawangan lagi. 

Antara menu yang cuba di Chapayom
Kalau sebut pasal makanan thai nie, pastinya wajib ada tomyam dan makanan berasaskan pulut . Sama seperti di Chapayom, antara menu yang terdapat disini adalah Tomyam Thai Noodle, Nangka Sticky Rice, Chicken Pop Corn dan Somtum Papaya. Nad tak sabar nak cuba menu-menu nie semua.
Thai Milk Green Tea & Thai Milk Tea with Pudding
Tak lengkap hidangan kalau korang tak cuba Thai Milk Green Tea dan Thai Milk Tea disini kerana proses pembuatannya menggunakan daun teh premium asli  dan resepi original yang di bawa khas dari Thailand. Terdapat 3 jenis teh premium yang boleh korang cuba iaitu Red Tea, Green Tea dan Rose tea. Memang sedap la weii.. Selain topping bubbles, korang boleh add on topping pudding macam nad minum nie. Terbaik la, lembut dan sejuk je lalu dekat tekak nad.. Ada juga topping grass jelly dan red bean. Ikut tekak korang nak add on yang mana satu.
Thai Milk Green Tea Always My Favourite
Berbalik pada menu utama, apa yang boleh nad kongsikan adalah makanan dekat sini sedap especially Tomyam Thai Noodle yang memang terasa kepedasannya. Orang thai nie die memang suka masak pedas-pedas sesuai la dengan nad yang suka makan pedas nie. Ditambah dengan Somtum betik muda, rasa masam-masam dan sedikit pedas juga. 

Tomyam Thai Nooodle

Somtum Papaya
Untuk yang tak makan pedas, macam anak nad nie, korang boleh cuba Chicken Pop Corn yang dimakan bersama thai sweet sauce.. Serius nie pun sedap memang kesukaan anak nad. Masih terbayang-bayang ayam pop corn tue.. Sos thai die pun terbaik la..

Chicken Pop Corn
Untuk mengurangkan rasa pedas lepas makan Tomyam Thai Noodle tadi, nad try makan Nangka Sticky Rice yang mana nangka nie dibuang bijinya dan digantikan dengan pulut. Sesuatu yang baru bagi nad, sebab first time makan nie. So far pulut die ok la cuma kalau lembut sedikit mesti sedap. Mesti ada yang tertanya apa yang ada dalam bekas kecil warna putih tue. Kalau korang nak tau, tue la santan yang mana pulut nie dimakan bersama santan yang disediakan. Caranya tuang santan atas nangka sticky rice tue.  Bila makan, terasa la lemak masin manis.

Nangka Sticky Rice
Overall makanan dekat Chapayom nie is ok, sedap dan menepati citarasa nad. Tak susah pun nak cari Chapayom nie sebab cafenya betul-betul terletak di ground floor berdekatan dengan KFC. Bagi korang yang nak cuba, datang dan singgah makan dekat sini yang pastinya makanan sedap dengan harga pun berpatutan. Untuk maklumat lanjut berkenaan Chapayom, sila layari sesawang ini :

Facebook : Chapayom Malaysia
Instagram : Chapayomcic

Lokasi 
LG K01, Central I City Mall
4000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi 

10.00 pagi - 10.00 malam (Mon-Fri)
10.00 pagi -10.30 malam (Sat-Sun)

Rabu, 18 September 2019

Resepi Lengkong Sirap Mudah Dan Senang

September 18, 2019 10 Comments

Hai semua, hari nie nad nak share resepi lengkong sirap atau lebih dikenali agar-agar sirap. Sebenarnya lengkong nie permintaan dari anak dara nad yang da lama minta nad buatkan.. So hari nie kite pun buat la..

Rupanya tak adalah susah mana pun nak buat lengkong nie.. Yela, first time nad buat, ingatkan susah.. Ehh pejam mata pun boleh buat laa.. Hehe.. Jom tengok resepi lengkong sirap mudah dan senang nie. Ada yang nak share silakan.. Yang tak pandai buat atau pun first time nak buat boleh je cuba mesti jadi punya la..

Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali berat 37.5gm
9 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar sirap rose
2 helai daun pandan disimpul

Cara-Cara

  1. Cuci agar-agar tali sehingga bersih
  2. Masak air dalam periuk bersama agar-agar tali
  3. Masukkan daun pandan, gula pasir dan sirap rose
  4. Masak sehingga agar-agar dan gula pasir sehingga hancur
  5. Bila dah likat dan mendidih boleh la ditapis dan masukkan ke dalam loyang
  6. Biarkan sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais

Inilah rupa lengkong yang nad da buat pagi tadi. Ok, nice dan sedap.. Nad punya lengkong nie tak berapa manis, sedang-sedang elok je rasa die.. Bila dah sejuk, boleh la potong dan siap untuk dihidang.. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Selamat mencuba.