Ik

Jumaat, 31 Julai 2020

Tawaran Hebat Mega Sale 8.8 di PG Mall

Julai 31, 2020 2 Comments
Anda penggemar shopping online?? Mesti ramai rakan blogger nad yang kaki shopping online nie kan.. Siapa yang selalu shopping online dekat sini baik mengaku cepat.. Bukan apa, sebenarnya nad nak story sikit pasal shopping online yang sekarang tengah meningkat naik iaitu mana lagi kalau bukan PG Mall. Sesambil lalu nie kan, nad nak tanya sikit la dekat korang, pernah tak korang shopping secara dalam talian menggunakan platform PG Mall nie? Apa yang bestnya shopping dekat PG Mall nie? Mesti korang nak tau kan, haa jom la nad kongsikan serba sedikit berkenaan PG Mall nie. 



Sejarah PG Mall 

PG Mall nie merupakan paltform shopping online yang telah pun wujud sejak tahun 2017 lagi dan satu-satunya shopping online platform tempatan no 1 di Malaysia. PG Mall juga telah menduduki tempat ke 3 seperti dalam senarai  Iprice report https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en. Selain itu, di PG Mall juga turut menerima kaedah pembayaran secara ewallet dan juga gateaway dan cara ini sangat memudahkan pengguna membeli belah dan membuat pembayaran secara dalam talian.


Mega Sale 8.8 Pre Sale

Bermula 3 hingga 7 Ogos 2020, PG Mall menyediakan tawaran hebat Mega Sale 8.8 dimana pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan harian hanya serendah RM8 sahaja. Memang wow sangat bila dapat beli barang dengan harga murah nie. Bagi pengguna baru, anda layak menerima diskaun sehingga RM5 apabila anda berbelanja minimum RM38 manakala diskaun RM15 pula bagi semua pengguna sedia ada dan juga pengguna baru jika anda berbelanja sehingga RM88. 



Mega 8.8

Bukan itu sahaja, malah di PG Mall juga, pengguna akan menerima 8% diskaun hingga RM88 apabila anda berbelanja sebanyak RM188. Menarik kan, lagi banyak anda berbelanja lagi banyak diskaun yang anda terima. Berbaloi la kalau korang shopping bebanyak dekat PG Mall nie. Nad pun tak terkecuali tau kalau bab menyopping nie. Nak-nak bila ada potongan harga.. Cepat cepat nad add to cart. 


Maybank QR Pay

Berita baik buat maybank card holder, dengan menggunakan kaedah pembayaran secara QR Pay, anda layak menikmati penjimatan hebat secara ekslusif RM5 apabila anda membeli belah minimum RM50 di PG Mall atau MAE bermula hari ini sehingga 31 Julai 2020. Jangan lupa masukan kod promo FLASH untuk menikmati diskaun tersebut.

So tunggu apa lagi, jom la kita shopping dan enjoy dengan tawaran hebat dari PG Mall nie. Tolong sebar dan kongsi dekat kawan-kawan yang lain juga. Sharing is caring.

Untuk melihat lebih banyak tawaran Mega Sale ini anda boleh layari https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign


#PGMall #onlineshopping  #shopping #MalaysiaNo1ecommerceoplatform #ecommerceplatform #shopnow #shoponline #Maybankqrpay #mae #Mega88 #Presales #eighteight #PresalesParty #PGmall4u #Cashback #points



Sabtu, 18 Julai 2020

Tingkatkan Kehebatan Menu #DudukDiRumah PKPP Anda dengan Lima Cara Memasak Pasta Organik daripada Alce Nero

Julai 18, 2020 2 Comments


Shah Alam, 16 Julai 2020 – Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda menemui bakat terpendam anda dalam memasak hidangan yang menyihatkan dan lazat serta tidak memerlukan belanja besar. Kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula anda ingin tingkatkan lagi keupayaan dengan resipi baharu menampilkan citarasa, persembahan dan kebaikan yang malah lebih tinggi. Anda perlu memasak hidangan yang belum lagi anda kongsikan gambarnya di Facebook, Instagram atau Tik Tok!

Alce Nero, jenama organik terkemuka Itali, menawarkan kepada anda lima resipi yang mudah dan mengkagumkan menggunakan pastanya. Kesemua resipi ini menggunakan ramuan yang biasa terdapat di dapur. Jika tidak mempunyai bahan tertentu, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Walaupun pasta merupakan ramuan utama resipi ini, anda akan dapati citarasa, tekstur dan rupa masakan yang pelbagai.

1 ) SPAGHETTI CARBONARA


Apa kata beralih daripada pasta berasaskan tomato dan cuba karbonara tanpa krim ini. Anda hanya perlukan pasta Alce Nero, telur, keju, cendawan dan daging lembu atau dendeng ayam belanda. Tak ada dendeng? Gantikan sahaja dengan daging lembu atau ayam cincang. Tak ada keju parmesan? Gunakan keju mozzarella, cheddar atau krim.

Hanya 30 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan karbonara untuk empat orang seperti yang dihidang di kafe.

2 ) MACARONI CHICKEN SOUP


Sup ayam memang sesuai dimakan ketika fasa PKPP ini memandangkan ia membantu menguatkan imuniti dan memulihkan semangat. Semangkuk sup ayam yang lazat merupakan hidangan ringkas yang memerlukan banyak ayam dan masa yang lama. Tambahkan makaroni organik Alce Nero bagi meningkatkan lagi selera dan manfaat kesihatannya buat anda. Biasanya kanak-kanak dan orang dewasa akan meminta untuk menambah sup yang membangkitkan selera ini. Bersedialah!

3 ) CHEESY BAKED PENNE 
     WITH EGGPLANT



Hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan makan malam yang mengkagumkan ini. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang-selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau sebarang sayur yang boleh didapati) dan keju di dalam bekas yang tahan ketuhar, dan tambahkan lebih banyak keju. Bakar selama 20 minit atau sehingga keju cair. Siap! Sungguh mudah, enak dan sesuai untuk Instagram.

4 ) SPICY FUSILI WITH VEGETABLES


Fusili goreng kilas berasaskan tomato ini merupakan hidangan tepat bagi vegetarian atau tatkala anda inginkan sesuatu yang ringkas dan segera. Anda pasti mendapat manfaat lima bahagian sayur dengan hidangan pasta organik Alce Nero cara Asia yang menyihatkan dan membangkitkan selera ini. Sesuai dimasak menggunakan sebarang sayuran yang ada di dalam peti ais anda. Untuk lebih cantik, pilih sayuran dalam pelbagai warna seperti lobak merah, tomato, cili kembung, jagung dan timun.

5 ) TUNA PASTA SALAD


Ingin keluar bersiar-siar lagi dengan keluarga semasa PKPP dan membawa bekal salad yang dimasak di rumah untuk berpiknik? Salad pasta tuna ini menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan yang berkhasiat dengan campuran tekstur rangup dan halus. Mudah untuk disediakan dan enak dimakan panas atau sejuk. Tambahkan citarasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan.

Dapatkan resepi lengkap di :
atau layari laman rasmi media sosial Alce Nero 
untuk menambah lebih banyak hidangan-hidangan organik dan berkhasiat ke menu PKPP anda. Kekal selamat dan sihat. Jangan lupa untuk tag @alceneromy apabila anda menyediakan hidangan menggunakan produk-produk Alce Nero untuk berpeluang memenangi hamper khas! Ikuti laman media sosial kami untuk lebih banyak resepi dan peraduan.

Mengenai Alce Nero

Alce Nero diasaskan pada 1970-an apabila dua koperasi peladang muda Itali mengambil keputusan untuk mempelopori revolusi organik dengan menghasilkan makanan berkhasiat tanpa menjejaskan alam sekitar. Alce Nero menggabungkan kaedah pertanian lama dengan penyelidikan termaju kesihatan dan alam sekitar. Teknik kami mungkin telah berubah, namun jaminan kualiti kami masih berasaskan semangat asal Alce Nero iaitu kecintaan terhadap makanan, penjagaan alam sekitar dan larangan penggunaan bahan kimia sintetik.










Kini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat penghasilan. Ini membolehkan kami menerapkan prinsip kami di sepanjang proses penghasilan dan menjejak asal-usul produk makanan kami secara terperinci. Justeru, kami dapat menjamin produk kami produk asli Itali berkualiti tinggi dan 100% organik yang dibawa terus dari ladang ke meja makan anda. Pengiktirafan organik Alce Nero telah melalui proses yang ketat oleh perbadanan pengesahan dari Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.






Di Malaysia, Alce Nero menjual pelbagai jenis pasta organik, minyak zaitun asli, kuah pasta, jem dan madu. Untuk maklumat lanjut, layari www.alcenero.asia.

 











 




 





 

Khamis, 16 Julai 2020

Makan-Makan di Campur Campur Kitchen

Julai 16, 2020 1 Comments
Assalamualaikum semua.. 


Hai semua pembaca setia blog aimanziyad, semoga sihat-sihat hendaknya. Kita masih lagi dalam tempoh PKPP so untuk memastikan wabak ini tidak mudah merebak, seeloknya kita haruslah mematuhi sop-sop yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti mengamalkan penjarakkan sosial, mencuci tangan dengan betul dan memakai mask serta perlu biasakan diri dengan kehidupan normal baharu..

Untuk entry kali ini, nad nak kongsi dengan korang satu tempat makan paling best dekat Cyberjaya nie dengan portion makanan yang besar dan harga yang sangat berbaloi dan suasananya yang cukup santai mana lagi inilah tempat yang nad maksudkan Campur Campur Kitchen.

Kalau korang nak tau kenapa nama Campur Campur Kitchen nie diberi adalah masakan nya terdiri daripada gabungan 3 negara iaitu Indonesia, Thailand dan juga China.





Pertama kali nad masuk dalam restoran nie mata nad da terpaku dengan dekorasi dan tatahias yang terdapat dalam kedai nie. Mana taknya, dinding dihiasi dengan talam lama zaman atok dan nenek kita pakai. Memang cantik dan kreatif sungguh pemilik restoran nie. 

Yang keduanya nad rambang mata nak pilih makan apa sebab semua menu kalau boleh nad nak rasa. Jangan tak tau ye, kat sini lebih 20 menu ditawarkan.. So korang pilih la nak makan apa, ada yang pedas, ada yang sedang pedas dan ada yang tak pedas nie yang sesuai untuk anak-anak.

Chicken Chop With Salted Egg


Butter Chicken Rice

Campur Belacan Chicken Fried Rice

Pan Fried Beef Kuey Teow 

Nasi Goreng Salted Egg Chicken and Shrimp

Indonesia flying fish rice

Cantonese Kuey Teow With Seafood

Indonesia Ikan Bakar Rice

Chicken With Salted Egg Yolk Rice

Kam Heong Bambo Clam Rice


Pilih punya pilih akhirnya nad try chicken fried with salted egg. Fuhh saiz hidangan. nie boleh makan untuk 2 orang gaiss.. Serius cakap nad makan sorang pun boleh kongsi lagi dengan rakan blogger yang lain. Memang besar portion dia dan tak rugi pun makan dekat sini dengan harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi.

Fried Rice With Chicken Butter

Korang pun boleh try crispy baby crab. Kerangupan dan keenakan crispy baby crab buat nad terliur tau. Dimakan bersama sos pedas manis cukup menepati citasarasa nad. Nad memang suka maka pedas-pedas manis nie.

Crispy Baby Crab

Untuk minuman pula, kat sini ada menyediakan minuman panas dan sejuk. Nad cuba apple crush.. Sedap sangat terasa serat-serat apple tue.. Sejuk je lalu kat tekak.. Nad order air nie pun sebab salah satunya tertarik dengan botol kaca yang dihidangakan da macam mentol lampu sekali tengok.. Terasa jakun sekejap..haha..

Apple crush

Pelbagai hidangan minuman sejuk dan panas

Untuk pencuci mulut, nad cuba banana toast with chocolate yang mana ini adalah hidangan roti bakar disalut telur dilimpahi dengan sos coklat. Fuhh gabungan pisang & coklat memang kena sangat gaiss.. Korang pun boleh cuba french toast with honey juga tapi manis sikit la sebab letak madu kan..

                Banana Toast With Chocolate

French Toast With Honey

Overall nad memang puas hati sangat dengan menu dan masakan disini. Dan bagi korang yang berada disekitar cyberjaya atau yang berdekatan, boleha la plan datang ke sini hujung minggu hajakk kawan-kawan atau keluarga untuk makan dekat Campur Campur Kitchen nie. Memang berbaloi gaaiss.. Sekarang nie korang boleh dapatkan 20% off isnin hingga jumaat 3-6 petang. Berbaloi kan?? Siap ada hidangan salad dan pop corn percuma lagii.. Penat da nak menaip, jom terjah cepat..








Selasa, 23 Jun 2020

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kuala Lumpur!

Jun 23, 2020 1 Comments
Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand


Kuala Lumpur, 19 Jun 2020Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti. 



Di Kuala Lumpur, Pusat Jagaan Kasih Murni berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam. 

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini. 


Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni! 

Nur Maisarah Ahmad Jailani, Hamnee Binti Mod Zain, dan Asma Amirah Binti Nazarudin  turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut. 




“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan Kasih Murni telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan, jagung manis, dan kacang panggang menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Cheese Bolognese, Ayam Carbonara, Pulut Kuning dengan Rendang Ayam, dan Kuih Seri Muka yang kami siapkan,” jelas Nur Maisarah. 

“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau. 

Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan Kasih Murni kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut. 


“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nur Maisarah, Hamnee dan Asma Amirah menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih Murni, Pn Rohana. 

Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. 

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia. 

“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. 

Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu. 





Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 
📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 
📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my




Ahad, 31 Mei 2020

Egg-Stra Padu Salted Egg Meal Hidangan Terbaru Marrybrown

Mei 31, 2020 3 Comments

Hai korang.. Rindu nak makan dekat Marrybrown?? Haa..inilah masa yang tepat untuk korang terjah Marrybrown! Sebab apa?? Marrybrown kini kembali dengan memperkenalkan menu terbaru dengan gabungan Telur Masin yang didatangkan dalam dua pilihan iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan dengan sos Telur Masin yang padu!

Pastinya memang saat ini lah yang nad tunggu-tunggu sebab nad pun salah seorang penggemar salted egg.. Bila Marrybrown dah keluarkan menu baru nie, tanpa berlengah, nad pun terjah je Marrybrown dekat Sungai Choh tue.. Nasib baik dekat.. 


“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

“Kami menjemput dan berharap rakyat Malaysia akan teruja untuk menikmati sajian bersama Telur Masin Marrybrown dan merasai sendiri pengalaman rasa sos telur masin yang padu yang penuh kelazatan. Pasti menggugat selera rakyat tempatan!” tambah Dato’ Joshua.



Untuk promosi Telur Masin, para peminat Marrybrown mempunyai dua pilihan yang enak iaitu Salted Egg Burger yang dihidangkan dengan kentang jejari atau Salted Egg Ayam yang dihidangkan dengan kentang lenyek dan salad. Kedua-dua pilihan ini didatangkan dengan limpahan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.


Boleh didapati pada harga dari RM15.00, kedua-dua hidangan kombo dihidangkan dengan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea yang cukup menyegarkan.



“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.



Bagi nad, kedua dua menu nie nad dah cuba, dan paling nad suka Salted Egg Burger.. Memang padu beb sos salted egg dia.. Kena dengan tekak nad. Untuk ayam tue ok la sedap juga.. Nak kena repeat lagi sebab try aritu pun tak cukup.. Maklum la anak ramai.. Korang pun harus cuba menu terbaru dari Marrybrown nie..
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Delivery: http://mbdelivery.com.my