Penutup Cuti Sekolah dan Tahun Baru 2020
Mama aiman
Disember 30, 2019
18 Comments
Semalam nad berkesempatan bawa my mertua dan anak-anak berjalan sempena cuti sekolah yang bakal berakhir esok. Sempat la nad bawak kesayangan semua nie pergi redeem voucher yang nad dapat aritue dari Barcook yang mana hujung tahun nie nak expired. So nad pn redeem la kesemuanya. Kenyang sampai ke petang makan roti yang sedap dan lembut tue. Kalau korang yg belum lagi baca entry pasal barcook, boleh baca di SINI. Memang roti die lembut dan sedap. Paling menjadi kegemaran nad mesti la roti cheese raisin.. Tak tau la kenapa sampai sekarang tak leh move on ngan roti tue.. Hope boleh buka cawangan dekat rawang nie. Dekat sikit nak pergi.
Lepas da redeem je, terus gerak ke taman tasik titiwangsa yang baru je buka 15hb aritue. Memang betul la apa yang diviralkan aritu. Sesetengah parents exspecially yg ada anak kecik yang pakai pampers tolong la sediakan satu plastik kecil untuk korang buang pampers pakai buang anak tue. Bukan buang merata tempat. Nak kata monyet kang marah tapi perangai korang tue memang dah rupa monyet.
Nad sendiri nampak pampers dibuang merata tempat. Mungkin pihak pengurusan perlu sediakan lebih banyak tong sampah. Masa nad datang semalam nak buang sampah pun sampah dah penuh sampaikan diowang main buang aje kat atas jalan tue. Sepatutnya benda nie tak berlaku kalau pihak pengurusan peka sebab time cuti nie la ramai parents yang datang nak habiskan masa dengan keluarga tapi kalau pemandangan dah macam nie spoil terus nak datang lagi. Sama-sama la jaga kebersihan sebab nie tempat awam, tempat untuk semua orang..
Berbalik masa nad sampai tue, bab parking pun satu hal. Nak cari parking punya la payah. Sampaikan ada yang sanggup parking depan tnb. Nasib tak baik, kena saman. Tapi kiteowg teruskan juga cari parking, last-last masuk parking dalam restoran D Orhid Titiwangsa. 1 jam rm2.00 ok la kan dari ko kena saman parking merata kan.. Dinasihatkan kalau nak datang, datang la time waktu bekerja. Kalau datang time weekend memang ramai orang, parking pun susah nak dapat.
Taman permainan |
Laluan canopy walk |
Lepas parking, terus kiteowang jalan kaki cari tempat mandi untuk anak-anak. Berlari budak-budak nie bila nampak taman permainan. Rupanya memang banyak perubahan yang dibuat. Last datang sini pun tahun 2017 kalau tak silap. Taman permainan seperti buaian, rock climbing dan jambatan gantung pun dah ada dekat sini. Tempat laluan kayuh basikal pun da naik taraf, taman mini air nie selalu jadi port anak-anak sebab diowg suka main air. Mandi la puas-puas lepas nie tak tahu bila nak datang sini lagi.
Taman mini air |
Lepas da puas mandi dekat sini, siap-siap berkemas balik. Happy sangat hari nie sebab dah spendtime bawak kesayangan jalan-jalan. Next time kita plan untuk short vacation pulak. Insyallah semoga nadia md radzi dimurahkan lagi rezeki dan lebih success untuk tahun 2020 nie. Jumpa lagi gaaiss untuk new entry dan selamat tahun baru 2020. 😉